Jemputan Swashbuckling Lanun Sea Scoundrels Berhati Gelap, Terlalu Gelap Anda Terbayangkan Black Jet Cavendish Walaupun Ia Sebenarnya Adalah Latakia & Burley di Dalam Bentuk Crumble Cake

Pirate Kake baru menjengah pasaran Malaysia pada tahun ini. Blend ini agak popular juga di kalangan para pemipa sedunia dek kerana penggunaan Latakia di dalam jumlah yang banyak, yakni pada 75%. Selama ini, pencinta latakia tempatan hanya mampu untuk membeli Pirate Kake secara online sahaja, dan sekarang penawaran si lanun terhidang di depan kita. Seorang pemipa hanya perlu uber ke tobakonis tempatan dan balik ke rumah, mungkin berbelanja sekitar RM80-RM100 termasuk harga baccy, untuk menikmati salah satu blend Latakia-laden yang terkenal ini selepas makan malam.

Sebelum ini, Pirate Kake datang di dalam tin dengan artwork logo Cornell & Diehl dan nama blend sahaja. Super boring, I tell you. Akan tetapi pemipa masih membeli Pirate Kake, tin demi tin, kerana persembahan artwork menjadi tidak penting apabila blend yang ada di dalamnya adalah baik dan sedap. Oleh sebab itulah apabila Cornell & Diehl mempersembahkan siri ini di dalam tin dengan artwork baru – lengkap dengan skull dari bendera lanun dan gambar sebuah kapal lanun yang sedang berlayar – ia memberikan satu sentuhan yang agak baik. Paling tidak, mudah untuk kita mengenalpasti tin Pirate Kake di shelf tembakau kita atau kepunyaan tobakonis. Juga ia memudahkan kita memperjelaskan blend ini apabila membeli baccy di kedai-kedai yang tidak mahir tentang baccy; “Auntie, itu tembakau tin gambar tengkorak ada ka?” daripada sebelum ini tersembur-sembur cuba memperjelaskan “Pirate Kake, Aunty. P-I-R-A-T- eh, bukan Aunty bukan. It’s T Aunty, T. T for Thailand Aunty…”. But I digress.

Datang dengan bentuk crumble cake, ia disasarkan untuk dinikmati terus sekarang atau di simpan pada jangkamasa sederhana lama. Crumble Cake adalah lebih mudah untuk digemburkan kerana ia asalnya adalah ribbon atau broken flake yang dipadatkan semula. Penggunaan pisau untuk menyediakan tembakau crumble cake mungkin lebih bersifat novelti, namun untuk sesetengah cake yang bersifat lebih padat, ia sememangnya membantu.

Seperti yang saya katakan di atas, sesetengah crumble cake adalah agak lembap dan padat. Ini boleh dilihat pada beberapa contoh seperti blend Mississippi River dan Plum Pudding. Jadi pada crumble cake sebegini, penggunaan pisau adalah lebih baik kerana anda boleh menghiris cake ini secara halus atau potongan kecil. Namun untuk Pirate Kake, cake nya bersifat sedikit poros dan lengai atau agak kering, jadi agak mudah untuk mencubitnya atau merepih dengan jari sepertimana kita mencubit wajik atau nasi manis. Sudah tentu saya cuba juga untuk memotongnya namun saya dapati tiada banyak perbezaan antara penggunaan pisau atau jari.

Mungkin dari segi jangkamasa panjang, penggunaan pisau adalah lebih hygienic kerana jika anda menggunakan jari, anda mendedahkan baccy ini kepada microorganisma yang mungkin berada di jari anda. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan cake ini lebih mudah diserang mold atau kulat kelak. Jadi saya hanya gunakan jari untuk baccy-baccy yang saya bercadang untuk habiskan pada jangkamasa yang segera. Atau pendek kata, untuk tin-tin yang tidak akan dicellarkan. Saya tidak mahu mengambil risiko kulat di dalam penyimpanan tin-tin di cellar walaupun kesemuanya masih belum dibuka. You will never know.

Top notes seperti charred BBQ dan bau dauan hutan terbakar adalah lebih dominan di dalam Pirate Kake. Mungkin ia adalah lebih earthy berbanding leathery. Bagi sesetengah pemipa, nota bauan dari tin Pirate Kake adalah agak too much. Ramai lebih menyukakan bau yang lebih sederhana seperti My Mixture 965, Old Dublin, atau Red Rapparee. Saya faham situasi ini. Nota bauan latakia memang menyelerakan, akan tetapi saya juga lebih menyukai bauan yang terbit dari blend-blend crossover misalnya, seperti siri Frog Morton.

Saya boleh mengatakan yang Pirate Kake adalah lat-bomb, walaupun tidak memiliki whole-lotta vitamin N sepertimana yang saya harapkan, melihat kepada komposisi blend ini. Agak mengejutkan kerana komponen kedua terbesar adalah burley, yang sepatutnya memberikan lebih nikotin berbanding virginia. Mungkin kerana faktor dominasi latakia (dengan 75% komposisi itu) menjadikan burley agak jinak, ataupun kondisi yang tidak mengizinkan – anyway saya juga hanya sempat mengepek kurang dari 15 bowl Pirate Kake setakat ini jadi mungkin keterbiasaan palate masih belum membentuk. Kita akan berbincang dengan lebih lanjut di dalam Ulasan Baccy untuk blend ini nanti, apabila saya habis setin Pirate Kake kemudiannya.

Until then, nikmatilah hard-edged latakia 75% vol. dengan bowl terbaik anda dan gunakan alatan yang sesuai untuk mengendalikannya. Atau don’t give so much damn about it cubitkan sahaja dengan jari anda untuk kenikmatan segera yang no frills at all.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s