Ulasan Baccy : Ashton Artisan’s Blend

Ashton pada mulanya bukanlah suatu blending house yang terkenal. Ia lebih dikenali di dalam arena pembuatan pipa, terutamanya dengan pengeluaran pipa-pipa rustiknya dari siri “Pebble Grain”. Tetapi, beberapa baccy keluarannya seperti Old Church dan Old Dog adalah agak popular pada suatu ketika dahulu.

image

Di awal zaman perpipaan saya, beberapa baccy dari Ashton seperti Winding Road, Rainy Day, Smooth Sailing dan juga Artisan’s Blend ada dijual di pasaran Malaysia. Namun yang peliknya, ia dijual secara berasingan oleh kedai-kedai tembakau. Walaupun francais yang sama seperti Kamelah Tobacco House, setiap cawangan hanya memiliki satu siri dari Ashton dan ini adalah agak nenjengkelkan kerana bukankah lebih baik jika setiap cawangan memiliki kesemua sirinya?

Menolak kesemua itu ketepi, Artisan’s Blend adalah suatu tawaran full-bodied English blend kepada kita pemipa. Menggunakan virginia sebagai asas blend, perique dan Syrian latakia diadun ke dalam blend ini dan ia ditambah pula dengan sedikit tembakau oriental untuk menambahkan lagi spiciness ke dalam blend.

Tin note yang dapat dikesan sebaik ia dibuka adalah dominasi latakia – pekat, tebal dan kuat. Sememangnya duplikasi Nightcap dimana tin note nya saling tak tumpah, agak serupa. Dengan itu, saya tentunya menjangkakan suatu English blend yang berat dan “full swing”, indikasi dari tin note nya ini.

image

Nyalaan pertama, dan wow! saya mengesan sesuatu yang menyerupai Dunhill Nightcap dari segi full-bodied taste dan sedikit heaviness. Namun selepas lima ke enam hembusan, saya agak hampa kerana tiada nikotin hit yang setaraf Dunhill Nightcap di sini, namun, sesuatu yang lain sedang berlaku – jalinan creaminess dari Syrian latakia dan ianya adalah amat baik dan enak sekali! Dari sini, setiap sedutan adalah amalgamam rasa yang indah, di mana Syrian latakia berjaya melompat keluar dan mencuri tumpuan dari base virginianya. Ianya sangat bagus dan tentunya penggunaan Cyprian latakia tidak akan dapat membawa dimensi rasa ini.

Tekstur rasa dari Syrian latakia ini diolah dengan baik oleh Artisan’s Blend. Ianya lembut, kekal di palate seperti gula kapas dan sedikit smoky juga. Jika diikutkan, kompleksiti rasa dari blend ini adalah agak balanced. Rasa woody, smoky dan diselang-seli dengan sedikit kemanisan dapat ditangkap oleh palate kita, disebalik “creaminess” Syrian yang sangat mengujakan itu.

Perique menonjolkan diri nya dengan baik tetapi creaminess Syrian latakia sebenarnya mencuri tumpuan anda daripada lain-lain tekstur. Rasa cream, silky dan lembut ini konsisten hingga lah ke pertengahan bowl. Nikotin hit, walaupun tidak terlalu menonjol tetapi boleh dirasai terutamanya dari pertengahan ke penghujung bowl.

image

Tidak ada masalah untuk sesi perpipaan sampai ke hujung bowl, dimana flavor asal masih kekal dan rasa perique mungkin agak sedikit intense di sini. Namun apa yang saya dapat lihat ialah flavor dari oriental yang sedikit tenggelam. Mungkin oriental bekerjasama Syrian untuk membawakan ketaksuban creaminess tadi, dan jika itulah peranannya, saya tidak kisah akan kekurangan flavor oriental di dalam blend ini.

Dari segi pembakaran, Artisan’s Blend tidak mengecewakan. Teknik packing yang baik akan menjanjikan habuk putih tanpa sedikit pun cebis-cebis tembakau yang belum terbakar, tanda pembakaran sempurna yang berlaku. Blend ini juga mudah untuk dinyalakan dan sedikit penjagaan akan membuatkan nyalaan anda kekal hingga ke hujung bowl. Oleh itu, saya perlu berjaga-jaga sedikit jika tidak bowl Dunhill Squat Bulldog saya yang sangat acute di dasar ini akan terbakar pula.

Full swing yang dijangkakan di awal perpipaan adalah satu “false alarm” di sini tetapi, jauh dari kekecewaan, saya disogokkan pula dengan heavenly creaminess yang datang bersama dengan Syrian latakia itu. Blend ini memang sangat mengujakan dan sedang kita tahu sekarang akan keadaan di Syria, kita dapat mengagak yang persembahan blend-blend sebegini mungkin tidak lama lagi akan pupus.

Tentunya, saya mahu memburu lagi tin-tin Artisan’s Blend yang ada di pasaran Malaysia namun saya tahu pencarian itu mungkin agak sukar. Jika anda terjumpa, saya nasihatkan anda untuk mengambil peluang yang ada itu sebaik mungkin.

2 Comments Add yours

  1. Anonymous says:

    mind to share where can purchase this tobacco in malaysia which having pos laju services?

    Like

    1. almoshah says:

      Hi. It is not possible to find this tobacco in malaysia anymore. You may order online but I would like to remind you that the newer ones have no more Syrian Latakia in the blend. Not necessarily a bad thing – I do enjoy Artisan Blend with or without Syrian tobacco in them 👌

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s