Love Me Tender (Part One) ; Kebersihan Dalaman

Prolog: Ya saya tahu. Elvis was great. Walaupun lebih dikenali dengan lagu-lagu rancak, King of Rock n Roll itu juga menemui beberapa slow, almost-ballad number yang bertemakan kasih sayang. Itulah yang kita cuba capai disini; kasih sayang antara pipa kita dengan diri kita sendiri. Pipa kita sebenarnya adalah lebih dari sekadar alat untuk kita menikmati tembakau. Ia adalah “men’s greatest companion” – telah saya ulaskan sedikit masa dahulu – sesuatu yang kita hargai, bawa ke mana sahaja kita pergi dan ditatang bagai minyak yang penuh. Jadi, sudah tentu pipa kita memerlukan sedikit kasih sayang dan perhatian, dan mungkin sering merayu “love me tender” kepada kita pemipa semua.



Isu pipa yang terbiar dan kotor adalah agak biasa di dalam dunia perpipaan. Mungkin agak “redundant”, clichè atau retorik, boleh saya katakan, tetapi agak menarik untuk kita melihat teori, hipotesis, dan modus operandi atau pendekatan-pendekatannya yang senantiasa berbeza-beza. Sesungguhnya perkara sebeginilah yang membina misteri alam pipa yang sangat menarik untuk dikupas.

Seringkali dikaitkan dengan kualiti hygienic seseorang individu, saya merasakan yang kebersihan dalaman sesebuah pipa adalah lebih kepada norma atau “habitual-mix” yang berlandaskan kepada strategi-strategi perpipaan yang tertentu, seperti usaha pembinaan dapur, “bowl-flavouring” atau “delay gratification technique” terutamanya yang extended / dibiarkan lebih lama. Tidak dinafikan yang memang wujud beberapa pemipa yang bersikap acuh tak acuh di dalam hal ini, tetapi ini adalah hak individu dan kita seharusnya hormat dengan cara kendalian individu terhadap barangan miliknya.

Nah, secara amnya kita Malaysian terlalu menyayangi pipa-pipa kita sehingga tidak banyak yang kita perlu perkatakan mengenai “pipe abuse”. Didikan dan pembelajaran tentang pipa yang senantiasa berjalan, samada melalui temupipa-temupipa, google, fb dan whatsapp groups, blog-blog, buku dan lain-lain berlaku saban hari. Inilah pemipa abad ke-21, pengetahuan menjadi tunjang perpipaan kerana informasi amat mudah untuk didapati.

Berbanding dengan situasi pada zaman dahulu; katakan pada tahun 70-an atau 80-an, tidak ramai pemipa berkumpul bersama untuk berkongsi ilmu. Tiada google tiada blog dan whatsapp yang menjadi sumber perkongsian ilmu. Mungkin, jumlah pemipa tidak sebegitu ramai pun (kerana vintaj menjadi trendy sejak pertengahan dekad yang lalu). Agak pelik memikirkannya kerana pada ketika itu sesiapa pun bebas berpipa di mana sahaja, walaupun di dalam shopping complex dengan penyaman udara mahupun di dalam kapal terbang – makin banyak sekatan pada ketika ini makin ramai pula yang mulai berpipa. Mungkin kita manusia sukakan larangan dan cabaran; makin dilarang makin menjadi-jadi pula akhirnya.

Berbalik kepada topik asal, setiap pipa memiliki hak untuk dibelai dan dimanja. Dalam ertikata lain, ia sepatutnya sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih dan menarik. Hal ini bukanlah satu kemestian atau undang-undang tetapi dari segi kebersihan adalah patut kita sebagai pemipa faham dan mahir dalam hal-hal sebegini. Sudah tentunya ilmu dan alatan untuk membersihkan pipa sudah pun kita miliki, dan yang tinggal hanyalah “execution”.

Penggunaan alasan “untuk membina dapur” haruslah digunakan secara baik. Ini kerana bahagian bowl pipa mampu menyerap lembapan di dasar bowl dan anda bayangkan sekiranya ia dibiarkan sehingga ke tiga atau empat minggu, sudah tentu sedikit-sebanyak ia akan menyimpan bau dan rasa yang kurang menyenangkan, bukan?

Masalah sebegini kebiasaannya berlaku kepada dua jenis pemipa – mereka yang memiliki pipa pada kadar yang banyak dan pemipa yang berpengalaman. Saya dapati golongan pemipa baru selalunya sangat baik di dalam hal-hal membersihkan pipa ini kerana pipa adalah ibarat “investment” bagi mereka dan yang paling penting – mereka selalunya sangat berminat untuk melakukannya.

Saya ada menyatakan di dalam resolusi perpipaan 2016 akan disiplin baru untuk menggunakan pipecleaners dengan lebih kerap. Ternyata ianya sangat berjaya – setiap kali sesi perpipaan tamat saya akan lalukan pipecleaners dan biarkan ia disitu untuk dua-tiga jam. Ini bertujuan untuk pipecleaner itu menyerap lembapan dari pembakaran tembakau dan hanya selepas itu barulah saya membuang abu dan membersihkannya. Lagipun, ia baik untuk lubang shank kerana tiada pemipa yang mahu selaput dapur terbentuk di dalam shank.

Ia adalah satu kebiasaan bagi masyarakat barat untuk menggunakan spirit atau minuman beralkohol untuk membersihkan pipa-pipa mereka. Ia dikatakan dapat memberikan sedikit “character” pada bowl briar untuk sesi perpipaan seterusnya. Namun bagi kita mungkin agak memadai untuk menggunakan pipe cleaning solution yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Terkadang saya mencelup pipecleaner dengan solution tadi dan membersihkan shank dan dasar bowl dengannya. Vinegar mungkin baik untuk pipa porcelain / seramik namun untuk briar, ia berkemungkinan akan menyerap rasa kemasaman dan acidic vinegar tadi.

Jika anda berhasrat untuk membina dapur di dalam bowl, adalah lebih baik untuk menahan diri anda dari mengorek dasar bowl dengan pipecleaner basah seperti ini pada peringkat awal – biarkan sedikit lapisan dapur terbina terlebih dahulu dan apabila itu tercapai barulah anda gunakan pipecleaner basah sebegini di bahagian tersebut. Bagi bowl-bowl yang sudah memiliki dapur nipis yang selalu diura-urakan itu, saya akan pastikan yang tiada tekanan yang tinggi atau agresif diberikan terhadap pipecleaner basah tadi apabila membersihkan bahagian dalam dan dasar bowl. Laluan yang lembut sudah cukup untuk memberikannya cucian asas.

Tanpa pipecleaners, saya dapati tisu yang digulung dan dipintal juga mampu untuk memberikan efek kebersihan yang memadai. Cuma dengan kondisinya yang lembut, anda perlu memutarkannya di dalam shank sehingga struktur pintalannya agak padat demi memastikan ruangan yang dicapai tisu tadi berjaya menyentuh semua bahagian dalaman shank dan bowl. Pada awal perpipaan, saya merasakan penggunaan pipecleaner adalah agak mahal jadi isteri saya selalu menemukan pintalan-pintalan tisu yang kotor, pelik lagi “suspicious” di atas meja membaca saya, sehinggakan saya dituduh mengamalkan voodoo pula! Saya harus akui yang saya memang love New Orleans terutamanya aestetik kulturalnya yang majmuk, pengaruh baroque di dalam arkitektural bangunannya dan masakannya yang spice-inclined tetapi mengamalkan voodoo? Come on!

Putik kapas (cotton bud) tidak begitu baik buat saya kerana ia gagal untuk mencapai bahagian dalam shank. Malah, ia bakal memberikan satu masalah lain apabila kapas tertanggal di dalam shank dan anda terpaksa menjolok ia keluar dari shank pula. Untuk bowl, mungkin ya tetapi saya boleh membersihkan kedua-dua bahagian bowl dan shank dengan pipe cleaner atau tisu voodoo saya, kenapa saya mahu gunakan putik kapas?

Disebalik kaedah pembersihan harian menggunakan pipecleaners tadi, penggunaan methylated spirit untuk menyah-bau dan membersihkan pipa tentunya adalah satu langkah berkesan yang sering dilakukan oleh pemipa-pemipa terutamanya pakar-pakar restorasi pipa. Saya merasakan Ia adalah langkah yang paling mudah dan praktikal setakat ini, lebih-lebih lagi kita tidak memiliki peralatan yang lengkap untuk kaedah-kaedah yang lebih “advanced” seperti “pipe retort” dan “ozone chamber”. Hal ini telah saya kupas di dalam artikel mengenai “ghosting” tempohari dan disini saya lebih menumpukan kepada kaedah-kaedah asas yang mudah, yang kita boleh lakukan bila-bila masa sahaja.

Pendek kata, terdapat pelbagai cara dan praktik untuk kita aplikasikan di dalam mandat kita untuk menyayangi pipa-pipa kita. Carilah satu yang sesuai dengan cara hidup dan masa kita sendiri, atau cuba lah satu persatu dan bangunkan cara unik anda yang tersendiri. Yang penting adalah apresiasi kita kepada pipa dan penjagaan kebersihan dalaman yang baik mampu untuk memberikan generasi yang seterusnya peluang untuk menikmati pipa-pipa kita ini.

Temui anda di bahagian ke dua “Love Me Tender” minggu hadapan…

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s