“in good company, on great blends”

“…on great blends…”

image

Saya masih dapat merasakan hebatnya alunan “Penzance” dan “Margate” yang dibakar semalam…

Dengan persembahan packagingnya yang bersahaja, sukar untuk kita meneka akan kualiti blend-blend keluaran Esotetica Tobacciana ini, jika reputasinya tidak sampai dahulu ke telinga anda. Ianya sangat ringkas : tiada gambar, tiada kata-kata ekspresi rumit nan indah menjalin cerita daunan bangsawan X dikahwinkan dengan daunan Y untuk melahirkan blend Z yang bangsa ABC damba-dambakan. Apa yang ada, hanyalah sepotong dua ayat yang sangat ringkas.

Bau dan not dari Penzance flakes dan Margate ribbons ini adalah dari alam bunian; bau latakia yang pekat dengan adunan not daging salai, rempah bakar, kayu manis kering, kismis yang dipanggang dan sedikit “tarry” memberi indikasi blend latakia berat a-la GLP Maltese Falcon atau Dunhill Nightcap. Malah, warna flakes dan ribbon kedua blend ini adalah hitam gelap, dengan sedikit untaian kecoklatan tersebar di serata permukaan flake, yang turut menguatkan indikasi tadi.

Namun, sebaik ia dipack dan dinyalakan, ternyata jelas mengapa blend-blend ini sangat “legendary”. Alunan permainannya sangat halus dan lembut, tetapi dengan flavor latakia pada gear 6 yang kuat dan penuh dan menusuk kalbu. Seperti menikmati steak wagyu yang berat, lazat dan penuh flavor, tetapi penerimaan palate kita adalah semudah mengunyah marshmallows bakar. Dahsyat kan permainan baccy ini?

“…in good company…”

image

Walaupun tanpa blend-blend yang sebaik Penzance dan Margate ini, kita masih boleh menikmati sesi perpipaan yang baik dan meriah, jika diiringi dengan rakan-rakan yang mempunyai hobi dan kegilaan yang sama. Tak kira lah berbeza pendapat atau haluan politik atau bangsa dan negeri, semua sepakat berkongsi baccy dan menghembus asap-asap berbau getah terbakar, sama ada di dalam briar, corncob atau meershaum.

image

Akan tetapi, bertuahnya kita kerana bukan sahaja kita di dalam good company dengan rakan-rakan sebegini, tetapi kita juga diiringi dengan great blends yang sememangnya tidak terjangkau di fikiran yang ianya masih ada dan tersimpan rapi oleh rakan kita yang juga “legend”.

image

Terima kasih diucapkan buat bro Sharibi dengan baccy-baccy legendary nya, tunjang-tunjang MAMPOS bro Joe Kamari, Baba Andy dan bro Amar Naiem & wife atas perkongsian ilmu, ketawa, cenderahati dan memorabilia. Tak lupa, credit pergi kepada saudara Afix yang mengatur pipesmeet Penzance ini.

image

“in good company, on great blends”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s