“The Castello Compendium” – Bahagian VI – Signifikasi Castello Kepada Perpipaan Itali & Dunia

Sebagaimana signifikasi meerschaum kepada Turki, begitulah briar kepada Itali. 

Negara yang memiliki 28% perokok itu (pengguna tembakau mungkin mencapai 40% – jika kita mengambil kira pemipa & pencerut, malah mungkin lebih lagi kerana dengan jenama-jenama seperti Castello, Radice, Savinelli, Becker, Ser Jacopo, Viprati, Don Carlos, Brebbia dan berpuluh lagi, pasti wujud satu golongan besar yang menggunakan pipa di sana) sememangnya sinonim dengan dunia pertembakauan. Cuma apa yang tiada di Itali adalah penanaman tembakau itu sendiri, walaupun mereka dikurniakan dengan tanaman erica arborea dan menghasilkan pelbagai jenis dan jenama pipa dengannya.

imej dari fregole.com
“Jika saya menghadiri jemputan kawan non-smokers yang tidak membenarkan saya merokok di rumahnya selepas makan malam, mungkin itu adalah masanya untuk mencari kawan yang lain” ujar Giuliano Bianucci, president kelab “Association of Polite Smokers and Tolerant Nonsmokers” yang berpusat di Milan. Bagaimana sebuah kelab dengan mandat sebegitu wujud juga adalah satu pendedahan menarik, semacam “tell-tale sign” akan ketaksuban Itali terhadap konsumasi tembakau.

Italian cukup dikenali dengan “love affair” mereka terhadap tembakau; mereka akan “lights” di mana sahaja mereka suka, asap tembakau melintasi leret mata mereka dan itu satu keadaan yang sangat-sangat bergaya. Konjurasi swagger dan sexiness ini adalah apa yang Castello telah terapkan di dalam dunia perpipaan. Itali adalah segalanya tentang gaya dan penampilan.

Marcelo Mastroianni – the legend
Tidak hairan ia datang dari sana kerana mereka menghabiskan 30% dari pendapatan mereka untuk gaya – fesyen dan clothing misalnya – dan bagi seseorang pemipa tentulah ia akan turut melibatkan pembelian pipa yang baru, lebih baik mutu dan buatannya. Dikatakan di Itali, “private life” adalah sangat terhad; jiran tetangga dan rakan taulan tahu dan peka dengan setiap apa yang anda pakai jadi soal gaya adalah sangat penting.

Budaya inilah yang berada di sekitar proses pembuatan setiap pipa Castello. Saya tidak perlu merujuk kepada banyak contoh; anda hanya perlu melihat kepada keindahan flow dan penggayaan sebuah pipa Castello untuk menikmati keseksian sesebuah pipa.

Namun, seksi dan gaya tidak akan menjamin hidup yang sempurna jika pipa yang dihasilkan tidak menepati standard dan kualiti yang diperlukan. Malah, ia juga adalah “lifeless” jika pipa itu tidak memberikan “smoking qualities” seperti yang kita mahukan. Di sinilah Castello membuktikan yang mereka adalah “more than meets the eye”. Mari kita lihat beberapa aspek kualiti dan sumbangan Castello kepada dunia perpipaan sejagat;

1. Penggunaan stem akrilik – Zaman pasca perang memang mendorong kreativiti kepada umat manusia. Jika Peterson memperkenalkan Spigot kepada pemipa, Castello memainkan peranan yang lebih besar dengan membawa masuk bahan akrilik di dalam dunia perpipaan. Sebelum itu, vulcanite adalah bahan utama untuk stem pipa dan Carlo Scotti, menjadi seorang “gentlemen” yang diakui oleh ramai pipemakers yang pernah bekerja dengannya, tentu tidak mahu stem pipa keluarannya berwarna kusam, pudar dan dinaiki oksidasi. Bahan lucite yang diperkenalkan Castello menjamin stem pipa kekal berada di dalam keadaan senantiasa berkilat dan “maintenance-free”, yang sekarang digunapakai oleh mungkin 75% pengeluar pipa sedunia.

