(Masa Depan) Blend-Blend Ulangtahun / Anniversary

Saban tahun kita sibuk merayakan ulangtahun kelahiran dan ulangtahun perkahwinan, sama ada kita punya sendiri atau dijemput oleh rakan taulan untuk menghadirinya. Ia memberikan satu kesempatan terbaik kepada kita untuk menghargai sesebuah kelahiran atau ikatan pada hari-hari tertentu, menjadi satu tali ukur akan pencapaian disepanjang tahun-tahun yang berlalu. Oleh itu, ulangtahun adalah satu perayaan tersendiri yang agak istimewa bagi semua orang.

Industri perpipaan dan pertembakauan juga tidak terkecuali dari menyambut perayaan-perayaan sebegini. Sudah menjadi satu lumrah terutamanya kepada industri pembuatan pipa untuk merayakan ulangtahun dekad demi dekad mereka, terkadang jubli perak atau jubli emas yang sambutannya lebih meriah. Kebiasaannya, pengeluaran pipa dengan bentuk yang unik atau istimewa, selalunya di dalam keluaran terhad, adalah satu norma yang pasti dinantikan oleh peminat-peminat mereka.

Bagi industri pertembakauan pula, para blender bertungkus-lumus di dalam menghasilkan blend-blend khusus untuk perayaan sambutan ulangtahun blending house mereka. Biasanya ia akan datang di dalam packaging tin yang istimewa, di dalam bentuk yang terhad, dan selalunya adalah sedikit gubahan dari blend asal. Ramai peminat tembakau yang tidak melepaskan peluang untuk memiliki smoking pernaphelia yang unik ini kerana harga sesebuah baccy ulangtahun yang agak terhad akan baik dengan mendadak apabila ia habis terjual di pasaran.

Kerana itu lah, blend-blend anniversary sebegini adalah satu dimensi perpipaan yang sangat menyeronokkan sebenarnya. Terkadang kita tertunggu-tunggu akan apakah penawaran terbaru dari sesetengah blending house pada tahun depan. Malah, bagi sesetengah pemipa, sudah menjadi semacam satu kelaziman untuk membeli blend-blend anniversary sebegini. Terkadang, hoarding sampai bertin-tin untuk dicellar dan dinikmati di kemudian hari! Kita selalunya dapat mengagak akan beberapa tobacco house yang pastinya akan hadir dengan blending anniversary mereka seperti Kohlhase & Kopp, Dan Tobacco, Peterson, W.O. Larsen, dan McCelland.

Permasalahan kepada blend-blend ulangtahun sebegini adalah boleh dikatakan hampir 80% yang ditawarkan adalah di dalam jenis aromatik. Mungkin apa yang dilakukan adalah sedikit perubahan dari blend asal mereka, yang mana apa yang baru adalah flavor yang diterapkan ke dalam blend itu sendiri. Ini adalah benar kerana saya rasa kita boleh hitung dengan jari akan blend-blend anniversary yang bukan aromatik. Tiada masalah untuk menghasilkan blend aromatik, cuma adalah lebih baik untuk menggunakan tembakau yang agak berkualiti sekiranya aromatik adalah blend pilihan.

Pada mereka yang tidak mengambil blend-blend sebegini secara serius, mungkin tidak mengapa akan tetapi hidup adalah terlalu singkat untuk kita tidak mengambil serius akan soal pertembakauan jadi kita sepatutnya menuntut blending-blending house juga mengambil berat akan penghasilan tembakau-tembakau anniversary mereka! Jangan jadikan anniversary blend sebagai satu medan untuk membuat keuntungan secara mudah. Put some thought in the blending department – cari dan gunakan tembakau-tembakau yang rare, atau ekperimentasi dengan kaedah-kaedah pemeraman tembakau baru.

Bermainlah dengan cara kultivasi yang berlainan atau jenguk-jenguklah long lost recipe atau cara penyediaan tembakau zaman silam. Atau paling tidak, berkolaborasilah dengan blender-blender lain atau anjurkan pertandingan blending untuk mencungkil idea-idea baru dari peminat. That is how you engage us pipesmokers, terutamanya mereka yang setia dengan blend-blend keluaran anda.

Pada saya, blend-blend anniversary adalah lebih dari sekadar tin yang cantik dan jumlah pengeluaran yang sedikit. Walau bagaimana sukanya kita kepada tin-tin tembakau yang cantik – paling tidak ia akan menjadi satu memorabilia kepada kita pemipa kelak – biarlah ia menjadi satu ingatan yang lebih memberangsangkan seperti “aku masih ingat anniversary blend ini yang menggabungkan hot-pressed virginia dengan campuran mahalla dan djebec, ah sangat menyegarkan!” setiap kali kita membelek kembali tin-tin lama.

Pendek kata, untuk seseorang tobacco blender, it really say something jika situasi di atas berlaku ke atas blend anniversary yang kita hasilkan. Blend anniversary bukanlah hanya sekadar satu medan untuk setakat menghasilkan untaian tembakau yang hanya akan menjadi kering dan dibuat potpourri dek isteri anda pada sedikit masa kelak. Ia sepatutnya adalah jauh lebih bermakna dari itu. Satu peluang kepada tobacco blender untuk menghasilkan blend-blend baru bermutu tinggi yang mampu menzahirkan lebih kreativiti dan cetusan idea pertembakauan yang utuh.

Bukankah ia sepatutnya begitu, teman pertembakauan?

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: