Love Me Tender (Part One) ; Kebersihan Dalaman

Prolog: Ya saya tahu. Elvis was great. Walaupun lebih dikenali dengan lagu-lagu rancak, King of Rock n Roll itu juga menemui beberapa slow, almost-ballad number yang bertemakan kasih sayang. Itulah yang kita cuba capai disini; kasih sayang antara pipa kita dengan diri kita sendiri. Pipa kita sebenarnya adalah lebih dari sekadar alat untuk kita menikmati tembakau. Ia adalah “men’s greatest companion” – telah saya ulaskan … Continue reading Love Me Tender (Part One) ; Kebersihan Dalaman

Ulasan Baccy : McClelland Frog Morton On The Bayou

​ Kesinambungan blend “crossover” yang utuh dari siri Frog Morton diteruskan lagi! Kali ini kita akan mendekati Frog Morton “On The Bayou”. Nama siri ini sebenarnya sudah pun memberikan sedikit klu akan penambahan tembakau sekundernya, iaitu Louisiana Perique yang diadun bersama dengan mixture asal Frog Morton yang menjadi “trademark” siri yang sangat berjaya ini. Jika diikutkan, pendekatan kali ini agak lari sedikit dari tema Frog … Continue reading Ulasan Baccy : McClelland Frog Morton On The Bayou

Resolusi Pipa 2017 : “At War With the Mystic”

Kita dihadiahkan lagi dengan tahun baru. Masa berlalu begitu cepat dan usia kita juga meningkat setahun. Tahun 2016 yang banyak memberi impak kepada kita telah pun kita tinggalkan, dengan seribu satu kenangan dan pembelajaran yang kita perolehi melaluinya. Tahun ini kita tidak dijamu dengan keraian mewah dan bunga api berskala besar. Kejatuhan nilai matawang ringgit sedikit sebanyak membataskan pergerakan kita pemipa, di dalam aktiviti perbelanjaan … Continue reading Resolusi Pipa 2017 : “At War With the Mystic”

B-Sides di Sepanjang Tahun 2016

Salaam tahun baru rakan taulan perpipaan! Bukan, saya tidak akan bercakap tentang resolusi hari ini – save it for the upcoming Friday. Banyak perkara yang dilalui disepanjang 2016. Ada yang pivotal, ada yang tidak signifikan dan ada yang berada di antara dua alam ini; saling mencuba untuk melepasi pintu antara realiti atau fantasi tetapi masih tersangkut seperti roh yang tidak aman. Demi memastikan keamanan mereka … Continue reading B-Sides di Sepanjang Tahun 2016

2016 Recap : Non-Konvensional “Invasion” di Sepanjang 2016

Sekilas kita pejam dan celik mata, hujung tahun pun datang menjelma dan ia dirasakan terlalu cepat seolah-olah ia mahu menimpa kita semua. Awal 2016 terasa seperti baru berlalu dan mungkin ada beberapa resolusi 2016 yang masih belum dicapai pada ketika ini. Walaupun begitu, kita secara amnya telah pun melalui detik-detik 2016 dengan jayanya. Banyak suka-duka dan perit jerih yang telah kita hadapi. Dari penurunan harga … Continue reading 2016 Recap : Non-Konvensional “Invasion” di Sepanjang 2016

Top 5 “Desert Island” Baccy di Dunia Fana 2016

Melihat ragam, perihal, tempo, pola dan aturan perpipaan sepanjang 2016 adalah amat menarik sekali. Kita sering tersenyum memikirkan pilihan-pilihan terdahulu yang tidaklah jauh sangat dari hari ini, namun perbezaannya adalah agak ketara. Jika diikutkan kata orang dulu-dulu, tunas rasa kita membesar (dan menua) bersama kita dan perkara itu bukan sahaja dapat dilihat pada appetite atau selera kita yang berubah mengikut umur dan peredaran zaman, malahan … Continue reading Top 5 “Desert Island” Baccy di Dunia Fana 2016

Perlukah Kita Terjun ke Dasar Pipa? 

Perpipaan dan tembakau adalah salah satu dari banyak perkara yang organik dan tidak faktual di dalam dunia ini. Terlalu banyak petua, amalan, tabiat, nasihat, know-how dan pantang-larang yang menyertai hobi dan gaya hidup ini sejak azali lagi. Kita cuba untuk mengikuti satu-persatu pada permulaan kita berpipa, kemudiannya kita mulai menyisih beberapa norma yang tidak sesuai dengan gaya dan cara kita, dan mungkin membentuk cara tersendiri … Continue reading Perlukah Kita Terjun ke Dasar Pipa? 

Ulasan Baccy: Solani White & Black

​ Walaupun tidak dipasarkan secara meluas di sini, Solani adalah antara jenama blend tembakau yang masih boleh didapati di Malaysia. Akan tetapi, mengenangkan akan kerumitan duti import tembakau, tidak semua blend di bawah Solani dibawa masuk ke pasaran kita. Namun syukurlah Blend 763 iaitu White & Black adalah antara blend yang dibawa masuk, dan ia masih sukar ditemui di kedai-kedai tembakau. Blend ini tentunya sangat … Continue reading Ulasan Baccy: Solani White & Black

Pipa Ketika Hujan

Hujan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Kita perlukan air hujan untuk tanaman kita, empangan kita, hutan dan ekosistem kita, malahan sesetengah kita menggunakan air hujan sebagai sumber air tembahan! Tanpa hujan, kita risau akan kemarau, pembakaran hutan dan kekurangan bekalan air di empangan-empangan. Bagi saya, hujan adalah satu rahmat yang tidak ternilai. Di zaman persekolahan @ “hostel life” dahulu, hujan membawa perkhabaran … Continue reading Pipa Ketika Hujan

Burley “doppio zero” Bersama Missouri Pride

Darn, agak lama juga sebelum teringat betapa blend burley telah tiada dalam rotasi bulanan saya. Sedar tidak sedar, Solani Aged Burley Flake sudah pun sampai ke flake terakhirnya baru-baru ini, dan dek kerana utuhnya flake ini (ia sentiasa lembap dan berminyak dari awal tin dibuka hingga ke flake terakhir – anda boleh salute Solani untuk itu) hasrat untuk menggodek cebisan-cebisan flake lerai untuk sesi perpipaan … Continue reading Burley “doppio zero” Bersama Missouri Pride