Resolusi Pipa 2018 : Retro-Futurisma & Anjakan Paradigma

Setahu saya, 2018 datang dengan penuh pengharapan. Bagaikan cahaya di hujung terowong, 2018 menjanjikan keadaan ekonomi yang sedikit stabil – dari segi belanjawan 2018 yang lebih komprehensif dan perkembangan positif nilai matawang Ringgit yang menjadi lebih kukuh. Pada RM4.02 untuk setiap USD1 sekarang, ianya tentu lebih selesa untuk kita melancong ke luar negara dan menikmati nilai matawang yang sedikit baik berbanding beberapa bulan terdahulu. Sudah … Continue reading Resolusi Pipa 2018 : Retro-Futurisma & Anjakan Paradigma

2017 Recap : Melarat Hingga Ka-Senja

Masa adalah jauh lebih berharga dari wang dan darjat. Masa yang pergi tidak boleh dikembalikan dan apa yang sudah terlepas tidak dapat kita nikmati semula apabila kita mahukan ia sekarang. Kita tidak menjadi semakin muda. Masa juga tidak menjadi semakin panjang. 2017 bakal meninggalkan kita minggu hadapan dan 2018 pula akan menyambut kita dengan segala azam dan janji baru yang dibawa bersama olehnya. Saya berharap … Continue reading 2017 Recap : Melarat Hingga Ka-Senja

It’s Raining Baccy / Dihujani Baccy

Sedikit masa dahulu, ramai pemipa yang mengimpikan untuk “dihujani” baccy apabila membuka pintu cellar mereka (sudah tentu rumah di Malaysia jarang mempunyai attic / bilik loteng – anda boleh membayangkan akan tong clear bin anda yang tersimpan di atas rak buku atau almari baju jatuh dengan penutupnya terbuka ke atas anda ketika anda terjengket-jengket mengambilnya, untuk memberikan anda gambaran “dihujani baccy” tersebut). Jauh dari menceritakan … Continue reading It’s Raining Baccy / Dihujani Baccy

Sekitar Tobakiana di dalam “The Hateful Eight”

Di zaman ini bilamana penggunaan tembakau adalah agak taboo dan dipenuhi prejudis-prejudis masyarakat umum, sekali-sekala kita dihadiahkan dengan kejutan apabila ia muncul di layar perak. Filem-filem yang mengisahkan sesebuah cerita yang berputar di sekitar abad ke 19 dan 20 sering menggunakan prop yang melibatkan produk-produk tobakiana. Sukar untuk industri perfileman lari dari perkara ini kerana tembakau – dan pipa secara khususnya – adalah perkara umum … Continue reading Sekitar Tobakiana di dalam “The Hateful Eight”

Jemputan Swashbuckling Lanun Sea Scoundrels Berhati Gelap, Terlalu Gelap Anda Terbayangkan Black Jet Cavendish Walaupun Ia Sebenarnya Adalah Latakia & Burley di Dalam Bentuk Crumble Cake

Pirate Kake baru menjengah pasaran Malaysia pada tahun ini. Blend ini agak popular juga di kalangan para pemipa sedunia dek kerana penggunaan Latakia di dalam jumlah yang banyak, yakni pada 75%. Selama ini, pencinta latakia tempatan hanya mampu untuk membeli Pirate Kake secara online sahaja, dan sekarang penawaran si lanun terhidang di depan kita. Seorang pemipa hanya perlu uber ke tobakonis tempatan dan balik ke … Continue reading Jemputan Swashbuckling Lanun Sea Scoundrels Berhati Gelap, Terlalu Gelap Anda Terbayangkan Black Jet Cavendish Walaupun Ia Sebenarnya Adalah Latakia & Burley di Dalam Bentuk Crumble Cake

NYPC Blends : Blend dari Pemipa Untuk Pemipa.

Apabila sekumpulan gentlemen bersatu berhimpun di atas nama hobi, pelbagai idea-idea baik pastinya muncul. Penubuhan kelab pula menyemarakkan lagi komitmen mereka di dalam hobi ini, maka terhasil lah pelbagai aktiviti dan produk-produk yang menyeronokkan. NYPC New York State-of-Mind Collection adalah salah satu hasil dari kegilaan ini. Keupayaan mereka untuk mendapatkan khidmat master blender dan tobacco guru Russ Oulette untuk menghasilkan blend-blend yang unik untuk kelab … Continue reading NYPC Blends : Blend dari Pemipa Untuk Pemipa.

Cyprian Latakia Masterclass : Pengganti Syrian?

Kehadiran Cyprian Latakia ke dunia perpipaan adalah umpama mentari muncul selepas hujan. Dunia yang resah dengan khabar buruk untuk latakia seperti perang saudara di Syria, kepupusan minat muda-mudi Syria untuk meneruskan penghasilan tradisi nenek moyang mereka, dan berita gudang simpanan latakia yg terbakar, akhirnya sekarang sudah mampu tersenyum. Namun, selama manakah kita masih mampu tersenyum? Cyprian latakia diproses dengan cara dan kaedah yang sama dengan … Continue reading Cyprian Latakia Masterclass : Pengganti Syrian?

Ulasan Baccy : McClelland Frog Morton “Across The Pond”

Lebih kurang sedekad lepas McClelland telah mengeluarkan blend-blend “crossover”, disasarkan khusus pada aromatic smokers yang mahu beralih arah ke English blend. Kebiasaannya sukar bagi aro-smokers ini untuk terus beralih kepada true, rough English blend yang memiliki kandungan latakia tinggi (kekadang digelar “lat-bomb”) jadi crossover blend adalah lebih forgiving dan sesuai untuk tekak & palate mereka. Namun, pada ketika itu McClelland tidak menyedari yang Frog Morton … Continue reading Ulasan Baccy : McClelland Frog Morton “Across The Pond”

Cavendish Masterclass: Si Hitam Manis.

Jangan cuba mencari daftar nama cavendish di dalam kamus tembakau anda. Ianya tidak mempunyai nama saintifik, tidak pula ia didaftarkan sebagai salah satu spesis nicotina tabacum di dalam jurnal botanical anda. Cavendish sebenarnya adalah satu end-product tembakau virginia, dimana dedaun virginia tersebut setelah melalui proses air-curing atau flue-curing di dalam bangsalnya, dikumpulkan dan diproses semula dengan cara memberikan tekanan yang mampat pada dedaun ini. Ketika … Continue reading Cavendish Masterclass: Si Hitam Manis.

Seleksi Petang di Ipoh

Petang semalam yang mendung seakan mahu hujan secara tiba-tiba menjadi cerah. Mau tidaknya, dua seleksi baccy dari Hearth & Home akhirnya dibawa pulang! Dua blend dari “The Marquee Series” ini merupakan kesinambungan blend pemenang anugerah The Black House yang dikatakan paling hampir dengan lagenda Balkan Sobranie. Russ Oulette sememangnya seorang master blender yang genius, dimana permainan latakianya lebih menjurus kearah experimental dan go-to approach: beliau … Continue reading Seleksi Petang di Ipoh