Love Me Tender (Part Deux) ; Kecantikan Luaran

Prolog: Ya saya tahu. Elvis was great. Walaupun lebih dikenali dengan lagu-lagu rancak, King of Rock n Roll itu juga menemui beberapa slow, almost-ballad number yang bertemakan kasih sayang. Itulah yang kita cuba capai disini; kasih sayang antara pipa kita dengan diri kita sendiri. Pipa kita sebenarnya adalah lebih dari sekadar alat untuk kita menikmati tembakau. Ia adalah “men’s greatest companion” – telah saya ulaskan sedikit masa dahulu – sesuatu yang kita hargai, bawa ke mana sahaja kita pergi dan ditatang bagai minyak yang penuh. Jadi, sudah tentu pipa kita memerlukan sedikit kasih sayang dan perhatian, dan mungkin sering merayu “love me tender” kepada kita pemipa semua.

Sayugia menelusuri kebersihan dalaman sesebuah pipa tempohari, kita melihat pula kepada perihal penjagaan luarannya pula. Dalam hal ini, bagi kita sesebuah pipa adalah ibarat sebiji kereta. Bukan sahaja kebersihan diutamakan, malah kecantikannya juga penting bagi kita. Kalau untuk kereta banyak peminat sanggup berhabis duit untuk auto detailing, wax dan polish, untuk pipa juga sama.

Pertama sekali yang kita pandang tentulah akan gilapan briar kita. Terdapat briar wax yang sedia terjual di pasaran dimana ia boleh digunakan untuk kita menggilapkan permukaan briar-briar, terutamanya yang “smooth”. Unjuran grain yang menarik seperti straight grain, flame grain dan birdseye hanya akan menyerlah sekiranya wax ini diaplikasikan di serata permukaan bowl. Selain dari menggilap, ia juga dapat melembapkan permukaan briar pipa yang tentunya akan menjadi agak kering apabila ia terdedah pada kepanasan ketika berpipa dan sejuk ketika ia direhatkan. Itu belum termasuk kerosakan-kerosakan kecil akibat sentuhan dan ketika ia disimpan di dalam beg pipa, semua calar-calar halus dan lain-lain.

Untuk kerosakan yang agak major seperti calar yang besar – selalunya akibat terjatuh – mungkin sedikit “sanding” dengan kertas pasir untuk menghilangkan kesan calaran dan aplikasi carnauba wax untuk mendapat kan semula sinarannya adalah jalan yang lebih baik. Atau hantarkan pipa anda pada pakar-pakar restorasi kita – satu jalan yang lebih baik apabila kerosakan berskala besar berlaku. Tanpa alatan yang cukup dan pengalaman yang luas, anda berkemungkinan akan hanya menambahkan lagi kerosakan kepadanya, mungkin hingga ke tahap “beyond repair” jika anda tidak berhati-hati.

Untuk menaikkan gilapan pada briar, ada juga beberapa petua pantas seperti menggeselkan permukaan pipa di hidung dan pipi kita yang sememangnya semulajadi berminyak. Teori ini sememangnya berkesan untuk sementara waktu namun ia dikatakan tidak memberikan faedah untuk jangkamasa panjang. Malahan, ada beberapa rakan pemipa berpendapat yang perbuatan ini akan mengaburkan lagi permukaan bowl pipa kita jika ia menjadi satu kebiasaan. Saya tidak mengamalkan petua ini jadi kesahihan efek negatif tersebut tidak lah dapat saya sahkan.

Janganlah kita hanya memikirkan tentang bahagian permukaan bowl dan shank sahaja. Stem juga adalah bahagian pipa yang penting. Stem yang terjaga rapi adalah ibarat sepasang kasut kulit hitam yang anda padankan dengan tuxedo ke majlis-majlis rasmi. Boleh dikatakan, untuk mengetahui seseorang pemipa itu cermat atau tidak, perhatikan stem pipanya kerana hanya yang mementingkan “miniscule details” sahaja yang akan menitik-beratkan kondisi stem pipa mereka.

Stem akrilik kita haruslah senantiasa berkilat dan hitam. Akrilik adalah amat mudah dijaga, dimana sapuan minyak zaitun pun sudah cukup untuk mengilatkan bahagian stem ini. Namun calaran-calaran kecil dan kesan akibat gigitan jika ada, ia haruslah dirawat. Proses “sanding” dengan kertas pasir yang halus adalah pilihan utama namun seeloknya selepas proses itu kita melalukan bahagian terbabit kepada buffing machine untuk menjadikannya berkilat semula, dan pada masa yang sama turut menghilangkan kesan kertas pasir tadi secara baik.

