Ulasan Baccy : MacBaren HH Vintage Syrian

Dunia perpipaan masih lagi dikejutkan dengan kehilangan tembakau penting Syrian latakia. Sewaktu saya mula menceburkan diri di dalam dunia perpipaan beberapa tahun kebelakang, masih mudah untuk anda menemukan blend-blend yang menggunakan Syrian latakia. Akan tetapi sejak dari tahun lepas, berita yang bekalan terakhir Syrian dari beberapa blender ternama seperti Solani, Ashton, Cornell & Diehl dan yang terbaru MacBaren sudah pun sampai ke penghujungnya dan dengan itu kuasa pasaran bertindak, menyebabkan hampir kesemua blend yang memiliki kandungan Syrian latakia diborong secara pukal.

Ramai antara kita yang mengenali MacBaren HH Vintage Syrian namun tidak ramai yang mengetahui secara terperinci akan komposisi blend ini. HH Vintage Syrian bukanlah sebuah blend English kebiasaan anda. Blend ini sebenarnya berteraskan daunan Syrian latakia itu sendiri, dengan komposisi kurang sedikit dari 50% dan selebihnya adalah tembakau oriental dan gabungan 3 jenis virginia yang membentuk tembakau sekunder blend. Dan untuk menambahkan lagi tarikannya, sedikit daunan dark fired Kentucky dipercikkan ke dalam blend ini. Ini menjadikan HH Vintage Syrian sebuah blend yang agak kompleks dan ia tentunya bukan blend English standard anda.

Nota smoky yang mendalam hinggap di nasal pemipa apabila tin leper blend ini dibuka. Untaian ribbon yang gelap, bercampur-baur dengan sebilangan kecil ribbon kecoklatan pula menjamu mata pemipa. Cukup gelap untuk meyakinkan kita yang sebilangan besar latakia, di dalam kes ini adalah varian ulung Syrian, yang terkandung di dalam tin ini. Datangnya HH Vintage Syrian ini di dalam bentuk “loose ribbon cut”, tidak terlalu lembap dan tidak juga terlalu kering, menjadikan ia sebagai sebuah tembakau yang sesuai untuk dijadikan “go-to” baccy anda – mudah untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja.

Mudah untuk mendapatkan pembakaran ember yang baik bersama ribbon separa kering ini. Alunan latakia Syrian sememangnya unmistakably delicious. Anda dapat merasakan yang flavor smoky nya adalah agak mendalam dan lebih pronouncing. Sesetengah orang akan mengatakan yang latakia asal yakni Syrian adalah lebih “pungent”, lebih smoky, lebih “leathery” dan aromanya lebih baik. Dan hal ini adalah sesuatu yang semua orang patut jangkakan, kerana Cyprian Latakia sebenarnya hanyalah campuran tembakau Izmir dan Smyrna yang diproses sama seperti penghasilan latakia asal. Dan di dalam tin Vintage Syrian ini, anda semestinya akan mendapat “the real deal” tanpa ragu-ragu lagi.

Sedikit kepedasan juga dapat dirasakan, seolah-olah perique hadir didalam komposisi blendingnya. “Spiciness” ini hadir tentunya dari tembakau Kentucky yang digunakan secara agak sedikit di dalam blend ini. Dan betul lah sepertimana yang orang katakan, bahawa tembakau Kentucky ini “a bit goes a long way” kerana walaupun ia adalah salah satu komposisi terkecil blend, spiciness yang hadir adalah agak mengesankan. Tentunya sesuatu yang anda sukar untuk dapatkan pada blend-blend English kebiasaan anda.

MacBaren HH Vintage Syrian akan menjadi lebih “unforgivable” apabila sesi perpipaan anda mencapai 2/3 bowl, dimana ia kebiasaannya akan menjadi lebih pedas dan lebih heavy. Untuk sesetengah pemipa, ini adalah satu rahmat namun bagi mereka yang tidak biasa dengan kombinasi burley / Kentucky bersama latakia, ia mungkin adalah mimpi yang buruk. Bukan semua orang mahukan eskalasi strength sebegini di dalam rutin English mereka, kebanyakannya lebih sukakan blend English yang smoky tapi santai.

Jika anda bertabah hati dan mampu meneruskan sesi perpipaan hingga ke penghujung bersama HH Vintage Syrian, ia sememangnya agak “rewarding”. After-taste yang anda boleh dapatkan dari blend ini adalah sangat baik. Masuk sejam selepas selesai sesi perpipaan bersama Vintage Syrian, saya masih dapat merasakan kenikmatan amalgam Syrian latakia + Kentucky yang sangat nyata dan menyelerakan. Ia seakan-akan seperti after-taste sesebuah cerut yang baik. Berkemungkinan besar after-taste ini hadir dari aruhan tembakau dark-fired dan Syrian latakia itu sendiri.

Dengan itu, kita sudah pun mengetahui betapa berbezanya HH Vintage Syrian ini berbanding blend-blend tembakau English sepertimana yang kita biasa nikmati. Suka atau tidak, ia adalah blend tembakau Syrian latakia yang terakhir masih boleh didapati di pasaran dan dijangkakan akan habis terjual pada masa terdekat. Saranan saya, nikmatilah ia sementara anda masih boleh mendapatkannya lagi sekarang.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: