Pemergian Mengejut McClelland…

Hubungan cinta antara saya dengan Arcadia dan siri Christmas Cheer bukanlah satu rahsia lagi. Saya masih ingat lima ke enam tahun lepas menjejaki saki-baki Arcadia di tanah Malaya dan hoarding bagaikan tiada hari esok. Begitu juga dengan Christmas Cheer dan Frog Morton – cuma Frog Morton tidak memerlukan hoarding kerana blend ini dibawa secara terus-menerus oleh tobakonis tempatan. Kesemua blend ini adalah dari McClelland. Dan … Continue reading Pemergian Mengejut McClelland…

Beberapa Fine & Peculiar Ribbons – G.L. Pease Montgomery

Sementelahan kita bersembang tentang tembakau potongan ribbon tempohari, mari kita lihat sebuah blend tembakau berpotongan ribbon yang sedikit berbeza dari yang lain. Montgomery was never been easy. Jika kita sanggup untuk meluangkan masa untuk melihat dengan lebih dekat, Montgomery adalah sebuah blend kompleks dengan filosofi dan teknik blending yang baik. Ia bukanlah blend yang anda akan berikan high-five sebaik sahaja tinnya dibuka. Sebaliknya, Montgomery berkemungkinan … Continue reading Beberapa Fine & Peculiar Ribbons – G.L. Pease Montgomery

Potongan Tembakau & Pengurusannya : Ribbon

Ribbon pastinya adalah adalah potongan tembakau konsumer yang paling popular dan paling banyak kita lihat. Di zaman sekarang yang serba-serbi segera dan fast-paced ini, ribbon adalah potongan tembakau terbaik kerana ia mudah untuk digunakan. Boleh dikatakan juga yang tembakau berpotongan ribbon adalah bentuk yang paling “ready made” untuk konsumasi biasa. Cepat dan mudah, adalah kata kunci kepada kehidupan kita sekarang. Potongan ribbon, sebelum ia menjadi … Continue reading Potongan Tembakau & Pengurusannya : Ribbon

(Masa Depan) Blend-Blend Ulangtahun / Anniversary

Saban tahun kita sibuk merayakan ulangtahun kelahiran dan ulangtahun perkahwinan, sama ada kita punya sendiri atau dijemput oleh rakan taulan untuk menghadirinya. Ia memberikan satu kesempatan terbaik kepada kita untuk menghargai sesebuah kelahiran atau ikatan pada hari-hari tertentu, menjadi satu tali ukur akan pencapaian disepanjang tahun-tahun yang berlalu. Oleh itu, ulangtahun adalah satu perayaan tersendiri yang agak istimewa bagi semua orang. Industri perpipaan dan pertembakauan … Continue reading (Masa Depan) Blend-Blend Ulangtahun / Anniversary

“That Aileron Roll Manoeuvre” – Dogfights Terhadap Nightcap Nation

Berapa banyak kah latakia yang anda perlukan di dalam blend anda? Dan perlukah kita menggembleng segala latakia itu? Latakia bukanlah seperti perique. Tembakau kulitivasi St James Parish itu memang “a little goes a long way”. Latakia sebaliknya adalah sebuah tembakau condiment yang agak lemah dari segi flavoring – ia memerlukan tembakau asas seperti virginia atau burley untuk menyokongnya. Tanpa daunan asas sebegini, keseimbangan sesebuah blend … Continue reading “That Aileron Roll Manoeuvre” – Dogfights Terhadap Nightcap Nation

Perbezaan Antara Tembakau Pipa dan Cerut

Minggu lepas kita menyaksikan event RPD Smokefest berlangsung dengan jayanya. Apa yang uniknya kali ini event cerut berprestij seperti ini dihadiri oleh ramai pemipa – satu “divine intervention” yang jarang berasimilasi dengan baik di negara-negara luar sebenarnya (cuba anda perhatikan perbezaan ketara antara cigarshow dan pipeshow). Ini, adalah satu anjakan paradikma yang baik buat kita pemipa. Sementelahan kebanyakan pemipa kita sekarang telah sedikit-sebanyak mulai menerima … Continue reading Perbezaan Antara Tembakau Pipa dan Cerut

My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian II)

Jika di bahagian I kita mengupas ketaksuban J.M Barrie terhadap Arcadia Mixture dengan mendalam, bahagian II ini pula menyajikan aspek-aspek lain My Lady Nicotine. Sememangnya Arcadia menjadi salah satu tunggak kepada kepada karya penulisan ini. Namun begitu, J.M. Barrie juga tidak lupa untuk mencoretkan banyak warna-warni perpipaan terutamanya yang bersangkutan dengan zaman Victorian yang nyata boleh ditemui tersebar di sepanjang muka surat My Lady Nicotine. … Continue reading My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian II)

My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian I)

Pada tahun 1890, satu karya literasi telah diterbitkan oleh seorang penulis Scotland J.M. Barrie. Bertajuk “My Lady Nicotine”, ia adalah epitom kepada dunia tobakiana dan perpipaan secara khususnya. Tidak lama kemudian J.M. Barrie menerbitkan satu lagi karya yang menampilkan watak yang sangat popular iaitu Peter Pan dan dengan kejayaan terbabit, My Lady Nicotine mulai dipandang sepi…tetapi tidak bagi kita pemipa! My Lady Nicotine berasal dari … Continue reading My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian I)

McClelland 221B Series : Membawa Sherlock Holmes Kembali ke Dunia Pipa

​Sewaktu Sir Arthur Conan Doyle menulis cereka fiksyennya “A Study in Scarlet” seratus dua puluh tujuh tahun yang lalu, tidak ia menjangka yang watak detektif yang direka olehnya bakal menjadi detektif yang dikenali di serata dunia. Tidak juga beliau menjangkakan yang Sherlock Holmes bakal menjadi pemipa yang paling ikonik. Walaupun ia bukanlah kali pertama Sherlock Holmes diabadikan pada blend tembakau pipa, McClelland agak terpanggil untuk … Continue reading McClelland 221B Series : Membawa Sherlock Holmes Kembali ke Dunia Pipa