2. Open airflow – pipa-pipa Castello memang sangat terkenal dengan konsep “open airflow” mereka. Bukaan draft hole bagi setiap Castello adalah 4mm ke atas, malah sesetengahnya mungkin pergi hingga ke 4.3-4.5mm. Cukup besar namun ia berjaya di dalam memberikan pengalaman perpipaan yang sangat baik untuk pengguna dan peminat mereka. Banyak pipemaker lain yang turut menerapkan konsep open airflow ini setelah Castello berjaya mempeloporinya di mata dunia.

3. Integrasi 100% handmade – Castello sememangnya berbangga dengan integrasi 100% handmade mereka, dimana setiap pipa yang dihasilkan adalah 100% dari proses pembuatan mereka sendiri. Jauh dari “manufacturing concept” yang mengagihkan proses pembuatan kepada beberapa proses kecil seperti lain-lain jenama pipa, setiap buah pipa Castello adalah hasil dari usaha salah seorang dari artisan mereka; dari pemilihan briar, membentuk bangunan dan shape pipa, hingga lah ke pembuatan stem.

4. Air cured briar – Setiap briar yang Castello gunakan kebiasaannya telah pun menerima proses curing biasa dan ditambah pula dengan air curing selama paling awal 8 tahun. Sudah tentu hasilnya dapat dilihat pada “smoking qualities” yang mampu diraih oleh setiap pipa yang mereka hasilkan. Sukar untuk kita temui sebuah pipa Castello yang tidak mampu memberikan kualiti ini. Castello juga menggunakan briar-briar yang terbaik, dan ini diakui oleh ramai pipemaker lain seperti Paolo Becker contohnya, yang mengatakan “Castello will always use the best briar possible because they can afford it”.

5. Bentuk dan finishing baru yang sangat “defining” – Castello juga telah mencipta beberapa bentuk yang kini popular dan dihasilkan semula oleh banyak pipemaker lain. Hawkbill / donkeynut dan shape #55 (bent pot dengan hidung yang terkedepan) sering dijelmakan semula oleh para artisan dan jenama pipa-pipa lain diserata dunia. Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh Castello terhadap dunia perpipaan kita sekarang. Selain itu, finishing seperti Sea Rock dan Natural Vergin juga adalah amat popular di kalangan para artisan – hasil rustik yang kasar dengan penataan warna gelap dibelakang, dan finishing natural yang memberikan kita kebebasan untuk membina “patina” sendiri a-la meerschaum – kreatif dan menarik!

imej dari smokingpipes.com
Satu, jika kita boleh klasifikasikan ia sebagai “drawbacks” bagi Castello, adalah soal harga. Saya masih teringat akan kali pertama membuat keputusan untuk membeli pipa Castello. Ia adalah agak mahal dan di sepanjang perjalanan pulang ke hotel saya terfikir adakah saya mampu untuk menanggung penderitaan apabila membeli sesuatu sebegini mahal hanya untuk kepuasan mata sahaja. Memang ianya adalah sangat cantik dan “oozes quality” dari segi pembuatannya. 

Resah gelisah saya itu berakhir apabila saya menyalakan tembakau di dalamnya buat kali pertama. That magical moment – betapa mudahnya untuk menyalakan ember, leka diulit flavor-flavor terbaik dari blend yang tidak pernah didapati dengan pipa-pipa lain, menyedut kembali pipa selepas dua minit membiarkannya “idle” dan masih berjaya mengekalkan ember tanpa perlu relight – ini semua adalah association kepada quota “smoke like a dream” yang kita selalu dengar!

Dari pengalaman saya sendiri, setiap Castello yang saya miliki berpotensi besar untuk menjadi pipa terbaik saya, sesetengahnya memberikan saya “magical moments in pipesmoking” (tidak perlu relight, menzahirkan flavor-flavor tembakau dengan sangat baik, ember yang bertahan lama; sama ada sekaligus atau mana-mana kombinasi di setiap sesi perpipaan). Ia sememangnya tidak pernah mengecewakan.

“Among smokers, the Castello pipe is a true cult object which is often purchased for the simple pleasure of owning one, or for a collection.” (Anna Grandori, Organization and Economic Behavior, 2001, 320).


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s