Pipa Di Hari Minggu

Selain dari hari gaji (payday), hari minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.  Bagi golongan bekerja, hari minggu adalah kesempatan terbaik untuk berehat. Ramai antara kita yang mengambil kesempatan sebegini untuk bangun sedikit lambat, setelah lima hari bangun awal pagi untuk berlumba-lumba mengelakkan kesesakan lalulintas (yang sebenarnya tidak boleh dielakkan pun). Ada yang mengambil peluang ini untuk ke pasar membeli barang keperluan dapur. Dan … Continue reading Pipa Di Hari Minggu

My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian II)

Jika di bahagian I kita mengupas ketaksuban J.M Barrie terhadap Arcadia Mixture dengan mendalam, bahagian II ini pula menyajikan aspek-aspek lain My Lady Nicotine. Sememangnya Arcadia menjadi salah satu tunggak kepada kepada karya penulisan ini. Namun begitu, J.M. Barrie juga tidak lupa untuk mencoretkan banyak warna-warni perpipaan terutamanya yang bersangkutan dengan zaman Victorian yang nyata boleh ditemui tersebar di sepanjang muka surat My Lady Nicotine. … Continue reading My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian II)

My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian I)

Pada tahun 1890, satu karya literasi telah diterbitkan oleh seorang penulis Scotland J.M. Barrie. Bertajuk “My Lady Nicotine”, ia adalah epitom kepada dunia tobakiana dan perpipaan secara khususnya. Tidak lama kemudian J.M. Barrie menerbitkan satu lagi karya yang menampilkan watak yang sangat popular iaitu Peter Pan dan dengan kejayaan terbabit, My Lady Nicotine mulai dipandang sepi…tetapi tidak bagi kita pemipa! My Lady Nicotine berasal dari … Continue reading My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian I)

Anekdot Perpipaan #7 – days of the lord…

Semenjak-dua ini teringat pula saya kepada betapa naifnya permulaan saya sebagai seorang pemipa. Tertarik kepada dunia baru menikmati tembakau yang lain dari rokok. Berpipa tidaklah “trendy” awal dekad ini, tetapi mistik tembakau di dalam tin dan membuka komponen-komponen pipa satu persatu di atas meja cafe sambil mempamirkan wajah “I know what I’m doing” adalah satu tarikan awal ke dunia perpipaan. Mungkin saya tidaklah keseorangan. Mungkin … Continue reading Anekdot Perpipaan #7 – days of the lord…

Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Arcadia

Siri terakhir yang saya keutarakan dalam rentetan McClelland 221B ini adalah Arcadia. Ia merupakan keluaran kedua selepas Black Shag dan sebelum Honeydew. Selepas blend pertama yang menampilkan “stoved virginia”, kita dihadiahkan pula dengan blend berteraskan oriental ini, sebelum siri ini ditutup dengan blend yang diproses a-la “honeydew”. Mengikut fiksyen Sherlock Holmes, Arcadia adalah blend kegemaran Dr Watson, sekutu rapat detektif itu. Bukan sahaja di dalam … Continue reading Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Arcadia

Bisque Butternut bersama Black Shag (the gastropipa series)

Semenjak menjadi pemipa full-time, mata kita agak cerap dengan pola-pola burl dan serat-serat grain. Pantang melihat burl pada batang pokok, kepala mula terbayang corak birdseye yang akan terhasil sekiranya burl itu dikerat tengah. Itulah yang saya nampak pada butternut ini. Butternut adalah sejenis “squash” dan terdapat perbezaan pendapat mengenai persamaannya dengan pumpkin (labu). Ia mulai berbuah ketika musim sejuk dan dikatakan namanya datang dari adjektif … Continue reading Bisque Butternut bersama Black Shag (the gastropipa series)

Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Black Shag

Dari keluaran ketiga siri 221B minggu lepas (Honeydew), minggu ini kita melompat kembali kepada keluaran pertama siri berprestij McClelland tadi – Black Shag. Siri ini dikeluarkan pada 1997 dan sudah tentu sebagai blend permulaan, ia secara fiksyennya adalah tembakau kegemaran Sherlock Holmes sendiri. Dari gambaran dan deskripsi tin nya, Sherlock Holmes dikatakan menyimpan tembakau Black Shag ini di dalam kasut Persia yang digantung di dinding. … Continue reading Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Black Shag

Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Honeydew.

Seperti yang kita telah kupas pada minggu lepas, siri McClelland 221B mengenengahkan 3 koleksi baccy yang berinspirasikan cerita fiksyen detektif Sherlock Holmes. Telah kita bincangkan secara santai akan tujuan dan motif McClelland dengan siri yang hebat ini, dan kali ini marilah kita menelusuri pula blend-blend yang ditawarkan olehnya, satu per-satu. “Honeydew” ialah keluaran ketiga dari siri blend detektif tersohor McClelland 221B. Nama “Honeydew” ini mungkin … Continue reading Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Honeydew.

Kuskus, Braised Salmon & Planta Burberry (the gastropipa series)

Terkadang kita ingin meneroka sesuatu yang di luar kebiasaan, hanya kerana kita inginkan sedikit rasa dan pengetahuan tentang sesebuah masakan dan budaya yang datang dengannya. Itu adalah lumrah kita manusia, sering mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang asing dan jarang dirasai. Memilih tema Maghribi / Morocco kali ini, santapan tengahari saya adalah “couscous with braised Salmon, topped by lemon sauce with chives sprinkle” – atau … Continue reading Kuskus, Braised Salmon & Planta Burberry (the gastropipa series)

McClelland 221B Series : Membawa Sherlock Holmes Kembali ke Dunia Pipa

​Sewaktu Sir Arthur Conan Doyle menulis cereka fiksyennya “A Study in Scarlet” seratus dua puluh tujuh tahun yang lalu, tidak ia menjangka yang watak detektif yang direka olehnya bakal menjadi detektif yang dikenali di serata dunia. Tidak juga beliau menjangkakan yang Sherlock Holmes bakal menjadi pemipa yang paling ikonik. Walaupun ia bukanlah kali pertama Sherlock Holmes diabadikan pada blend tembakau pipa, McClelland agak terpanggil untuk … Continue reading McClelland 221B Series : Membawa Sherlock Holmes Kembali ke Dunia Pipa