Terkadang kita ingin meneroka sesuatu yang di luar kebiasaan, hanya kerana kita inginkan sedikit rasa dan pengetahuan tentang sesebuah masakan dan budaya yang datang dengannya. Itu adalah lumrah kita manusia, sering mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang asing dan jarang dirasai.
Memilih tema Maghribi / Morocco kali ini, santapan tengahari saya adalah “couscous with braised Salmon, topped by lemon sauce with chives sprinkle” – atau kuskus yang dilengkapkan dengan ikan salmon yang digoreng ringan, bersama sedikit sos lemon dan sayur kuchai potong yang ditaburkan ke atasnya. Mungkin ramai yang tahu kuskus adalah hidangan ruji Berber dan ia diperbuat dari gandum durum jenis semolina yakni bertekstur agak kasar seperti bran, dan ia adalah alternatif terbaik yang lebih mudah dimasak berbanding nasi atau pasta.
Kerana teksturnya yang sedikit berkanji, ia sememangnya memiliki rasa seperti nasi bercampur dengan doh pizza dan salmon yang digoreng ringan itu melengkapkan menu ini dengan rasa ikan berlemak dan sedikit rangup . Zesty dari sos lemonnya pula adalah sangat menyegarkan dan kuchai melengkapkan kehendak sayuran kita.
Mesti ramai yang bertanya – kenapa tidak packing blend latakia atau oriental, untuk melengkapkan hidangan tengahari a-la Berber seperti yang anda mungkin alami di Grand Souk, Tangier? Tentunya ia lebih appropriate dan baik, namun apa salahnya menikmati baccy aromatik yang bersifat lebih universal? Hari ini, mari jauhi status quo dan light up your aromatic for a change!
Burberry dari Planta Tabak ini adalah sebuah blend aromatik yang sangat baik. Menyimpannya selama 4 tahun, potongan ribon kasarnya berapa di dalam keadaan separa kering dan menyalakannya adalah sangat mudah. Burberry, walaupun memiliki nama sebegitu, tidak memiliki flavor berry dan flavor pistachio yang diterapkan di dalamnya pun masih gagal saya kesankan dengan baik. Cuma terdapat sedikit sweet, nutty elemen yang saya boleh kaitkan dengan almond dan mungkin lebih flavor akan dapat dikesan kelak apabila saya membiasakan palate dengan blend ini.
Namun, jangan rosakkan suasana makan tengahari Berber ini dengan kecenderungan mengesan flavor-flavor dengan terperinci. Kemanisan, nuttiness dan sedikit aroma wangi aromatik yang hadir dari double-fermented black cavendish yang mengiringi base virginia dan burley ini sudah cukup untuk memuaskan palate kita dan melengkapkan makan tengahari yang berkhasiat lagi bermakna.
Secara tidak langsung, mengajar kita untuk menggunakan apa sahaja sumber yang kita ada disekeliling kita untuk kita nikmati di kehidupan yang senantiasa sementara ini.
Basmallah.
#thegastropipaseries