“Ramadhan Conjuring” : Letusan Kegembiraan Pemipa di Bulan Mulia

image
Ramadan bagi pemipa mengajar erti menahan diri dari menikmati flavor-flavor tembakau dari terbit fajar hingga ke terbenamnya matahari

Sedar tak sedar, sudah hampir sebulan kita berpuasa. Hari ini adalah Jumaat Ramadan terakhir pada tahun ini dan semestinya ramai yang sudah tidak sabar untuk meraikan Aidil Fitri kelak.

Kitaran hidup sewaktu berpuasa adalah agak singkat. Kita terkejar-kejar dengan aktiviti ibadah, aktiviti makan-minum dan juga aktiviti berpipa kita pada waktu malam hari yang singkat. Tambahan pula dengan Euro 2016 yang sedang berlangsung ini, menjadikan malam kita lebih meriah dan sibuk sekali.

Pada siang harinya pula, kita menahan lapar dan dahaga dan suka untuk membayangkan perkara-perkara kecil yang mampu meletuskan sedikit bibit -bibit kegembiraan seperti persoalan tentang juadah berbuka, game Euro apakah malam ini dan tentunya baccy apakah yang mahu dinyalakan selepas berbuka nanti. Small things that matters, kan?

image
buah tamar adalah sangat sinonim dengan bulan Ramadan

Kita sebagai manusia ternyata sangat suka akan letusan-letusan kegembiraan sebegini. Masih ingat sewaktu kecil akan siri Rumah Kedai, siri Jejak Rasul, kuih tepung pelita dan beberapa perkara lagi yang menggamit memori Ramadan? Ini adalah beberapa contoh letusan-letusan kegembiraan yang kita hadapi sewaktu kecil dahulu.

Paling istimewa bagi saya adalah siri Rumah Kedai, menonton lakonan Ebby Yus dan (al fatihah untuk arwah) Harun Salim Bachik sambil mata menjeling-jeling jam berharap jarum jam membuat “quantum leap” ke 7 petang. Ketika itu juga, desiran sudip menghentak kuali dari dapur kedengaran nyaring dan bau rendang daging masakan ibu menusuk-nusuk kalbu. Semua ini masih segar dalam ingatan dan tentunya memberikan saya satu “teleporting experience” apabila situasi-situasi terbabit bermain semula.

image
baccy kedua saya, Frog Morton On The Bayou merupakan pengalaman latakia menarik yang sukar untuk saya lupakan

Mengenai letusan kegembiraan Ramadan pada situasi perpipaan pula, ia ternyata agak istimewa bagi saya. Saya bermula ketika itu sememangnya hampir bulan puasa, dan saya masih ingat tatkala bulan puasa menjelma, saya sedang “gila” dengan PAD dan TAD dan memandu ke Ipoh untuk membeli baccy ketiga pada ketika itu (baccy pertama adalah blend aromatik Winslow Harlekin dan baccy kedua adalah Frog Morton On the Bayou). Jadi, misi ketika itu berkisar tentang keperluan untuk pendedahan yang lebih mendalam tentang latakia tetapi cuba untuk mengelak dari “lat bomb” kerana merasakan masih terlalu awal untuk berdansa dengan latakia full throttle, saya disogokkan dengan blend menarik ini, Sillem Black, sebagai pilihan terbaik.

Sudah tentu, membeli baccy pada bulan puasa memerlukan koordinasi imaginasi yang lebih, kerana kita tidak boleh mencuba baccy terbabit pada waktu itu. Jadi, “anticipation going wild” dan saya hanya mampu mencium bau Sillem Black terbabit. Dan wow, aromanya yang sangat menarik; sedikit floral dan eksotik, bercampur dengan sedikit bauan stik wagyu yang di”glazed” dengan Hickory BBQ Sauce, disirami dengan allspice dan thyme, serta merta saya menjadi lapar. Sepanjang perjalanan balik dari Ipoh ke Bidor saya tidak mampu menahan keinginan untuk mencium dan terus mencium baccy Sillem Black tersebut. Sememangnya satu hari yang penuh dengan perilaku makruh pada ketika itu.

