It’s Raining Baccy / Dihujani Baccy

Sedikit masa dahulu, ramai pemipa yang mengimpikan untuk “dihujani” baccy apabila membuka pintu cellar mereka (sudah tentu rumah di Malaysia jarang mempunyai attic / bilik loteng – anda boleh membayangkan akan tong clear bin anda yang tersimpan di atas rak buku atau almari baju jatuh dengan penutupnya terbuka ke atas anda ketika anda terjengket-jengket mengambilnya, untuk memberikan anda gambaran “dihujani baccy” tersebut). Jauh dari menceritakan tentang kemalangan ketika berkemas, ia sebenarnya adalah satu epitom yang besar kepada kita para pemipa.

“Dihujani baccy” memperlambangkan satu obsesi kepada pemipa tentang kebebasan mereka di dalam mengatur baccy untuk dinikmati saban hari, keseronokan untuk “being lost” di dalam memilih baccy-baccy yang perlu dibawa bersama ketika balik kampung, keupayaan untuk memiliki blend-blend tertentu ketika produksi blend tersebut sudah pun terhenti dan backorders adalah mustahil, dan juga untuk memberikan mereka peluang dalam menikmati blend-blend kegemaran mereka apabila mereka sudah berusia kelak.

Bayangkan yang anda sekarang masih memiliki 5 tin Craven’s Mixture, atau Balkan Sobranie, atau Bengal Slices yang original, ia akan menjadi satu koleksi “pinnacle” anda, dimana anda mampu untuk masih menikmati blend-blend rare ini disamping membandingkannya dengan blend-blend baharu yang cuba untuk mengemulasikan semula these late greats. Paling tidak, ia adalah satu “conversational pieces” untuk anda bincang dan perbualkan dengan rakan-rakan pemipa anda tatkala temupipa-temupipa (mungkin akan membuatkan beberapa pemipa senior “cringe” dan berair-mata mengenangkan akan baccy-baccy kegemaran mereka ketika mereka muda belia).

Boleh dikatakan kebanyakan pemipa adalah kolektor secara tidak langsung. Bukan setakat kolektor pipa, malahan baccy juga turut menjadi sasaran kolektiviti. Jauh dari kesan-kesan negatif (kecuali dari segi ekonomi – terutamanya jika anda “overdoing it”), ia adalah satu petanda sihat akan perkembangan industri perpipaan dan satu penunjuk aras akan kemunculan lebih ramai pemipa-pemipa baru saban hari dan bulan.

Hakikatnya, kita membeli dan terus membeli baccy, sama ada secara sedar atau tidak. Kunjungan ke tobakonis-tobakonis selalunya akan melibatkan pertukaran wang dengan setin-dua baccy; pergi singgah kononnya untuk melihat pipa-pipa baru tetapi selalunya kita akan termakan akan pujuk rayu tobakonis (sebenarnya bukan pujuk rayu pun – para tobakonis harus faham betapa lemahnya golongan pemipa ini – sedikit penjelasan tentang baccy pun akan membuatkan lutut kita lemah dan tangan kita gatal untuk mengeluarkan wang dari saku).

Membeli baccy untuk “mencuba blend baru” adalah satu alasan paling “legit” buat kita membeli baccy. Semestinya saya (dan seharusnya anda semua) setuju yang kita patut mencuba sehabis banyak blend selagi mungkin. Memang agak “impossible” untuk mencuba segalanya, tetapi di dalam keadaan sekarang di mana pasaran untuk pipa sememangnya sedang berkembang pesat dan banyak blend-blend baru dibawa masuk ke sini saban tahun, masakan kita mampu bertahan melihat blend-blend baru terpampang di rak-rak tobakonis begitu sahaja?

Tidak kurang juga yang membeli baccy sebagai “pendua” untuk stok mereka. Konsep “cellaring” sebegini agak sinonim dengan pemipa tempatan sekarang, dimana apabila tin sesebuah baccy kegemaran dibuka, sebaiknya ada lagi satu tin yang disimpan untuk “standby”. Pengalaman lalu bersama The Solent Mixture, Ashton Artisan Blend, Solani White & Black dan kebelakangan ini dengan MacBaren London Burley Blend, Matured Virginia dan beberapa blend lain, dimana mencari stok adalah satu proses yang agak sukar sekarang, sudah tentu menjadi satu igauan ngeri buat pemipa semua.

But that is the good thing about us pemipa, kita sukakan baccy dan kita adalah “the hoarders” di dalam diam (sila rujuk artikel lepas “Mikro-Ekonomik Baccy & Pemipa”). Mungkin agak sama seperti “armageddon prepppers” yang sering muncul di kaca tv sekarang. Secara tidak langsung, kita pemipa sangat suka untuk menyokong industri perpipaan dan pertembakauan negara.

Ini agak berbeza dengan sedekad yang lepas di mana Malaysia adalah syurga baccy-baccy rare, dek kerana kurangnya jumlah pemipa untuk membeli kesemua baccy-baccy ini dan selalunya ia boleh didapatkan dengan harga yang murah kerana tobakonis gagal menjualnya walaupun ia sudah bertahun terpampang di rak-rak kedai mereka.

Apa yang saya boleh katakan, pembelian baccy adalah natural buat kita pemipa. Sangat selalu ia berlaku tanpa disengajakan, namun ia sebenarnya lebih kerap lagi diter-sengajakan.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

2 Comments Add yours

  1. Joe Kamari says:

    Sememangnya perlu “sediakan payung sebelum hujan” prof…cuma bila dah banyak menyimpan tembakau, lebih-lebih lagi tembakau pemberian teman-teman pemaip jadi sayang untuk dibuka. Ianya jadi kenangan akan kasih teman-teman kepada kita. Semoga prof tidak jemu menulis berkaitan paip danseumpamanya. Terima kasih prof.

    Liked by 1 person

    1. almoshah says:

      Hehehe betul tu Cikgu Joe…yang lebih penting adalah ingatan tu 👌😀
      InshaAllah Cikgu Joe semua ni pun berdasarkan perkongsian sesama kita juga Cikgu. Terima kasih juga atas bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan perkongsian dari Cikgu yang sentiasa saya akan ingat juga 🙏🏽

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s