Kita dihadiahkan lagi dengan tahun baru. Masa berlalu begitu cepat dan usia kita juga meningkat setahun. Tahun 2016 yang banyak memberi impak kepada kita telah pun kita tinggalkan, dengan seribu satu kenangan dan pembelajaran yang kita perolehi melaluinya.
Tahun ini kita tidak dijamu dengan keraian mewah dan bunga api berskala besar. Kejatuhan nilai matawang ringgit sedikit sebanyak membataskan pergerakan kita pemipa, di dalam aktiviti perbelanjaan beli-jual terutamanya jika melibatkan transaksi online yang menggunakan matawang US dollar atau Euro.
Namun sebenarnya inilah peluang bagi kita untuk menjengah dan melihat seleksi pipa-pipa jualan lokal dari rakan-rakan di dalam komuniti pipa kita. Bukan setakat kita dapat berjimat dan mengelakkan perbezaan matawang yang merugikan, harga yang ditawarkan pun biasanya adalah “harga kawan-kawan” dan masih boleh dirunding. Menghadiri pipemeets / temupipa adalah satu peluang terbaik untuk melihat-lihat dan mendapatkan pipa-pipa samada baru atau estate dari seller-seller tempatan.
Ya, kita sekali lagi “at war with the mystic”. Kita semakin ditekan oleh desakan golongan anti-smoking yang semakin hari semakin mendesak untuk hidup tanpa tercium bau asap. Banyak shopping mall sekarang yang sudah mengambil pendekatan untuk mengharamkan langsung rokok, pipa, vape dan cerut di bangunan mereka – dan ini termasuklah di kedai-kedai makan atau cafe yang “open-air” yang sebelum ini tidak termasuk di dalam kawasan larangan merokok.
The mystics – golongan yang sangat taksub dengan “kesihatan” diri ini seakan tidak sedar yang mereka saban hari mengeluarkan emisi karbon monoksida melalui eksoz kereta mereka (atau adakah kesemua mereka menggunakan Prius? I really doubt that). Ianya bukan setakat membahayakan, malahan turut menyumbang kepada pencemaran alam dan kesan rumah hijau.
Sebab itulah salah satu resolusi saya tahun ini adalah untuk lebih menikmati sesi perpipaan dan percerutan di smoke-friendly cafe. Ternyata berpipa di dalam air-conditioned ataupun sidewalk cafe adalah semakin hari semakin sukar untuk dilakukan – penuh dengan kekangan dan bakal menjadi “luxury” tidak lama lagi. Jika anda mengunjungi US, ia sememangnya tidak dibenarkan di sesetengah negeri jadi melihat kepada perkembangan gerakan anti-smoking yang semakin ketara di negara ini, apa yang masih tinggal di depan mata kita sekarang patutlah kita nikmati.
Resolusi ketiga saya pula adalah untuk mula menghasilkan terjemahan artikel-artikel di dunia fana ini dalam bahasa Inggeris. Apa yang menjadi penghalang adalah masa – memiliki kerja harian yang agak sibuk tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian pada masa ini. Akan tetapi, terkadang saya agak terkedu juga memikirkan tentang pengunjung blog dari luar, selalunya US, UK dan beberapa negara Scandinavian, dan juga Jepun – bagaimana agaknya penyampaian penulisan ini dengan Google Translate? Saya pernah cuba sekali dan, hell it’s really awful!
Dalam setiap halangan, pasti ada pelangi yang akan muncul dari dalam bowl pipa kita. Sebagai pemipa yang sentiasa mahu maju dan berevolusi, saya percaya yang anda juga tentunya memiliki resolusi dan misi tersendiri untuk 2017. Apakah resolusi anda? Jangan lupa untuk kongsikan bersama apabila kita bersua…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!