Coda untuk Arcadia

* ini bukanlah sebuah review baccy…

image

Arcadia bukanlah suatu keluaran biasa. Ianya disasarkan oleh McClelland sebagai salah satu blend premium di dalam siri khas 221b. Penggunaan jenis tembakau, flavor yang didevelop dan tentang rasa akan kita bincangkan di baccy reviewnya nanti, tetapi kali ini saya hanya mahu memfokuskan kepada hikayat atau “lore” disebalik nama “Arcadia” ini.

“Arcadia” sebenarnya adalah blend fiksyenal di dalam novel lama bertajuk “My Lady Nicotine” karya J.M. Barrie. Di dalam karya tersebut, Arcadia digambarkan sebagai blend yang sangat ampuh; mampu memenuhi impian pemipa dan sangat lazat ia menjadi pujaan dan titik puncak kepada kepuasan berpipa. Malahan, kelab-kelab tercipta hanya untuk mengagumi Arcadia Mixture ini. Di dalam novel itu juga diceritakan tentang betapa sedapnya blend ini, pemipa-pemipa akan menjadi senyap dan menumpukan sepenuh perhatian ketika menikmati Arcadia Mixture di kelab-kelab mereka. Juga, sedikit petikan dari karya ini lagi, “One need only put his head in at my door to realize that tobaccoes are of two kinds, the Arcadia and others…” – meletakkan sanjungan yang sangat tinggi sehinggakan selepas menikmati Arcadia Mixture ini, seseorang pemipa hanya akan mengklasifikasikan dunia baccy kepada dua jenis sahaja: blend Arcadia dan blend bukan Arcadia!

image

Idea ini turut mendapat kesinambungan yang baik oleh Sir Arthur Conan Doyle, penulis Sherlock Holmes yang juga merupakan pemipa tegar. Berinspirasikan romanticism dari My Lady Nicotine tadi, Sir Arthur mengaitkan Arcadia dengan karakter Dr Watson (di dalam filem Sherlock Holmes wataknya dilakonkan oleh Jude Law), yang menjadikan Arcadia sebagai go-to baccy nya. Ini sudah tentu agak mengesankan dan menjadikan nama “Arcadia” sebagai satu holy grail di dalam masyarakat pemipa.

Boleh dikatakan tahap legenda Arcadia Mixture ini boleh dibandingkan dengan Balkan Sobranie, cuma ianya hanya di alam maya. Persoalannya sekarang, mampukah Arcadia Mixture direalisasikan di dunia nyata?

McClelland sebenarnya menggalas beban yang agak berat ketika menamakan baccy kedua siri 221b ini sebagai Arcadia. Ini adalah kerana impresi dunia terhadap blend maya ini adalah tinggi sekali. Saya percaya kualiti produk harus didahulukan sebelum strategi pemasaran dijalankan dan seseorang di McClelland juga semestinya sedar akan perkara ini, kerana kualiti blend ini adalah sememangnya premium.

Kenyataan McClelland mengenai blend Arcadia ini adalah “Kami berharap yang formula kami ini, dibuat dengan kajian terperinci terhadap sampel vintage yang diketahui adalah blend asal Arcadia yang diperolehi dari kolektor-kolektor, akan memuaskan pemipa-pemipa tegar yang kritikal terhadap baccy-baccy mereka”. Terdapat sekelompok pemipa yang mempersoalkan kesahihan perkara ini, terutamanya mengenai sampel vintage dimana McClelland bertindak untuk tidak menyatakannya dengan jelas. Mungkin ia adalah untuk keselamatan korporatnya (hampir kesemua blending house merahsiakan resepi sebenar blend-blend mereka bukan?) tetapi dakwaan ini kekal sebagai salah satu ura-ura yang besar berkaitan blend Arcadia ini.

image

Kesungguhan McClelland dalam mengolah kembali Arcadia Mixture ini seharusnya boleh dipuji. Ternyata bagi saya Arcadia keluaran mereka mampu untuk menzahirkan keagungan cerita nya, blend ini sangat baik dan tergolong antara blend Oriental terbaik yang pernah saya cuba. Flavornya yang dinamik memberi kita peluang untuk menghidupkan imaginasi asal Arcadia Mixture di zaman kita sendiri.

Malah, kertas penutup baccy di dalam tin ini juga menyatakan “Siri 221b ini memberikan penghormatan kepada detektif pemipa terkenal Sherlock Holmes, dimana nama siri ini adalah bersempena dengan alamatnya di Baker Street. Keluaran pertama siri adalah Black Shag. Yang kedua adalah Arcadia Mixture, kesukaan rakannya Dr Watson. Ia adalah blend legenda yang dikatakan menjadi inspirasi bangsawan. Kelab-kelab ditubuhkan khusus oleh peminat-peminatnya. Blend Arcadia dikatakan memiliki karakteristik sangat menarik sehingga ia mampu menjadi topik perbualan hangat pemipa-pemipa yang pemalu dan mendiamkan pemipa-pemipa yang kritikal tentang baccy…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s