“ritual de lo habitual”

Dari keinginan ia berkembang menjadi satu kemestian dan seterusnya menjadi rutin yang tidak lama kemudian bertukar menjadi satu ritual.

Ia mengambil masa yang agak panjang untuk sesebuah hobi menjadi habit. Dan apabila ia sudah pun menjadi satu habit, kaedah dan keterbiasan pada satu sela masa dan ruang pula akan menjadikan ia satu ritual. Dan kita pasti tahu yang ritual memerlukan “devotion”, dan devotion itulah yang membentuk kita menjadi seorang insan yang berguna, dengan matlamat dan pendapat kita yang tersendiri.

Begitulah halnya kita dengan hobi berpipa ini. Banyak perkara yang kita lakukan telah dari awal dahulu telah pun menjadi satu rutin kepada diri kita, terutamanya apabila perkara itu dilakukan berulang-ulang kali. Ia sering berlaku secara tidak sedar seperti contohnya seorang pemipa yang sudah terbiasa tamping tembakau di dalam bowl dengan stail “membukit” – yakni membentuk satu timbunan meninggi di bahagian tengah tembakau dan menekan bahagian tepi supaya ia lebih terkedalam. 

Saya sendiri tidak terkecuali. Saya sangat menyukai stail tamping sebegini dan percaya ia akan dapat membantu saya mendapatkan ember yang lebih baik berbanding dengan hanya menekan rata. Padahal, penghasilan ember dan kawalannya juga bergantung-harap kepada kadar kelembapan tembakau, cara ia dipek kedalam bowl, kadar sedutan dan seribu satu faktor lagi namun itulah ritual yang sukar untuk saya tinggalkan walaupun tiada pembuktian sains tentang packing membukit ini.

Acapkali juga kita akan merasakan seperti “serba tak kena” apabila sesuatu perkara yang biasa dilakukan itu kita tinggalkan, meninggalkan simptom-simptom seperti resah, badan gatal-gatal, tergaru-garu di sana sini dan tidak tentu arah. Ini boleh terjadi terutamanya apabila kebiasaan itu melibatkan sesuatu yang hygienic seperti aktiviti membersihkan airway shank dan bowl dengan pipecleaner setiap kali selepas selesai berpipa. Pemipa yang terbiasa dengan aktiviti sebegini akan secara automatik mengeluarkan pipecleaners selepas sesi perpipaannya tamat dan akan mengalami perasaan kurang senang seperti simptom-simptom di atas sekiranya pipa yang masih belum dibersihkan ada di dalam beg pipa mereka.

Tiada benar atau salah di dalam hal kebersihan dan hygienic ini sebenarnya, kerana membiarkan bowl dengan baki tembakau pipa juga mungkin adalah satu ritual kepada pemipa lain. Hal ini berlaku terutamanya kepada pemipa yang sangat memuja sesetengah blend. Demi memastikan pipa mereka diselaputi dengan flavor yang mereka sangat sukakan itu, mereka akan meninggalkan bowl semalaman, hanya untuk dibersihkan pada keesokan harinya. Sudah tentu, pipa adalah hak individu dan Kita tidak berhak untuk menegur ritual-ritual persendirian sebegini.

Malah, sesetengah ritual adalah agak “abusive” seperti seorang rakan rapat yang suka mengetuk pipa di bucu meja setiapkali selesai membersihkan pipanya! Katanya ia memberikan satu “sense of cleanliness” kerana beliau berjaya menggugurkan abu yang degil yang berkemungkinan melekat di dasar bowl pipanya. Sudah tentu saya tidak menafikan hak beliau untuk membersihkan pipa milik beliau sendiri, walaupun pendekatannya mungkin adalah agak ekstremis dan sadis. Walau bagaimanapun, saya berterima kasih kepada tuhan yang tidak membuka pintu hati kawan saya tadi untuk menggunakan pipa meerschaum setakat ini. Kalau tidak, what a waste!

Antara ritual lain yang lebih mudah difahami adalah cara seseorang pemipa menguruskan tembakau berbentuk flake. Semua orang memiliki preferensi tersendiri namun ritual yang selalu kita dapat lihat adalah ketika seseorang pemipa itu meleraikan flake mereka satu persatu. Terkadang mereka kelihatan seperti agak asyik dengan aktiviti itu; cuba menghasilkan output ribbon sebaik mungkin di atas tudung tin tembakau mereka. Sesetengah mereka akan go to the extreme dengan carikkan tembakau “single ply” dan ramai yang sudah cukup berpuas hati dengan proses “rubbing” untuk menghasilkan “broken flake”.

Bagaimana pendapat saya? Saya juga terkadang akan melibatkan diri di dalam ritual ini. There’s always something special tentang bauan rerumput dan jerami lembap dari flake straight virginia ketika ia dicarik-carik yang meruntun jiwa merindui masa-masa berharga sesi perpipaan. Menikmati saat-saat sebegini, ditambah pula dengan sesi perpipaan yang baik selepasnya, adalah satu nikmat dunia yang sukar untuk saya gambarkan.

Terkadang kita pemipa dahagakan elemen komplikasi di dalam hobi perpipaan ini. Kita tidak mahu konsep perpipaan menjadi banal dan tidak menarik sepertimana rokok – yang hanya melibatkan elemen membeli dan mengguna sahaja. Golongan pemipa selalunya adalah mereka yang sangat menghargai sumber tembakau dan tahu bagaimana untuk menikmati tumbuhan ciptaan tuhan ini dengan sangat baik dan bergaya. Dan yang lebih penting, nikmat sebegini tidak hanya terbatas kepada sesi intra-smoke sahaja, pre dan post juga adalah sebuah rentetan nikmat berpanjangan, menjadikannya satu ritual yang dituruti dan dinanti-nantikan oleh para pemipa saban hari.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!


imej dari Wikipedia

*”ritual de lo habitual” adalah album kedua Jane’s Addiction, sebuah band yang memulakan “Alternative Nation” di mana kareer gitaris Red Hot Chilli Pepper Dave Navarro bermula. When I am up listening to these music, zaman mereka sudah berlalu akan tetapi it’s a good dig anyway!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s