It’s Raining Baccy / Dihujani Baccy

Sedikit masa dahulu, ramai pemipa yang mengimpikan untuk “dihujani” baccy apabila membuka pintu cellar mereka (sudah tentu rumah di Malaysia jarang mempunyai attic / bilik loteng – anda boleh membayangkan akan tong clear bin anda yang tersimpan di atas rak buku atau almari baju jatuh dengan penutupnya terbuka ke atas anda ketika anda terjengket-jengket mengambilnya, untuk memberikan anda gambaran “dihujani baccy” tersebut). Jauh dari menceritakan … Continue reading It’s Raining Baccy / Dihujani Baccy

Sekitar Tobakiana di dalam “The Hateful Eight”

Di zaman ini bilamana penggunaan tembakau adalah agak taboo dan dipenuhi prejudis-prejudis masyarakat umum, sekali-sekala kita dihadiahkan dengan kejutan apabila ia muncul di layar perak. Filem-filem yang mengisahkan sesebuah cerita yang berputar di sekitar abad ke 19 dan 20 sering menggunakan prop yang melibatkan produk-produk tobakiana. Sukar untuk industri perfileman lari dari perkara ini kerana tembakau – dan pipa secara khususnya – adalah perkara umum … Continue reading Sekitar Tobakiana di dalam “The Hateful Eight”

Jemputan Swashbuckling Lanun Sea Scoundrels Berhati Gelap, Terlalu Gelap Anda Terbayangkan Black Jet Cavendish Walaupun Ia Sebenarnya Adalah Latakia & Burley di Dalam Bentuk Crumble Cake

Pirate Kake baru menjengah pasaran Malaysia pada tahun ini. Blend ini agak popular juga di kalangan para pemipa sedunia dek kerana penggunaan Latakia di dalam jumlah yang banyak, yakni pada 75%. Selama ini, pencinta latakia tempatan hanya mampu untuk membeli Pirate Kake secara online sahaja, dan sekarang penawaran si lanun terhidang di depan kita. Seorang pemipa hanya perlu uber ke tobakonis tempatan dan balik ke … Continue reading Jemputan Swashbuckling Lanun Sea Scoundrels Berhati Gelap, Terlalu Gelap Anda Terbayangkan Black Jet Cavendish Walaupun Ia Sebenarnya Adalah Latakia & Burley di Dalam Bentuk Crumble Cake

Mengenal Stem Pipa : Material Sintetik (Bakelite, Ebonite atau Vulcanite / Akrilik / Lucite)

Di minggu lepas kita telah pun mengupas akan penggunaan bahan semulajadi sebagai stem pipa. Berkadar langsung dengan kemajuan teknologi yang pesat, banyak bahan sintetik baru dihasilkan demi mencapai matlamat keselesaan dan kepenggunaan manusia. Jadi minggu ini kita akan lihat dengan lebih dekat tentang penggunaan bahan sintetik seperti bakelite, vulcanite dan akrilik sebagai stem pipa. Bakelite mula diperkenalkan pada tahun 1907 dan merevolusikan industri pembuatan pada … Continue reading Mengenal Stem Pipa : Material Sintetik (Bakelite, Ebonite atau Vulcanite / Akrilik / Lucite)

Evolusi Material Stem Pipa

Stem untuk pipa adalah satu komponen yang sangat penting. Kebiasaannya ia adalah 30% dari binaan pipa itu sendiri, menjadikannya komponen kedua terbesar selepas bowl sesebuah pipa. Stem adalah bahagian di mana asap dari pembakaran tembakau yang berlaku di dalam bowl sesebuah pipa disalurkan ke mulut pemipa, selepas ia melalui shank. Pendek kata, gabungan shank dan stem membentuk satu kapilari dimana asap tembakau itu dilalukan. Jika … Continue reading Evolusi Material Stem Pipa

“ritual de lo habitual”

Dari keinginan ia berkembang menjadi satu kemestian dan seterusnya menjadi rutin yang tidak lama kemudian bertukar menjadi satu ritual. Ia mengambil masa yang agak panjang untuk sesebuah hobi menjadi habit. Dan apabila ia sudah pun menjadi satu habit, kaedah dan keterbiasan pada satu sela masa dan ruang pula akan menjadikan ia satu ritual. Dan kita pasti tahu yang ritual memerlukan “devotion”, dan devotion itulah yang … Continue reading “ritual de lo habitual”

Ulasan Baccy : Drucquer & Sons Levant Mixture

“Levant” memberikan satu unjuran geografi yang sangat menarik. The Levant adalah sebuah wilayah besar yang bersejarah, yang merangkumi negara-negara Mediterranean utara seperti Greece dan gugusan kepulauannya, Cyprus dan Turkey hinggalah ke separuh semenanjung Arab seperti Syria, Iran, Lebanon, Jordan, Israel dan Palestin. Levant Mixture pula merujuk kepada blend tobacco house Drucquer & Sons yang paling terkenal dan ramai peminatnya.  Jika kita “rewind” ke sedikit masa … Continue reading Ulasan Baccy : Drucquer & Sons Levant Mixture

Anekdot Perpipaan #9 : Come Up And See Me (Make Me Smile)

Lima tahun lepas saya mempunyai pilihan, samada memiliki Castello Hawkbill atau Ser Jacopo Gem Series dengan insignia Giancarlo Guidi. Memikirkan akan Castello Hawkbill masih dikeluarkan dan Gian tentunya tidak akan kembali hidup untuk membuat pipa, saya memilih Ser Jacopo Dalla Gemma dengan insignia Gian. Satu keputusan yang tepat kerana pipa-pipa Ser Jacopo hasil tangan Giancarlo Guidi sememangnya semakin mahal dan diburu kolektor.  Namun apa yang … Continue reading Anekdot Perpipaan #9 : Come Up And See Me (Make Me Smile)

“The Castello Compendium” – Bahagian VI – Signifikasi Castello Kepada Perpipaan Itali & Dunia

Sebagaimana signifikasi meerschaum kepada Turki, begitulah briar kepada Itali.  Negara yang memiliki 28% perokok itu (pengguna tembakau mungkin mencapai 40% – jika kita mengambil kira pemipa & pencerut, malah mungkin lebih lagi kerana dengan jenama-jenama seperti Castello, Radice, Savinelli, Becker, Ser Jacopo, Viprati, Don Carlos, Brebbia dan berpuluh lagi, pasti wujud satu golongan besar yang menggunakan pipa di sana) sememangnya sinonim dengan dunia pertembakauan. Cuma … Continue reading “The Castello Compendium” – Bahagian VI – Signifikasi Castello Kepada Perpipaan Itali & Dunia

“The Castello Compendium” – Bahagian V – Special Finishing yang Merentas Siri

Kali ini kita akan mengupas pula finishing-finishing istimewa dari Castello, dimana finishing-finishing ini ditawarkan di dalam segenap siri-siri Castello yang telah kita lihat pada minggu-minggu lepas. Natural Vergin Siri ini adalah lebih kepada “sub-siri” kerana ia adalah satu jawapan kepada permintaan peminat-peminat Castello. Preferensi Itali kepada all things natural terkadang terbawa-bawa hingga ke perincian yang agak kecil. Mereka tidak menyukai “pre-carb bowl” dan jarang sekali … Continue reading “The Castello Compendium” – Bahagian V – Special Finishing yang Merentas Siri