Pada sebelah malamnya, berkumpul dengan kawan-kawan pencen selepas solat terawikh dan menikmati baccy baru Sillem Black adalah sangat menyeronokkan. Ia adalah sebuah blend “crossover” dengan enigma “lakeland” dan English saling bertembungan. Tentunya bau yang separa wangi separa “jerky” itu mendapat perhatian orang sekitar, tetapi di dalam tanggapan yang baik, kerana “room note” Sillem Black sememangnya menjurus kepada floral dan kualiti itu kekal hingga ke hari ini.

image
kualiti penghasilan English blend cara dahulu dan bauan floral mewangi yang sangat menarik adalah pertaruhan terbaik Sillem

Persembahan Sillem Black dengan tin yang hitam legap dan logo a-la Templars berwarna perak adalah agak elegan dan misteri. Sayangnya hanya keluaran ini yang mengenengahkan penggunaan latakia; keluaran Sillem yang lain adalah aromatik. Sebagaimana permulaan mengenalinya di dalam bulan puasa beberapa tahun yang lalu, Sillem Black sekarang adalah “Ramadhan Conjuring” bagi saya. Ia bagaikan satu ritual untuk menyediakan blend indah ini di atas piring sambil baunya naik ke hidung, hanya untuk dibakar di dalam bowl selepas solat terawikh kelak. Umpama anda memerlukan murtabak atau roti john sebagai juadah moreh, saya sangat memerlukan Sillem Black untuk ketika itu.

Menghormati Ramadan, kita mengurangkan aktiviti-aktiviti luar dan lebih banyak merehatkan diri. Namun, terlalu banyak rehat juga adalah tidak baik dan mungkin akan lebih melemahkan badan kita nanti. Jadi, Ramadan adalah peluang bagi saya untuk melakukan “stock take” – memeriksa pipa-pipa dan baccy-baccy secara lebih mendalam. Tentunya ia juga memberi lebih peluang untuk membersihkan pipa-pipa, mengelap bowl-bowl dengan briar polish / wax, membersihkan stem-stem terutamanya yang ebonite / vulcanite. Biasanya, wax tanpa penggunaan bahan yang lebih “abrasive” adalah pendekatan saya.

image
aktiviti-aktiviti khusus yang berdaya-tumpuan tinggi seperti aktiviti membersihkan pipa sebegini adalah satu acara "killing time" yang sangat bermakna

Baccy “stock take” adalah agak menarik kerana dengan cara itu kita dapat menggamit kenangan-kenangan perpipaan sewaktu kita adalah pemula. Agak nostaljik tetapi praktikal, kerana pada masa yang sama kita berkemungkinan tergerak untuk mencuba kembali beberapa blend yang tidak kena dengan selera kita pada waktu itu tetapi situasinya mungkin berlainan sekarang. Ada beberapa blend yang saya tidak ambil pusing dahulu dan dilabelkan sebagai “tersalah beli” (beserta dengan ikrar untuk TIDAK AKAN terbeli lagi baccy ini) yang bila saya keluarkan semula pada stock take Ramadan Conjuring ini, ternyata memiliki rasa yang hebat seperti Dunhill Royal Yacht ini. Mungkin sedikit “shelf time” membantu di dalam hal ini, tetapi tanpa “stock take” sebegini berkemungkinan blend Virginia berperisa sebegini akan luput dari kamus perpipaan saya.

Juga aktiviti ini membantu kita melihat kepada strategi “cellaring” kita; mungkin “go-to” blend / blend harian kita sudah hampir habis, menunggu masa yang sesuai untuk “re-stock”. Juga mungkin sesetengah baccy yang kita rasa terlalu mustahil untuk mendapat tempat di palate kita – nah sedekahkan kepada kawan-kawan pemipa lain, kerana apa yang kita tidak suka mungkin akan menjadi baccy harian pemipa lain. Silap-silap, kawan pemipa kita akan “barter” pula baccy yang kita sukai kepada kita. It is the art of giving…

image
selain dari "killing time", baccy stock take mengajar kita tentang perancangan perpipaan masa depan dan mungkin dapat mempengaruhi pemilihan baccy harian anda

Begitulah sedikit sebanyak mengenai signifikan Ramadan kepada dunia perpipaan. Sebagaimana bulan mulia ini mengajar kita erti bersabar dan kesederhanaan, kita pemipa mengalami kuantum nikmat yang lebih besar selepas berbuka, dimana menghela asap dari sedapur pipa selepas seharian mengatasi rasa lapar dan dahaga adalah satu nikmat kehidupan yang terlalu berharga, gambar dan cerita seakan tidak mampu mewakilkan apa yang kita rasai.

.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s