Meneliti Perkembangan dan Evolusi Bentuk-Bentuk Pipa


 

Salah satu sebab kenapa hobi berpipa ni menarik adalah kerana variasi bentuk pipa adalah pelbagai. Walaupun ia hanyalah sebuah instrumen yang digunakan untuk tujuan rehat dan santai sahaja, pipa adalah sangat personal, ada elemen individualistik terhadapnya, menggesa perhatian dan pastinya tidak pernah lekang dari bibir dan tangan pemipa. Malahan pada awal abad ke 20 pipa adalah umpama pencukur janggut: suatu keperluan maskulin yang penting & selalu dibawa kemana saja seseorang lelaki itu pergi.

Hal ini sudah tentu menjadi suatu idealisma yang baik buat pipemakers di mana mereka akan cuba sedaya upaya untuk menggayakan pipa buatan mereka supaya selari dengan perkembangan fesyen semasa. Lelaki selepas revolusi industri dunia mengalami satu pembaharuan yang amat berbeza – mereka lebih mementingkan fesyen dan gaya; tiada lagi sut berwarna kelabu asap yang standard untuk semua majlis dan kecenderungan untuk menggayakan sesuatu yang unik dan baru bukanlah terhad hanya milik para aristokrat sahaja.

bentuk-bentuk pipa klasik adalah agak straightforward dan bersifat “functional”
Kaum Indian dan aborigin di serata dunia sebenarnya telah pun memiliki pipa dalam bentuk-bentuk dan stail mengikut kehendak mereka sendiri, di samping mengambil berat akan keberadaan material berdasarkan lokaliti-lokaliti mereka, seperti aksentuasi bulu-bulu burung, gading, tanduk, untaian tali, manik dan sebagainya. Namun ia tidak tersebar secara meluas lantaran kurangnya percambahan etnik-etnik ini dek kerana cara hidup mereka yang nomad dan terpencil. Jadi, bentuk-bentuk pipa sebegini kurang mendapat pendedahan dan menjadi novelti kepada para pelayar yang pulang dari dunia baru ini.

Oleh kerana pengeluaran briar yang baik hanya didapati pada waktu yang agak lewat di dalam dunia pembuatan pipa, umum sebelum pertengahan abad ke 17 standard dunia untuk bentuk pipa adalah dengan shape yang agak ortodoks yakni cutty, billiard dan Tyrolean. Ketika itu bentuk cutty dan billiard banyak didapati pada bahan clay / tanah liat dan bentuk yang dipengaruhi gaya Tyrolean pula lebih kepada pipa-pipa seramik dan porcelain buatan Vienna.

bentuk cutty asas adalah sangat sinonim dengan pipa-pipa clay – membuktikan peminat pipa clay lebih menggemari bentuk-bentuk tradisi dan bersifat “back to basic”
Gaya Tyrolean sebenarnya adalah unik untuk masanya, kerana walaupun ia masih bertahan tatkala briar ditemukan, pengaruhnya tidak kekal lama hingga abad ke 20. Gaya ini kebiasaannya adalah terdiri dari tiga bahagian; bowl yang boleh dicabut, perangkap lembapan yang juga mungkin boleh berfungsi sebagai “inverter chamber”, dan stem. Yang paling unik adalah kehadiran penutup / “windcap” yang selalunya disertakan bersama-sama bowl dengan engselnya di rim. Agak kompleks untuk dibawa kemana sahaja tetapi terdapat beberapa jenis pipa Tyrolean yang cukup kecil untuk dimuatkan ke dalam saku anda. Pada masa sekarang adalah agak sukar untuk menemukan pemipa yang menggunakan pipa Tyrolean mereka, walaupun ia masih boleh didapati di pasaran estate.

