Pipa “smooth” : Permainan Grain & Birdseye Naturalis

Sesungguhnya pemipa itu adalah orang yang berjiwa seni, kerana mereka memahami kecantikan tekstur alami dari kayu dan penghargaan terhadap sumber alam ini dizahirkan dengan kesanggupan untuk membayar sesuatu pipa pada harga yang premium.

image

Secara rambang, struktur harga bagi pipa adalah tersusun sedemikian rupa: mahal bagi smooth, sederhana mahal bagi sandblast dan sedikit murah bagi rusticated. Memahami konsep keberadaan material yang terhad buat kayu briar yang bergrain cantik dan sempurna, maka struktur ini adalah logik. Briar yang sempurna berkemungkinan kurang dari 50% dari hasil total pengambilan briar sedunia, dan dari situ briar yang memiliki grain baik seperti straight grain, flame grain dan birdseye adalah lebih sedikit. Maka, harga blok-blok briar sebegini yang sesuai untuk dibuat pipa smooth tentunya berbeza dari blok-blok biasa, lantaran itu kos membuat pipa dari briar smooth ini adalah lebih tinggi.

Apa yang kita sebenarnya bayar adalah kesempurnaan briar: kurangnya sandpits (susah untuk kita tentukan briar yang sempurna kerana sebagai produk natural, semestinya ada sedikit lubang atau sandpits walau sekecil mana pun), dan orientasi grain yang baik. Ini boleh dilihat dengan pipa-pipa gred ultra seperti S.Bang, Jess Chonowitsch, Former, Alex Florov dan ramai lagi artisan kelas A dimana pipa-pipa terbaik mereka adalah smooth, dengan sandpits yang sangat minimal mungkin kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar. Bagi mereka, sandpits yang kecil mungkin akan disudahkan dengan sandblast finish dan jika terlalu besar mereka akan buang saja. Jarang sekali saya melihat pipa-pipa kelas sebegini dengan fill walaupun kecil.

Selain dari isu kesempurnaan briar, kolektor pipa juga menggemari straight grain, flame grain dan juga birdseye yang secara natural terdapat pada briar. Kerana inilah artisan pipemakers sanggup berhabis modal untuk mendapatkan blok-blok briar yang memiliki orientasi grain menarik. Dengan itu, lahirlah briar-briar fiammata yang dipelopori pipemakers Italy seperti Castello, Radice, Paolo Becker, Viprati dan juga kemunculan Dunhill Dead Root, Amber Flame dan Comoy’s Blue Riband. Straight grain tentunya akan dapat dijual pada harga yang lebih tinggi dari flame grain, selalunya berharga empat angka oleh itu membeli blok-blok yang mahal ini sebenarnya adalah suatu bentuk pelaburan kepada pipemakers.

image

Bukan sahaja mereka, kita sebagai pemipa pun tentunya mahu melihat sesuatu yang cantik apabila membeli pipa dengan finishing smooth sebegini. Jika tiada orientasi grain yang cantik, bukankah lebih baik sesuatu pipa itu disudahi dengan sandblast atau rusticated? Setidak-tidaknya, jari jemari kita boleh memegang tekstur-tekstur yang menarik, sementelahan mata tidak terjamu. Harga pun sudah tentu sandblasted dan rusticated adalah lebih murah. Jangan mengambil mudah hal ini kerana bila kita mengeluarkan duit sedikit lebih untuk pipa, orientasi grain adalah sangat penting kerana straight grain bukannya mudah untuk diperolehi: bukan sahaja ia selalu menjadi buruan walaupun mahal tetapi kemahiran yang sangat baik adalah perlu untuk pipemakers merealisasikan unjuran grain yang menarik di bowl pipa-pipa mereka.

Walau bagaimanapun, pipa smooth sebegini juga adalah agak rumit untuk dijaga. Permukaannya mudah tercalar jadi kita harus lebih berhati-hati ketika menggunakannya. Ia juga memerlukan sedikit wax atau polish bilamasa perlu, demi mengekalkan kilatnya dan warnanya. Namun, semua ini akan datang dengan sendirinya kerana apabila kita leka diulit grain-grain yang mengasyikkan ini, secara automatik kita akan menjaga briar nya dengan baik.

Perlu kita ingatkan khususnya pada pemipa-pemipa pemula yang unjuran grain ini tiada kena mengena dengan kualiti smoking. Fiammata, flame grain, Oochio di Pernice atau susunatur sebagaimanapun, ia tidak membantu dalam kemampuan sesuatu pipa untuk menghasilkan pengalaman smoking yang baik. Jadi, tepuk dada tanyalah selera bila anda menemukan pipa-pipa smooth yang sangat menggoda, dari semasa ke semasa.

image

Bagi saya, walaupun kita tidak dapat menikmati nikmat sentuhan bertekstur yang diperolehi dari pipa-pipa sandblast dan rusticated, berdiri tegak di depan rak pipa anda sambil menilik-nilik grain-grain yang cantik ini pada pagi ahad adalah sangat mengujakan dan mendamaikan. Susunan grain yang selari, ditambah dengan taburan birdseye di bahagian rim dan bawah pipa yang bagaikan bintang-bintang yang berorientasi rawak dalam cara yang mengagumkan, adalah testimoni kepada kemahiran dan usaha pipemakers yang sangat mahir dalam mengaplikasikan faktor kecantikan bahan natural yang sangat menawan ini ke tahap optimum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s