Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Honeydew.

Seperti yang kita telah kupas pada minggu lepas, siri McClelland 221B mengenengahkan 3 koleksi baccy yang berinspirasikan cerita fiksyen detektif Sherlock Holmes. Telah kita bincangkan secara santai akan tujuan dan motif McClelland dengan siri yang hebat ini, dan kali ini marilah kita menelusuri pula blend-blend yang ditawarkan olehnya, satu per-satu.

“Honeydew” ialah keluaran ketiga dari siri blend detektif tersohor McClelland 221B. Nama “Honeydew” ini mungkin agak mengelirukan untuk para newbies: ianya bukanlah baccy aromatic yang menampilkan flavor buah honeydew. Tidak sama sekali. Sebenarnya, di dalam dunia blending dan kultivasi tembakau, “honeydew” merujuk kepada penyediaan tembakau yang diperam dengan molasses atau liquorice. Penapaian secara semulajadi daun light virginia (virginia daun cerah yang selalunya dibiar tumbuh agak lama sedikit sebelum ia dituai) ini bertindakbalas dengan molasses tersebut, untuk menghasilkan satu komponen blend yang sedikit extra kemanisannya dan agak unik rasanya.

Sebaik sahaja anda membuka penutup tin, bau yang enak seperti kismis dan toffee yang dipanggang terus menerpa nasal anda. Baccy ni datang di dalam keadaan “broken flake” jadi terpulanglah sama ada anda mahukan tembakau berbentuk flake di dalam bowl anda, atau dipotong menjadi cubes ataupun digosok mudah di telapak tangan anda untuk ia membentuk menjadi ribbons. Sebenarnya sudah hampir tiga tahun tin saya ini dibuka tetapi moisture level tembakaunya masih baik, kondisinya tidak terlalu kering dan tidak juga terlalu lembap. Memang kondisi yang sangat sesuai untuk sesi perpipaan yang baik.

Dengan situasi yang tidak kering dan tidak lembap ini, saya tidak menghadapi banyak masalah untuk mendapat “initial light”. Kepulan asap awal memberikan nota-nota buah tin (fig) bakar, dengan sedikit “honey” dan “sweetness” yang selalu hadir bersama buah plum yang dilontarkan di dalamnya. Kemudian anda tidak akan dapat lari dari merasakan sedikit tona “grassy” yang sangat menyegarkan. Flavor “grassy” yang baik sebegini hanya hadir pada blend-blend “straight VA” yang menggunakan daunan virginia berkualiti baik dan ternyata McClelland 221B Honeydew juga adalah begitu.

Semakin lama anda bersekongkol dengan baccy ini, anda akan dapati yang flavor utamanya atau apa yang terkedepan adalah “grassy” dan “sweet plum ” yang juga agak creamy. Saya percaya yang elemen rasa dan flavor yang ada ini adalah hasil proses “honeydew” yang sememangnya agak istimewa itu. Aroma “honey” tadi muncul dan pergi di sepanjang sesi perpipaan. Flavor-flavor ini juga kekal hingga ke penghujung bowl, dimana ia membuktikan yang Honeydew ini adalah sebuah blend yang sangat konsisten, cuma sedikit intensiti dari segi “strength” dan “tobacco taste” akan meningkat naik dan memberikan sedikit kepuasan kepada blend yang memiliki kadar nikotin yang agak rendah ini.

Hasil pemeraman istimewa “honeydew” yakni penggunaan molasses dan liquorice di dalam tembakau virginia yang diperam untuk menghasilkannya, flavor “sweet plum” yang diolah baik dengan flavor “honey” adalah satu elemen yang khusus kepada baccy ini. Berbalik kepada proses penghasilan blend tembakau “honeydew”, ianya sudah tidak popular lagi sekarang (ya, sebenarnya jarang sekali atau mungkin kita tidak pernah jumpa blend lain yang diolah dari teknik “honeydew” sebegini) kecuali, jika kita mahu berspekulasi, mungkin beberapa blend yang memiliki “proses rahsia” atau “sos istimewa” seperti Dunhill Royal Yacht dan G.L. Pease Montgomery adalah antara beberapa blend yang boleh kita kaitkan apabila proses “honeydew” dikeutarakan.

Apa yang lebih menarik adalah aroma “honey” yang turut menghantui blend ini. Ini adalah antara “features” blend dengan proses istimewa yang tidak ada pada blend-blend tembakau pipa yang lain. Proses “honeydew” ini, walaupun tidak diperjelaskan dengan baik di dalam novel detektif fiksyenal tersebut, adalah menepati beberapa deskripsi tembakau ini yang walaupun bukanlah tembakau “go-to” Sherlock Holmes, ia adalah antara blend yang sangat digemari oleh detektif tersebut dan diakui olehnya sebagai “fragrant Irish Flake which is also gentle to the palate”.

Jika saya diberikan peluang untuk menyingkap sedikit teori dan apresiasi kepada blend ini, saya merasakan yang ianya mungkin adalah satu blend “crossover” kepada blend-blend “straight VA” sepertimana blend Frog Morton kepada blend Dunhill Nightcap. Pemipa pemula mungkin akan menolak beberapa jenis VA yang bersifat “straight” seperti McClelland Christmas Cheer, Capstan blue, Orlik Long Gold Flake atau yang lain, dan mungkin juga Irish Flake yang bersifat “heavy” seperti Peterson Irish Flake. Pendek kata, 221B Honeydew bersifat sangat mesra palate dan juga agak memuaskan.

Blend sebegini sememangnya sangat sesuai untuk dinyalakan secara santai, sambil menonton tv di rumah atau sambil menikmati pemandangan di balkoni rumah atau hotel dan yang seumpamanya. Perkara yang lebih penting adalah McClelland 221B Honeydew sememangnya sangat sesuai untuk semua golongan; sama ada anda adalah newbie atau veteran anda akan tersenyum puas apabila menikmati satu persembahan tembakau berkualiti yang sangat baik dan konsisten.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

2 Comments Add yours

  1. Newbie says:

    Admin ada tmbakau lebih2? Bak sikit hehe… best rupanya bepipa…
    Sy bdk baru blajar jgn marah deh, mnx ilmu dr otai2…

    Liked by 1 person

    1. almoshah says:

      Tembakau lebih ada…nanti bila berjumpa masa temu pipa boleh share 😀

      Bagus tu baru bermula. Saat bermula memang seronok, walaupun masa itu kita tak berapa mahir tetapi passion tu yang penting. Saya pun masih terus belajar dan belajar – pembelajaran tidak pernah ada sempadan.

      Harap apa yang saya tulis dalam blog senantiasa bermanfaat buat kita semua.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s