Sekilas kita pejam dan celik mata, hujung tahun pun datang menjelma dan ia dirasakan terlalu cepat seolah-olah ia mahu menimpa kita semua. Awal 2016 terasa seperti baru berlalu dan mungkin ada beberapa resolusi 2016 yang masih belum dicapai pada ketika ini.
Walaupun begitu, kita secara amnya telah pun melalui detik-detik 2016 dengan jayanya. Banyak suka-duka dan perit jerih yang telah kita hadapi. Dari penurunan harga minyak mentah yang merugikan syarikat petroleum terkemuka negara, hinggalah ke kejatuhan nilai matawang kita – sesuatu yang secara tidak langsung menjejaskan keupayaan membeli, menambah dan meng”upgrade” koleksi pipa dan baccy kita.
Tanpa perlu melihat lebih jauh ke dalam sudut makro-ekonomi, ayuh kita lihat kembali akan fenomena, demam, sensasi dan trend pemipa Malay Archipelago sekitar 2016;
Pipa Kirsten
Demam pipa besi mulai melanda dunia perpipaan kita sejak hujung suku pertama tahun 2016. Kirsten tidak lah sebegitu popular namun perhatian yang diberikan oleh masyarakat pemipa kita menjadikan pasaran estate nya agak hangat pada awal tahun ini.
Lebih kompleks dari Falcon – dengan banyaknya bahagian-bahagian dan keunggulan “cool smoking”nya memberikan ia satu tarikan yang kuat. Jadi tidak hairanlah pada ketika itu apresiasi harga pipa Kirsten juga adalah agak baik dan mungkin sedikit tinggi. Cuma, “every saint would have sinned” dan begitulah juga dengan pipa Kirsten – sistem kondensasi di sepanjang shank yang menyejukkan itu juga menyerap tar dan nikotin – sehinggakan rasa tembakau agak terbatas dari potensi penuhnya. Perlu diingat, ini adalah tujuan asal pipa Kirsten dicipta dan samada kita suka atau tidak, itu terpulanglah pada individu.
Pipa Corncob & Modifikasinya
Kita melihat banyak corncob dengan pembengkakan shank yang ketara di sekitar awal 2016. Sesetengahnya adalah sistem Reverse Calabash dan juga ada yang hanyalah “bengkak” atau “bunting” yang memberikan efek menarik untuk keseluruhan bentuk. Apa pun ia, fenomena ini adalah menarik dan unik untuk 2016. Tambahan pula apabila pipa corncob mulai menjadi satu senario biasa pada masyarakat pemipa Malaysia.
Modifikasi ini tidak hanya terhenti begitu sahaja. Tidak semena-mena kemudian datang Dagner Cob, dengan design poker yang agak bersahaja tetapi kemasan buatannya adalah dalam kualitinya yang tersendiri. Ia secara tidak langsung menjadi buruan pemipa dan bekalan ternyata tidak dapat memenuhi permintaan. Seri ini ditambah dengan satu lagi kolaborasi terbaik, kali ini dari Morgan Pipes dengan Cigar / Zeppelin Cobnya yang turut menarik perhatian pemipa.
Pipa Tanah Liat / Clay Pipes
Pipa yang menggunakan tanah liat sebagai bahan asas ini adalah merupakan satu “edu-tainment” yang baik kepada pemipa. Dibawa masuk oleh saudara Saiful Haizan, ramai pemipa baik yang baru mahupun yang “seasoned” mengambil peluang untuk membuka horizon masing-masing dan menikmati “cool-smoking” dan ketulenan rasa tembakau dengan medium ini.
Dalam masa yang sama, pipa clay juga berevolusi – setidaknya dengan bentuk-bentuk dan design yang baharu, penggunaan warna dan stem yang dipelbagaikan, dengan harapan ia dapat memenuhi kehendak pemipa zaman moden ini. Walaupun agak “fragile” untuk kegunaan lasak, pipa jenis clay ini adalah antara yang terbaik jika keaslian rasa tembakau adalah matlamat anda.
Semois
Walaupun bukanlah menjadi kegilaan ramai, kehadiran tembakau Semois ke dalam dunia perpipaan kita adalah satu pivot pembelajaran yang saya rasakan sangat berguna dan unik kepada kita. Palate yang dilatih dengan English blend saban hari semestinya agak terkejut untuk menerima satu daun tembakau (ya, ia adalah satu jenis daun, dan ia bukanlah sebuah blend pun!) yang mampu menzahirkan flavor “earthiness” yang mampu menyaingi blend-blend English, dengan kepuasan/ “roundness” sebaik blend full-virginia yang “potent”, dan sedikit ketengikan / “pungent” yang selalu dikaitkan dengan blend-blend oriental.
Pendek kata, “we are all blown away” dengan flavor dan rasa dari Semois. Kultivasinya juga adalah sangat unik; disebalik menuntut cahaya matahari yang terang, Semois ditanam di tanah tinggi Belgium yang sering diseliputi kabus yang tebal. Keunikan ini, ditambah dengan kesukaran untuk mendapatkannya, adalah satu pengalaman berharga buat pemipa kita pada tahun ini.
Cerut
Minat masyarakat pemipa kepada cerut bukanlah satu perkara baru sebenarnya, tetapi kebelakangan ini boleh dikatakan yang minat itu memang agak ketara dan menular dengan pesat, hinggakan boleh dikata yang majoriti pemipa kita juga meminati cerut sekarang. Tahun lepas, agak sukar untuk kita temui cerut di pipemeet-pipemeet namun sekarang hal itu adalah perkara biasa.
Ini sebenarnya adalah perkara yang baik kerana apa yang berlaku bukanlah kanibalisme perpipaan, namun ia adalah aktiviti komplimentari kerana pemipa yang menghisap cerut akan terus berpipa – dimana mereka mahu mencari “earthiness” dan “leathery” latakia jika tidak? Syukurlah perbezaan penggunaan daun tembakau, tekstur rasa dan perihal pembudayaan cerut dan pipa adalah agak ketara jadi aktiviti percerutan sebenarnya menambahkan lagi dimensi kenikmatan tembakau kepada para pemipa.
Segala apa yang terjadi pada 2016, samada baik atau buruk, adalah peluang untuk kita belajar dan memperbaiki diri supaya kita dapat menjadi seorang pemipa yang lebih baik, berilmu, berguna dan berhemah.
Apa yang kita telah pelajari itu, akan dapat kita gunakan sebaiknya untuk menghadapi dugaan hari-hari mendatang pada 2017 kelak.
Saya dari pipa di dunia fana ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2017 kepada anda semua pemipa.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!