Berpipa Adalah Satu Preskripsi Alternatif Kepada Kemelut Jiwa

Umum pemipa semua tahu berpipa ini adalah rutin harian yang ditunggu-tunggu. Ini benar terutamanya pemipa yang bekerja dimana aktiviti berpipa tidak boleh dilakukan di opis atau tempat kerja masing-masing. Semakin jam berdetik ke arah angka 5 semakin jelas bayangan pipa dan tembakau pilihan yang bakal dinikmati kelak.

Bayangkan keadaan kita yang baru pulang dari kerja, menikmati makan malam bersama keluarga dan kemudian mengundurkan diri ke bilik peribadi untuk memilih pipa, membelek-belek tin baccy sebelum memilih salah satu darinya, yang kemudiannya akan diprep sedikit dan di”pack” untuk dinikmati bersama secawan teh atau kopi panas yang baru dihidangkan – oh ilusi ini memang sangat melegakan!

Bayangan tadi tentunya membuatkan segala tekanan dari pejabat dan tempat kerja terbang bersama asap pipa kita itu, menelusuri bayu malam dan terus ke awan tinggi, hilang dari pandangan mahupun pemikiran. Dari suasana beginilah maka dikatakan yang aktiviti berpipa ini mampu untuk mengatasi tekanan kerja dan stress harian.
 

tekanan kerja dan stress yang dihimpun dari hari ke hari akan menyesakkan pemikiran seperti akar pokok tua yang penuh berselirat

Hal ini adalah benar sekali kerana gejala stress dan tekanan kerja sekarang adalah sangat membimbangkan. Kita dapati pola gaya hidup yang sibuk terutamanya di bandar-bandar menjanjikan kadar stress yang tinggi. Di bandar, kita harus bangun awal pagi hanya untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. Pulang kerja pun sangat lewat atas dasar kerja banyak atau juga sekali lagi untuk mengatasi kesesakan lalulintas. Sedar atau tidak, masa berkualiti di rumah untuk bersama keluarga kita semakin kurang, dan kehidupan kita semakin dibelenggu stress.

Boleh dikatakan, stress adalah pembunuh senyap kerana anda tidak tahu akan bahayanya kepada anda. Tahu-tahu, strok datang menyerang. Anda boleh lihat di Coronary Care Unit di hospital-hospital, dimana ramai pesakit jantung sekarang adalah muda-mudi di bawah 40an – sesuatu yang sangat jarang berlaku di zaman 80an dan sebelumnya.

Tetapi kemudian datang pula persoalan mengenai bahaya tembakau kepada tubuh badan kita. Ya kita harus akui akan kemudaratan tembakau kepada manusia tetapi seperti mana segala sumber lain; gula, karbohidrat, lemak dan malahan air sekali pun, apa yang berlebihan pastinya memudaratkan. Dari situlah kita harus faham yang keserhanaan dalam penggunaan bahan adalah penting untuk badan kita. Berpipa, selagi dilakukan dengan sederhana, adalah antidot kepada stress.

berpipa dengan moderasi sememangnya sangat menenangkan jiwa dan bertindak sebagai “anti-depression” kepada minda kita

Bukanlah juga saya mengatakan yang berpipa ini tiada bahayanya. Segala apa yang kita lakukan, mendedahkan kita kepada bahaya. Segala perkara pun mempunyai risiko. Kita tahu yang banyak lagi aktiviti-aktiviti yang jauh lebih merbahaya, merumitkan dan menggunakan lebih tenaga seperti rock climbing, windsurfing, extreme water rafting dan extreme motorcross yang peminatnya bersumpah mengatakan aktiviti-aktiviti ini mampu mengurangkan kadar stress. Jadi, apalah sangat bahayanya dengan berpipa?

Mengupas kembali sejarah perpipaan yang pada ketika dulu sangat popular di universiti-universiti dan kampus-kampus, ia dianggap sebagai satu tabiat yang menenangkan dan membantu para pensyarah dan pelajar berfikir. Jadi jika ia adalah satu tabiat buruk yang bahaya, adakah universiti adalah satu institusi yang alpa dan salah? Ingat, “guns don’t kill but men do” – ianya terletak pada bahu kita untuk membezakan antara bahaya dan tidak.

Salah satu cabang pengurangan stress juga datang dari rutin berpipa itu sendiri. Segala rutin perpipaan itu sebenarnya adalah sangat menenangkan dan bersifat relaks. Walaupun ia akan melibatkan aktiviti-aktiviti yang agak melecehkan seperti penyediaan tembakau, “packing”, memadankan “tamping” dan “lighting”, membersihkan pipa selepas guna dan sebagainya, ia membantu pemipa untuk fokus dan secara tidak langsung melupakan hal-hal lain yang mendorong kepada stress.

rutin-rutin perpipaan seharusnya membuatkan kita fokus pada aktiviti ini dan terlupa akan masalah-masalah harian

Rutin yang melecehkan ini lah yang menjadi pendukung kepada nikmat perpipaan. Saya seringkali diajukan oleh rakan-rakan bukan pemipa dengan soalan-soalan seperti “Tak menyusahkan ke, kesana-kemari dengan beg pipa tu?” atau “Tak melecehkan ke nak kena cai, pack dan tamp bagai ni?”…hmm. 
Perkara-perkara kecil dan melecehkan sebegini lah yang membantu kita untuk melupakan seketika masalah-masalah lain dan memberikan kita pemikiran dan pertimbangan yang lebih baik dan wajar.

Juga penting untuk kita dapatkan adalah suasana yang baik. Berpipa dengan suasana yang baik seperti di “lounge”, di kedai-kedai bersama taulan perpipaan dan mungkin berseorangan di “smoking room” rumah sendiri sambil membelek-belek buku atau majalah juga adalah penting, bagi mendapatkan mood terbaik untuk aktiviti mengurangkan stress ini. Seperti teori “tidur berkualiti”, anda akan mendapat kepuasan terbaik dari sesi perpipaan yang diselubungi suasana nyaman, tenang dan relaks.

Tiada apa yang lebih melegakan bagi saya dari menyediakan pipa kegemaran dengan tembakau pilihan untuk “chill out” – biasanya blend-blend enak yang tidak terlalu kompleks seperti Frog Morton On The Bayou atau McClelland Three Oaks Syrian, menyalakannya dan menghisapnya secara perlahan sambil memperhatikan asap-asap menipis ditiup angin lalu. 

biarkanlah masalah dan stress harian kita terbang bersama kepulan asap pipa kita

Kehidupan yang baik tidak memerlukan hayat ke-100 tahun tetapi ketenangan jiwa adalah kunci utama kepadanya.



pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s