Pipa trans Lebaran : Syawal 1437 di Tanah Serendah Sekebun Bunga

image
pagi Syawal disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh masyarakat Muslim sedunia

Pulang ke kampung adalah satu kebiasaan bagi masyarakat Melayu Muslim setiap tahun. Menempuh perjalanan jauh dan kesesakan trafik di sepanjang laluan adalah lumrah untuk ditempuhi. Ia adalah sangat baik sebenarnya, mengenangkan fenomena balik kampung ketika hari raya ini juga bertindak sebagai “soundcheck” untuk mereka yang sibuk bekerja di kota sepanjang tahun.

Syawal tahun ini merupakan giliran saya untuk meraikan hari raya di kampung ibu dan bapa saya di Kota Bharu, Kelantan. Jadi sudah tentunya ia agak berbeza dengan tahun lalu, dimana hidangan seperti lemang dan dodol bukanlah menu wajib di setiap rumah. Sebaliknya, nasi dagang, satay, tapai dan laksam pula yang akan sedia terhidang dari rumah ke rumah.

image
gerai-gerai penjualan daging segar tumbuh bagaikan cendawan di sekitar lebaran

Di sepanjang perjalanan pula, saya ditemani oleh pipa – sebagai peneman ketika perjalanan pergi dan sebagai “pemanis mulut” di perjalanan pulang – packing sedapur penuh blend Mona Lisa dari DTM dan nyalakan pipa di setiap “check point” untuk rehat dan untuk membeli belah (Rantau Panjang, Bukit Bunga, Grik, Kuala Kangsar etc).

Juga, pipa dinyalakan di rumah-rumah kunjungan yang “smoke-friendly”, dan saya sedaya upaya cuba untuk menggunakan baccy aromatik yang lebih mesra persekitaran berbanding blend English dan Oriental (saya jarang travel tanpa Arcadia). Manalah tahu, mungkin saya mampu menjadi mubaligh pipa dan mencetus sedikit minat dari mereka yang di persekitaran dengan bau asap aromatik saya ini.

image
tembakau Bachok (di depan) dan tembakau "Dunhill" versi Siam (produk terhalus tembakau Thailand - lihatlah bagaimana pemasaran kualiti Dunhill menular di segenap pelusuk dunia tembakau - adalah khusus untuk konsumasi tempatan

Seperti yang kita sedia maklum, bumi Kelantan juga adalah tersohor (ini adalah “verb” yang berasal dari dialek Kelantan juga) dengan penanaman tembakaunya. Walaupun sudah hampir pupus dek kerana polisi kerajaan dalam perusahaan tembakau dan penggantian tanaman kenaf (dan sekarang don’t-know-what), ia masih ditanam secara kecil-kecilan oleh penanam tempatan di sepanjang “Bachok basin & southbound”. Berbeza dengan tembakau Jawa dan Kedah, tembakau Bachok adalah lebih lembut, “refined” dan sedikit “mellow” tanpa mengganggu rasa tembakaunya yang sangat “rich” itu. Terlalu sedikit untuk pasaran eksport, tembakau Bachok hanya berpusar pada konsumasi tempatan dan ternyata adalah pilihan rakyat tempatan untuk bahan rokok gulung mereka.

Kita harus akur akan ” agricultural supremacy” Thailand dengan teknologi pertanian mereka yang 30 tahun di hadapan kita dan kesungguhan kerajaan mereka dalam industri asas tani dan perkembangannya. Jadi, kebanjiran tembakau Thai adalah suatu fenomena biasa di Kelantan dan terdapat banyak variasi tembakau Siam yang ada disini. Kita akan kupas perihal tembakau tempatan ini dengan lebih jelas dan mendalam lagi di keluaran yang mendatang.

image
kanak-kanak bergembira di pagi Syawal dengan mengumpul duit raya yang sudah menjadi resam hari raya

Sudah tentunya kanak-kanaklah golongan yang paling gembira di sepanjang hari raya ini. Biskut dan juadah raya adalah perkara terakhir yang mereka fikirkan, kerana mercun, bunga api dan duit raya adalah misi utama mereka. Ini ditambah dengan bantuan sepupu-sepupu mereka yang lain – “joint forces” untuk menambahkan kebingitan Syawal. Namun, tanpa mereka akan hambarlah sambutan hari raya kita dan asalkan segalanya terkawal, saya biarkan sahaja.

Tidak sempat untuk saya bertemu dengan rakan taulan perpipaan di tanah serendah sekebun bunga kali ini, tetapi saya yakin semangat perpipaan kita senantiasa tersemat di hati dan saya nantikan peluang untuk bersama dengan mereka di hari muka. Tentunya meriah untuk kita berkongsi baccy dan kegembiraan di bulan mulia ini, lengkap dengan busana Melayu bersampin bercapal.

image
peluang berpipa sambil berbusana adalah sangat bermakna buat saya

Bagi pihak pipa di dunia fana, ingin saya titipkan salam lebaran dan tingkatan permohonan maaf kepada para pembaca yang saya sayangi sekalian.

.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s