Masalah pada stem selalunya berlaku kepada pemilik stem-stem vulcanite. Ini kerana bahan vulcanite akan mengalami proses oksidasi yang membuatkan warnanya menjadi sedikit kehijauan, dan ia mengeluarkan oksida tadi ke bahagian permukaan stem yang sekaligus mengeluarkan rasa pahit seperti getah terbakar apabila terkena lidah atau bibir kita. Pernah saya bincangkan sedikit masa dahulu mengenai oksidasi ini – lengkap dengan “step-by-step” akan percubaan saya – dimana kita boleh menggunakan beberapa produk wax untuk ebonite yang mampu mengatasi masalah oksidasi ini jika ia dilakukan dengan kerap. Ia tidak akan dapat menghilangkan oksidasi secara terus, namun jika dipraktikkan beberapa kali, kadar oksidasinya akan menurun dan hilang.

Satu langkah alternatif yang saya pernah lakukan adalah dengan menggunakan peluntur cucian / bleach. Rendamkan sahaja stem anda di dalamnya dan dalam jangkamasa yang singkat semua oksidasi tadi akan hilang! Cuma masalahnya, bleach adalah agak abrasif dan stem anda akan sedikit terhakis dan menggerutu selepas rendaman. Seperti biasa, buffing yang baik akan dapat melicinkan semula permukaan stem tersebut. Namun awas! Saya sarankan anda untuk menggosokkan / menenyeh lilin pada bahagian logo pipa di stem anda sebelum rendaman, kerana jika tidak ianya juga akan turut terhakis sama!

Sebenarnya ada satu minyak / larutan khusus bernama “Obsidian Pipe Stem Oil” yang tidak terlalu abrasif (mungkin tidak abrasif langsung) dan lebih mudah untuk digunakan. Sayangnya ia masih tidak ada di pasaran kita. Jika tidak, ia adalah satu produk yang sangat baik untuk stem ebonite anda. Sehingga saya berjaya untuk mendapatkan satu botol, saya tidak memiliki pengalaman dengan Obsidian Oil ini untuk dikupas dengan lebih lanjut. Ia tentunya sangat menarik untuk dicuba.

Selain dari itu, sesetengah pipa juga memiliki kemasan-kemasan istimewa seperti perak, emas dan lain-lain bahan tambahan. Perak terutamanya terdedah kepada fenomena oksidasi dan ia akan bertukar menjadi kehitaman apabila sesuatu jangkauan masa dicapai. Sesetengah pemipa suka akan oksidasi perak ini kerana ia menjadikan pipa kita kelihatan sedikit vintaj dan oksidasinya tidak mengganggu – tiada bau dan rasa yang terlibat. Jika sebaliknya anda sukakan kilatan perak yang mampu untuk menjadi satu cermin untuk anda bersikat, gunakanlah kain khusus yang selalu dipanggil “silver cleaning cloth” yang boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai emas. Malah, ia juga ada di jual di tobakonis-tobakonis tempatan.

Kain yang sudah pun dilumuri sedikit bahan abrasif ini memang sangat berkesan untuk menghilangkan oksidasi perak. Walau bagaimanapun, harganya agak mahal, di dalam lingkungan RM 60 untuk sekeping kain yang kecil. Jika intipati DIY di dalam diri anda masih tebal dan anda mendapati yang lebih baik menghabiskan RM 60 tadi untuk membeli baccy daripada membeli secebis kain yang kecil, anda boleh juga menggunakan abu pipa anda. Calitkan sedikit abu tersebut pada mana-mana kain atau tisu yang agak tebal dan sapukan pada kemasan perak tersebut. Anda akan dapati dengan mudahnya anda dapat mengembalikan kilatan perak pipa anda, bagaikan seperti baru dibeli!

Begitulah halnya dengan kita pemipa ini. Kebersihan dalaman dan kecantikan luaran adalah sangat penting untuk pipa, kerana kita berhabis wang dan masa demi menikmatinya. Pipa yang baik bukan sahaja mampu memberikan kita sesi perpipaan yang syahdu, namun mampu mengurangkan stress apabila kita membelek-belek keindahan bahan dan buatannya. Dengan satu syarat – ia haruslah bersih dan terjaga dengan rapi.

Jika anda mendekatkan telinga kepada pipa-pipa anda, pastinya anda akan mendengar bisikan “love me tender”, rayuan ikhlas mereka terhadap sedikit masa kita untuk penjagaan yang sepatutnya. So, let’s love them tenderly!


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s