Merdeka Special : Pipa & Dunia Persenjataan Melayu

Datangnya hari kemerdekaan, jiwa rasa terhimbau bila mengenangkan perjuangan bangsa meraih kemerdekaan. Bukan itu saja, perjuangan dahulukala di mana bangsa menegakkan tamadun dan peradaban yang tinggi menjadi suatu kebanggaan, yang hanya dapat dinikmati dan dihayati secara total melalui persenjataan Melayu yang indah dan penuh perlambangan. Keris, badik, sundang dan tombak bukan dibuat mengikut sesuka hati sebaliknya ada tilikan mengikut kesesuaian diri penempah dan pembuatannya diiringi doa-doa, setiap sudut memiliki fungsi dan perlambangan tertentu yang melampaui jangkauan dunia moden kita ini.

image

Ya, persenjataan Melayu adalah sangat kompleks dan penuh dengan perlambangan anda akan khuatir dan tercabar dengan pemikiran orang zaman dulu yang kritis dan penuh hikmah.

Pipa dan persenjataan Melayu tidak memiliki perkaitan yang rapat kerana fungsi kedua ini adalah berbeza. Namun kita harus tahu yang sebagaimana sesetengah senjata dijadikan “pakaian diri” oleh pemiliknya di suatu masa dahulu, attachment kita terhadap pipa kesayangan kita (masih anda ingat tentang konsep “men’s greatest companion” tempohari?) juga boleh dianggap sebagai pakaian diri, memandangkan affection dan perhatian yang diberikan terhadapnya. Dari situlah saya melihat akan persamaan kedua bidang hobi ini.

Antara yang saya boleh kongsikan, kedua bidang ini memiliki persamaan dari segi sosio-ekonomiknya. Sepertimana nama pipemakers yang baik dan tersohor mampu menentukan harga pipa, empu-empu keris yang baik zaman dulu biasanya dinaungi oleh istana, jadi perbezaan kualiti keris istana dan keris dari luar istana dari segi kemasan buatan adalah berbeza. Malah, bagi pembuatan keris-keris baru sekarang pun, empu atau tukang yang baik biasanya menerima tempahan yang tak kunjung padam, queue nya panjang dan harga karya seni mereka selalunya mendapat appraisal yang lebih tinggi berbanding tukang-tukang yang biasa.

image

Dari segi bentuk standard, sepertimana pipa memiliki bentuk-bentuk tradisional yang standard seperti Dublin, Billiard, Prince, Cutty dan Bulldog, persenjataan Melayu juga mempunyai standardnya yang tersendiri. Bentuk-bentuk keris standard yang dipanggil “dapur” ini adalah mengikut ciri-ciri kedaerahan nya seperti Pandai Saras, Tok Chu dan Charita (Kelantan & Pattani), Melela, Gelugor dan Bugis Terengganu (Terengganu), keris-keris dari Pahang dan lain-lain. Badik juga berbeza dari segi bentuk, material dan kemasan luaran bagi daerah-daerah yang berlainan.

Hasil kerjatangan yang 100% (handmade) juga memainkan peranan yang penting bagi kedua-dua bidang. Keris yang baik semestinya tidak menggunakan acuan / mould seperti keris-keris / senjata cenderahati. Pipa juga begitu, “fatta a mano” mendapat tempat di hati pemipa. Artisan pipemakers menggunakan tangan sendiri untuk shaping dan hanya memerlukan mesin untuk proses penggerudian sahaja. Jadi masa yang dilaburkan untuk pembuatan pipa-pipa dan keris-keris kelas A adalah tinggi: lama untuk menyiapkannya dan lebih rumit pekerjaannya, lantas mendorong ke harganya yang lebih tinggi berbanding yang lebih biasa.

image

Faktor keberadaan material juga adalah isu yang sama melanda kedua cabang seni ini. Bagi persenjataan Melayu lama, jenis besi yang digunakan dan jenis kayu untuk sarung dan hulu biasanya adalah yang terbaik dan bahan-bahan sebegini sukar didapati sekarang. Bagi pipa pula, briar ebauchon dahulu pastinya lebih banyak, lebih tua dan burlnya juga baik. Cuma, terima kasih pada ilmu yang diperturunkan, tukang-tukang keris dan pipemakers sekarang juga mampu menghasilkan senjata-senjata dan pipa-pipa yang berkualiti tinggi biarpun berhadapan dengan cabaran bahan material yang semakin terhad.

Dari segi kolektiviti pula, persenjataan Melayu dan perpipaan juga agak serupa. Pencarian jenis-jenis yang langka (rare) adalah aspirasi kepada kedua hobi ini, seperti pemburuan keris-keris Coteng yang hanya diguna oleh pembesar-pembesar Singgora (sekarang Songhkla, Thailand) dimana keris sebegini mampu mencapai harga pasaran hingga lima angka, itu pun jika kita dapat menemukannya (dan bertuah untuk menjumpainya secara available untuk dijual). Begitu jua dengan sesetengah pipa yang dikategorikan “rare” dek kerana pengeluaran yang terhad seperti Dunhill OX series dan Dr Plumb Peacemaker dengan shanks bersegi, penghentian produksi seperti Dunhill siri Red Bark dan Kaywoodie Fine Line, kematian pengasas seperti Ser Jacopo dengan insignia “Giancarlo Guidi” (dimana insignia ini hanya ada pada pipa design prototype yang dibuat dengan tangan Giancarlo Guidi, pengasas Pesaro Pipe School yang merevolusikan dunia perpipaan Itali secara amnya) dan lain-lain faktor.

image

Sebagai konsumer kita faham sendiri akan keperluan sesetengah item untuk menjadi lebih baik dan lebih murah dari semasa ke semasa, tetapi selalunya bila ia melibatkan hasil kerjatangan dan penghayatan seni, faktor “supply and demand” akan mengambil alih dan kolektiviti akan secara sendirinya terbentuk. Ini akan disusuli dengan faktor pelaburan atau investment yang berkait rapat dengan pasaran kedua sesuatu item tersebut. Persenjataan Melayu sememangnya memiliki pasaran kedua yang baik dan menguntungkan dan pipa pula sedang meningkat naik di sini, dan di situlah kita nampak akan kemana hilangnya wang, masa dan usaha kita. Yang penting, ianya bukan sia-sia.

Renungkanlah tinggalan bangsa dan sebaik anda mengerti seni persenjataan bangsa, baru anda tahu betapa tingginya peradaban kita dulu dan semangat untuk bangkit menjadi bangsa agung akan menjalar di segenap nadi anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s