Talkin’ Bruyère : Mengenali Briar

Briar adalah sumber bahan mentah yang kedua terpenting di dalam industri perpipaan selepas tembakau pipa itu sendiri. Ia adalah medium pilihan yang paling popular bagi para pemipa, jauh di depan medium-medium lain seperti corn cob, meerschaum, clay, morta, cherrywood atau bermacam jenis kayu lagi. Sukar untuk menemukan pemipa yang tidak pernah memiliki mahupun menggunakan briar sebagai bahan pipa mereka.

Namun, apakah itu briar? Adakah kita pemipa memahami dari mana datangnya setongkol briar yang menjadi pujaan kita selama ini?

image credit : gardenersvoice.com

kredit imej : gardenersvoice.com

Briar datang dari sejenis tumbuhan renek erica arborea yang hidup di dalam iklim Mediterranean. Kebiasaannya, pohon erica arborea ini akan hidup di kawasan cerun-cerun pesisir pantai, dengan struktur tanah berpasir, berbatu atau tanah liat disepanjang kawasan sebegini. Apabila saya mengatakan akan iklim Mediterranean, ia tidak bermakna yang pohon jenis ini hanya tumbuh di sekitar Mediterranean sahaja. Terdapat juga pohon-pohon erica arborea yang hidup di kawasan lain akan tetapi jenis yang sesuai untuk dijadikan pipa adalah hanya dari variasi yang boleh didapati di kawasan tersebut.

Faktor terpenting yang menjadikan briar dipenuhi “kecacatan indah” seperti burl dan grain ini adalah disebabkan oleh keberlangsungan hidupnya di kawasan berbatu, berpasir dan tanah liat yang cukup merbahaya dan serba sukar. Jika kita lihat akan pola pertumbuhan erica arborea, ia bukanlah sejenis pohon yang memerlukan tanah pamah. Ia akan hidup disekitar kondisi yang sangat mencabar seperti cerun-cerun tinggi disepanjang selat, kawasan bukit berbatu dan terkadang di kawasan-kawasan yang tidak terjangkau oleh pencari briar. Maka tidak hairanlah jika kultivasi briar ini melibatkan situasi yang agak berbahaya kepada para pencari briar.

image credit : boutchematbriar.com

kredit imej : boutchematbriar.com

Sementelahan kita berbicara tentang kultivasi yang merbahaya ini, terdapat beberapa pendapat yang memperkatakan tentang betapa briar-briar yang diperolehi dari kawasan-kawasan sukar selalunya memiliki grain-grain yang lebih padat dan baik. Ini berasaskan kepada teori bahawa grain, birdseye dan flame grain akan tercipta dan menjadi lebih padat dan menarik apabila pohon erica arborea ini terdedah kepada faktor-faktor ekstrem seperti kawasan majoriti berbatu yang akan menyebabkan kurangnya tanah dan galian, serta kehidupan di dalam iklim yang mencabar. Kondisi-kondisi sebeginilah yang akan memaksa akar Erica arborea tersebut bekerja lebih keras demi mencari bahan galian dan air untuk keberlangsungan hidupnya, dan secara tidak langsung mengubah struktur grain pada burl tersebut.

Burl-burl yang diperolehi ini kemudiannya akan dipotong untuk dijadikan blok-blok briar, yang kemudiannya akan direbus selama beberapa jam untuk mengeluarkan sap dan getah pokok, sebelum ia dikeringkan di atas rak besi buat beberapa tahun. Ya, proses rawatan briar memerlukan masa yang sangat panjang (kita akan bincangkan perkara ini dengan lebih lanjut di dalam artikel lain kemudiannya), malahan pemilihan pokok erica arborea untuk tuaian burl juga bukan sebarangan – dikatakan hanya pohon yang berusia di atas 40-50 tahun sahaja yang memiliki burl yang betul-betul besar, sihat dan sesuai untuk digunakan sebagai bahan untuk pipa!

image credit : reginascarlatta.it

kredit imej : reginascarlatta.it

Berbalik kepada pilihan bahan asas untuk pipa, briar adalah pilihan terbaik dan paling meluas untuk dijadikan pipa oleh kerana beberapa faktor. Faktor utama adalah kerana sifat briar itu sendiri yang kalis api (memiliki tahap tahan haba yang sangat tinggi, walaupun ia masih boleh terbakar dan menjadi arang). Struktur briar yang agak poros juga adalah satu faktor yang tidak kurang pentingnya kerana ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar kepanasan pembakaran tembakau. Briar juga tidak akan memberikan apa-apa rasa tambahan selain dari rasa tembakau yang membakar di dalamnya, tidak seperti kebanyakan kayu lain yang akan memberikan rasa yang tertentu apabila terdedah kepada haba. Juga, jangan dilupakan akan faktor bahawa briar sememangnya memiliki grain-grain dan birdseye yang sangat cantik dan memukau, satu kelebihan yang tidak banyak dimiliki oleh jenis-jenis kayu lain di dunia ini, terutamanya dari jenis yang tahan haba.

Faktor “cool smoking”, “breathable” dan ketahanan briar kepada kepanasan pembakaran tembakau adalah penyebab utama ia digunakan secara meluas. Dan walaupun faktor-faktor ini juga boleh didapati pada medium-medium alternatif yang lain, tidak banyak yang mampu menyaingi briar di dalam faktor rupa bentuk grain yang dimilikinya. Pakej inilah yang menjadikan briar sebagai satu material pipa yang sukar untuk disaingi oleh bahan-bahan lain.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

kredit imej header : pfeifenecke.de

2 thoughts on “Talkin’ Bruyère : Mengenali Briar

    1. Terima kasih Cikgu. Artikel ni dan apa yang bakal menyusul adalah dari catatan peribadi saya tentang briar, yang saya tulis macam short notes dari hasil pembacaan di buku2, majalah, internet, dan diskusi2 langsung atau tak langsung sesama kita 😀. Ia adalah satu usaha untuk saya memahami briar. Kalau ada mana yang tertinggal atau salah, sila tunjuk ajar ye cikgu 👌

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s