Coda untuk Arcadia

* ini bukanlah sebuah review baccy… Arcadia bukanlah suatu keluaran biasa. Ianya disasarkan oleh McClelland sebagai salah satu blend premium di dalam siri khas 221b. Penggunaan jenis tembakau, flavor yang didevelop dan tentang rasa akan kita bincangkan di baccy reviewnya nanti, tetapi kali ini saya hanya mahu memfokuskan kepada hikayat atau “lore” disebalik nama “Arcadia” ini. “Arcadia” sebenarnya adalah blend fiksyenal di dalam novel lama … Continue reading Coda untuk Arcadia

Peterson Meerschaum Experience : Explorasi yang Mengujakan

Sebetulnya saya agak skeptikal untuk memberikan konsiderasi kepada meerschaum-meerschaum keluaran luar Turki. Apalah yang pengeluar pipa briar ini tahu mengenai meerschaum? Mampukah pipemakers-pipemakers mereka menggerudi meerschaum sebaik mungkin? Bagaimana meerschaum boleh survive dengan kedinginan bayu Irish highlands yang bersuhu rendah itu? Di sebalik kesangsian yang bersarang, Peterson sebenarnya mengeluarkan siri Sherlock Holmes meerschaum ini sebagai siri “top grade” yang memberi komplimen terhadap koleksi yang sememangnya … Continue reading Peterson Meerschaum Experience : Explorasi yang Mengujakan

Pipa “rusticated” : Curahan Kreativiti & Tenaga Pipemakers

Suatu ketika dulu, rusticated adalah finishing yang menjadi pilihan pipemakers apabila briar yang dibeli memiliki ketidaksempurnaan seperti sandpits, fissures dan lain-lain. Pendek kata, briar yang sepatutnya direject kerana masalah luaran masih mampu dijadikan pipa kerana secara keseluruhannya briar itu masih baik. Apabila blok briar memiliki grain atau birdseye yang baik, sudah tentu finishing smooth akan menjadi pilihan utama. Begitu juga jika pola ring grain atau … Continue reading Pipa “rusticated” : Curahan Kreativiti & Tenaga Pipemakers

Anekdot Perpipaan #1 : “asap aku bau latakia beb”…

Salam. Bila kita memutuskan untuk menjadi seorang pemipa, kita sebenarnya melangkah ke alam minoriti yang pelik dan penuh prejudis. Bukan prejudisma biasa, malahan prejudisma degree ke dua: masyarakat umum dah sememangnya prejudis dengan perokok, sekarang perokok pun prejudis dengan pemipa @ pipescene. Tak mengapa itu semua. Pemipa kebanyakannya jenis manusia yang kompleks. Ini bukan soal remeh seperti hisap rokok bawak se pek Dunhill 14s dan … Continue reading Anekdot Perpipaan #1 : “asap aku bau latakia beb”…

NYPC Blends : Blend dari Pemipa Untuk Pemipa.

Apabila sekumpulan gentlemen bersatu berhimpun di atas nama hobi, pelbagai idea-idea baik pastinya muncul. Penubuhan kelab pula menyemarakkan lagi komitmen mereka di dalam hobi ini, maka terhasil lah pelbagai aktiviti dan produk-produk yang menyeronokkan. NYPC New York State-of-Mind Collection adalah salah satu hasil dari kegilaan ini. Keupayaan mereka untuk mendapatkan khidmat master blender dan tobacco guru Russ Oulette untuk menghasilkan blend-blend yang unik untuk kelab … Continue reading NYPC Blends : Blend dari Pemipa Untuk Pemipa.

Ulasan Baccy : Solani Aged Burley Flake

Solani Aged Burley Flake adalah antara blend burley yang mudah didapati di Malaysia. Walaupun tidak terjual secara meluas seperti blend-blend Peterson atau Dunhill, masih banyak kedai-kedai yang menjual blend Solani ini, terutamanya di Lembah Klang. Melihat kepada komposisi blend ini, penggunaan variasi burley yang agak meluas adalah menu utama hidangannya – dark Kentucky burley, white burley dari Malawi dan light burley dari Brazil menanti pemipa. … Continue reading Ulasan Baccy : Solani Aged Burley Flake

Pipa “sandblasted” : Kerja Tekstur yang Mengasyikkan.

Pada zaman awal perpipaan, agak sukar bagi saya untuk membezakan antara sandblast dan rusticated. Namun lama-kelamaan bezanya mudah dikenalpasti dan kelebihannya turut saya pelajari. Secara amnya, kita sedia maklum bahawa pipa sandblasted adalah sedikit murah berbanding pipa smooth. Ini adalah betul pada suatu ketika dahulu dimana teknik ini digunakan untuk menyembunyikan sandpit dan fissures pada blok-blok briar yang didapati tidak layak untuk dijadikan pipa dengan … Continue reading Pipa “sandblasted” : Kerja Tekstur yang Mengasyikkan.

“Prepping Baccy” : Amalan Pemipa Bijak

Hidup pada abad ke-21 ini, segalanya pantas. Kita ada drive-thru, fast food, short semester, fast track dan bagai-bagai lagi. Proses yang panjang dan mengambil masa yang agak lama, selagi boleh akan dipercepatkan. Masa adalah matawang baru di millennia ini. Namun, bukan semua perkara adalah baik untuk dipercepatkan. Kita sering mendengar kata-kata seperti “you can’t hurry love” dan yang seumpamanya namun adakah kita mengerti maksudnya? Kita … Continue reading “Prepping Baccy” : Amalan Pemipa Bijak

Ulasan Baccy : Ashton Artisan’s Blend

Ashton pada mulanya bukanlah suatu blending house yang terkenal. Ia lebih dikenali di dalam arena pembuatan pipa, terutamanya dengan pengeluaran pipa-pipa rustiknya dari siri “Pebble Grain”. Tetapi, beberapa baccy keluarannya seperti Old Church dan Old Dog adalah agak popular pada suatu ketika dahulu. Di awal zaman perpipaan saya, beberapa baccy dari Ashton seperti Winding Road, Rainy Day, Smooth Sailing dan juga Artisan’s Blend ada dijual … Continue reading Ulasan Baccy : Ashton Artisan’s Blend

Pipa “smooth” : Permainan Grain & Birdseye Naturalis

Sesungguhnya pemipa itu adalah orang yang berjiwa seni, kerana mereka memahami kecantikan tekstur alami dari kayu dan penghargaan terhadap sumber alam ini dizahirkan dengan kesanggupan untuk membayar sesuatu pipa pada harga yang premium. Secara rambang, struktur harga bagi pipa adalah tersusun sedemikian rupa: mahal bagi smooth, sederhana mahal bagi sandblast dan sedikit murah bagi rusticated. Memahami konsep keberadaan material yang terhad buat kayu briar yang … Continue reading Pipa “smooth” : Permainan Grain & Birdseye Naturalis