Mikro-Ekonomik Baccy & Pemipa

Konsep mikro-ekonomik selalu diaplikasikan oleh kita pemipa. Boleh dikatakan, pemipa zaman sekarang adalah tergolong antara mereka yang bijak dan pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan sosio-ekonomik semasa, terutamanya di dalam konteks yang melibatkan perihal perpipaan. Melihat kepada pola pembelian tembakau / baccy di kalangan kita pemipa, ia sememangnya adalah satu olahan yang sangat menarik. Mengapa saya mengatakan sedemikian? Ini kerana kebanyakan kita pemipa sebenarnya memiliki kecenderungan … Continue reading Mikro-Ekonomik Baccy & Pemipa

Pipa Di Hari Minggu

Selain dari hari gaji (payday), hari minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.  Bagi golongan bekerja, hari minggu adalah kesempatan terbaik untuk berehat. Ramai antara kita yang mengambil kesempatan sebegini untuk bangun sedikit lambat, setelah lima hari bangun awal pagi untuk berlumba-lumba mengelakkan kesesakan lalulintas (yang sebenarnya tidak boleh dielakkan pun). Ada yang mengambil peluang ini untuk ke pasar membeli barang keperluan dapur. Dan … Continue reading Pipa Di Hari Minggu

My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian II)

Jika di bahagian I kita mengupas ketaksuban J.M Barrie terhadap Arcadia Mixture dengan mendalam, bahagian II ini pula menyajikan aspek-aspek lain My Lady Nicotine. Sememangnya Arcadia menjadi salah satu tunggak kepada kepada karya penulisan ini. Namun begitu, J.M. Barrie juga tidak lupa untuk mencoretkan banyak warna-warni perpipaan terutamanya yang bersangkutan dengan zaman Victorian yang nyata boleh ditemui tersebar di sepanjang muka surat My Lady Nicotine. … Continue reading My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian II)

Anekdot Perpipaan #7 – days of the lord…

Semenjak-dua ini teringat pula saya kepada betapa naifnya permulaan saya sebagai seorang pemipa. Tertarik kepada dunia baru menikmati tembakau yang lain dari rokok. Berpipa tidaklah “trendy” awal dekad ini, tetapi mistik tembakau di dalam tin dan membuka komponen-komponen pipa satu persatu di atas meja cafe sambil mempamirkan wajah “I know what I’m doing” adalah satu tarikan awal ke dunia perpipaan. Mungkin saya tidaklah keseorangan. Mungkin … Continue reading Anekdot Perpipaan #7 – days of the lord…

Merapatkan Jurang Pipa-Cerut atau Rekonsiliasi yang Penuh Dengan Pseudomonas? (Satu Senario Drew Estate)

Sebagai pemipa “full-time” kita pastinya sedar akan kewujudan blend-blend Drew Estate yang mewarnai dunia perpipaan sejak beberapa tahun lalu. Bukanlah sebuah jenama blend tembakau pipa yang memiliki sejarah yang gah seperti Dunhill atau Samuel Gawith, Drew Estate lebih dikenali sebagai sebuah jenama cerut non-Cuban yang baik dengan kualiti pengeluaran yang meningkat naik dan semakin popular. Drew Estate agak mengejutkan pasaran cerut dunia dengan pengeluaran siri … Continue reading Merapatkan Jurang Pipa-Cerut atau Rekonsiliasi yang Penuh Dengan Pseudomonas? (Satu Senario Drew Estate)

Some Drugs Don’t Work As Yet…

Seminggu sudah diulit single the Verve “the drugs don’t work” dan memperbincangkan secara kasar akan beberapa blend yang “works” dengan saya. Namun, hidup manusia manakah yang senantiasa ideal. Terdapat juga beberapa blend yang tidak menepati citarasa dan palate kita, sama ada kerana preferensi pada masa-masa tertentu atau sememangnya tidak kena dengan selera kita sendiri. Jadi sememangnya ada “some drugs that don’t work as yet” dan … Continue reading Some Drugs Don’t Work As Yet…

Love Me Tender (Part Deux) ; Kecantikan Luaran

Prolog: Ya saya tahu. Elvis was great. Walaupun lebih dikenali dengan lagu-lagu rancak, King of Rock n Roll itu juga menemui beberapa slow, almost-ballad number yang bertemakan kasih sayang. Itulah yang kita cuba capai disini; kasih sayang antara pipa kita dengan diri kita sendiri. Pipa kita sebenarnya adalah lebih dari sekadar alat untuk kita menikmati tembakau. Ia adalah “men’s greatest companion” – telah saya ulaskan … Continue reading Love Me Tender (Part Deux) ; Kecantikan Luaran

Resolusi Pipa 2017 : “At War With the Mystic”

Kita dihadiahkan lagi dengan tahun baru. Masa berlalu begitu cepat dan usia kita juga meningkat setahun. Tahun 2016 yang banyak memberi impak kepada kita telah pun kita tinggalkan, dengan seribu satu kenangan dan pembelajaran yang kita perolehi melaluinya. Tahun ini kita tidak dijamu dengan keraian mewah dan bunga api berskala besar. Kejatuhan nilai matawang ringgit sedikit sebanyak membataskan pergerakan kita pemipa, di dalam aktiviti perbelanjaan … Continue reading Resolusi Pipa 2017 : “At War With the Mystic”

B-Sides di Sepanjang Tahun 2016

Salaam tahun baru rakan taulan perpipaan! Bukan, saya tidak akan bercakap tentang resolusi hari ini – save it for the upcoming Friday. Banyak perkara yang dilalui disepanjang 2016. Ada yang pivotal, ada yang tidak signifikan dan ada yang berada di antara dua alam ini; saling mencuba untuk melepasi pintu antara realiti atau fantasi tetapi masih tersangkut seperti roh yang tidak aman. Demi memastikan keamanan mereka … Continue reading B-Sides di Sepanjang Tahun 2016

2016 Recap : Non-Konvensional “Invasion” di Sepanjang 2016

Sekilas kita pejam dan celik mata, hujung tahun pun datang menjelma dan ia dirasakan terlalu cepat seolah-olah ia mahu menimpa kita semua. Awal 2016 terasa seperti baru berlalu dan mungkin ada beberapa resolusi 2016 yang masih belum dicapai pada ketika ini. Walaupun begitu, kita secara amnya telah pun melalui detik-detik 2016 dengan jayanya. Banyak suka-duka dan perit jerih yang telah kita hadapi. Dari penurunan harga … Continue reading 2016 Recap : Non-Konvensional “Invasion” di Sepanjang 2016