Hanya selepas itu, pipemakers mengetahui akan kefleksibilitian briar dan mula memanipulasikan kelebihan ini untuk mendapatkan bentuk-bentuk baru. Kemudian, evolusi bentuk-bentuk pipa yang baru ini pun turut wujud dengan pesatnya. Bentuk tradisi seperti cutty, billiard dan dublin diolah dan dihasilkan dengan pelbagai rupa, menjadikan lebih banyak bentuk baru yang indah dan menarik yang menjadi bentuk-bentuk asas pipa sekarang. Bentuk-bentuk yang muncul hasil dari percambahan bentuk asal seperti pot, prince, poker, bulldog, canadian, liverpool, lumberman dan sebagainya menginspirasikan lagi gelombang evolusi ini dengan bentuk-bentuk yang lebih sofistikated dan moden.

ketajaman mata dan kreativiti pipemakers adalah sangat penting demi menghasilkan pipa-pipa dengan unjuran ira yang cantik – sama ada straight, flame ataupun cross grain
Ketika dunia perpipaan dilanda demam “straight grain”, para pipemakers juga bereaksi dengan memajukan bentuk-bentuk pipa yang dapat memanipulasikan alunan ira grain itu tadi. Sesetengah jenis grain adalah sesuai dengan sesetengah bentuk kerana ia menzahirkan estetik yang lebih baik – seperti contoh sebagaimana bentuk billiard dapat memberi impak baik buat “cross grain”. Ketajaman mata dan intuisi pipemakers dalam menentukan bentuk terbaik untuk grain sesebuah blok briar adalah satu bakat yang sangat berharga dan sukar untuk ditemukan.

Sejak itu, dunia perpipaan sudah tidak menoleh kebelakang lagi. Evolusi shape diteruskan dengan penghasilan bentuk-bentuk separa fantasi seperti blowfish, volcano, nautilus dan semestinya “freehand” – yang tidak terhad kepada sesuatu shape dan selalunya mengikut imaginasi pipemakers. Ini mendorong kepada kebangkitan Danish pipemaking scene, mengenengahkan design-design yang terkadang tidak terjangkau dek akal, yang berkembang pesat dari era Preben Holm hinggalah ke hari ini.

bentuk billiard yang memiliki shank yang kurus dan panjang adalah pilihan klasik Bing Crosby – dan adalah satu antithesis kepada Dunhill LB yang juga sangat popular
Peranan media massa yang semakin signifikan dari hari ke hari juga turut mengolah perkembangan dan evolusi perpipaan. Pipa dengan bentuk-bentuk yang berada di bibir ikon-ikon seperti Bing Crosby dengan bentuk billiard kurus dengan shank yang agak panjang, dinamakan juga “Bing Crosby” bersempena namanya, Kevin Costner yang mengelumit pipa cutty bersaiz mini dan “chubby” yang sekarang mendapat gelaran “Devil Anse” bersempena nama watak beliau dalam siri TV Hatfield & McCoy, dan sudah tentu General Douglas McArthur yang mempopularkan pipa corncob dengan saiz bowl yang tinggi dan stem yang panjang.

Ada maklumat mengatakan sebelum kurun ke 18, pipa tidak dimiliki dan dibawa kemana saja oleh pemipa. Ia hanya dipesan di restoran-restoran, hotel-hotel, rumah-rumah kelab dan pub sepertimana kita memesan shisha sekarang. Pernahkah anda bayangkan bagaimana keadaannya jika pipa kekal di salon-salon seperti itu, sekarang? Sudah pasti tahap kolektivitinya adalah rendah, bentuknya tidak akan bercambah baik dan dimensi berpipa adalah sangat terhad. Jika ianya sedemikian sekarang, mengapa perlu ditekankan seni pipemaking dan kepelbagaian bentuk pipa? Evolusi bentuk pipa juga tidak akan berlaku.

merupakan salah satu variasi asas bentuk billiard yang menarik, bentuk pot ini sangat digemari oleh peminat blend-blend English
Dengan kepelbagaian pilihan bentuk pipa yang kita ada sekarang: standard atau freehand, lurus atau bengkok, kecil dan besar, pipa tetaplah suatu alat penghubung kepada dunia khayalan yang mengasyikkan. Yang penting kita sebagai pemipa tahu bagaimana untuk menghargai karya seni artisanal dari para pipemakers yang tidak kunjung padam dengan idea dan iltizam untuk menzahirkan bentuk-bentuk yang baru dan lebih mencabar, walaupun selalu diancam dengan kekurangan blok-blok briar yang baik, dari semasa ke semasa.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s