Salaam tahun baru rakan taulan perpipaan!
Bukan, saya tidak akan bercakap tentang resolusi hari ini – save it for the upcoming Friday.
Banyak perkara yang dilalui disepanjang 2016. Ada yang pivotal, ada yang tidak signifikan dan ada yang berada di antara dua alam ini; saling mencuba untuk melepasi pintu antara realiti atau fantasi tetapi masih tersangkut seperti roh yang tidak aman.
Demi memastikan keamanan mereka terpelihara, eloklah saya cuba untuk mempamirkan sedikit “B-sides” (dengan 7 trek -.dah macam EP pun) yang tidak menemui anda pada 2016 tetapi berbaloi untuk diteroka dan memiliki sedikit-sebanyak “value” untuk kita bawa pengajaran darinya ke 2017.
1) Dua Putih di Pagi Kemerdekaan.
“disiapkan bersempena dengan Merdeka 2016, tetapi tidak dikeluarkan kerana elemennya walaupun masih keMelayuan tetapi tidak Malaysiana – keris Bugis berpengaruh Toraja dipadankan dengan pipa meerschaum ukiran motif Ankara, Turki dan blend aromatik Peter Heinrich”
2) Curiosity Orientalis bersama Dagner & Cola.
“pada ketika ini, demam Dagner Cob adalah di kemuncaknya dan saban hari kita lihat posting-postingnya di fb – lalu didedikasikan Curiosity Cola ini kepada salah satu enigma perpipaan 2016 yang secara tidak langsung mengkomplimenkan kemanisan Oriental goodness of Smyrna No 1”
3) Perisai Emas Matahari Terbit.
“Tsuge Metal Tankard Yoroi Gold sememangnya unik – ia membuka pintu hati terhadap keluaran Tankard Tsuge yang selalunya sangat futuristik dan eksperimental hinggakan traditionalist seperti saya menjauhinya like a plague. Yoroi Gold yang mungkin bermaksud perisai emas ini adalah sangat elegan, sleek dan menarik dan memegangnya memungkinkan saya untuk memahami aestetik Tsuge dengan lebih mendalam”
4) Heart of Chambers.
“meninjau-ninjau rumah lama pada Julai 2016 membawa saya ke ruang ini – sebuah dewan kecil tertutup dengan bumbung dan dinding yang direka untuk melantunkan bunyi dengan baik anda hanya perlu bercakap dengan perlahan untuk didengari oleh semua – talking about Malay hospitality dan budaya masyarakat kita yang penuh sopan santun di dalam konteks adat resam. Lagu dari Beach House adalah iringan terbaik”
5) Catitan Titian Perjalanan.
“pertukaran konsep nota pendokumentasian saya yang dari kertas-kertas kecil yang rawak kepada satu buku nota kecil sebegini juga adalah satu perubahan positif. It keeps your shit together, walaupun the fun of scribbling atas kertas-kertas kecil dan pada kemudian hari “terdiscover” sesuatu yang sudah dilupakan akan hanya jadi kenangan kelak”
6) Penjelmaan di Ember Pembakaran.
“meninjau penghasilan ember adalah perkara biasa yang saya lakukan, bukan sekadar untuk menjamin sesi perpipaan yang baik tetapi ember juga memberikan kita efek “cloud-watching” dengan bentuk-bentuk pelik dan radikal terkadang boleh dijadikan pagan dreams. Menghasilkan sesuatu yang anda tidak dapat kawal outputnya memang mengasyikkan (kecuali jika anda adalah control-freak)”
7) Diburu Bayangan “the Unbought”.
“betullah kata pepatah, idiom or whatnot; “nothing haunts you like things you didn’t buy” – penyesalan akan berlaku pada ketika anda datang kembali, have your mind made, only to find out yang ianya telah dibeli orang! Sudah tentu ada juga beberapa benda yang anda sesali kerana”terbeli” tetapi benda yang anda sudah pegang dan berpeluang untuk beli itu lah yang akan menghantui hidup anda setiap kali anda bangun dari tidur”
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!