“Breaking In” Pipa – Sejauh Mana Kebenarannya?

Konsep “breaking in” selalu berada di sekitar kita. Ia adalah satu cabang konsumerisma yang tidak akan tercatat dalam manual tetapi diketahui umum sebagai perkara-perkara yang perlu dilalui atau dilakukan. Antara contohnya ialah kereta baru, cuma konsepnya ditukar nama kepada “running in” dan anda disaran untuk memandu bawah 90km/jam dan menukar minyak hitam pada sela masa 1000km pertama. Logiknya adalah enjin baru yang mungkin masih berserpih … Continue reading “Breaking In” Pipa – Sejauh Mana Kebenarannya?

IPSD : BPCS – Apa Yang Ada Disebalik Kabut Asap Pipa-Pipa Itu?

International Pipe Smoking Day atau IPSD adalah satu hari yang ditunggu-tunggu oleh para pemipa sedunia. Berlangsung pada setiap 20 Februari, ini lah masanya di mana pemipa bergaul dengan komuniti pemipa setempat dan berkontemplasi tentang dunia perpipaan, membudayakan hobi mereka dan lain-lain hal yang berkaitan. Sebagai seorang pemipa, anda dianugerahkan dengan pelbagai kesusahan hanya kerana secebis niat suci anda untuk menjadi seorang yang lebih budiman. Anda … Continue reading IPSD : BPCS – Apa Yang Ada Disebalik Kabut Asap Pipa-Pipa Itu?

Semois : Kultivasi Sejuk Belgium

Reaksi hasil kultivasi dengan faktor-faktor lokaliti yang tersendiri seringkali membawa hasil yang unik dan menakjubkan… Pada ketika kita menjulang Perique dan Syrian latakia sebagai tembakau-tembakau di penghujung zamannya – satu dengan produksi kecil-kecilan yang semakin mengecil dan lagi satu sudah pun tidak diproduksikan dek kerana situasi politik dan sosio-ekonomi setempat – datang pula sesuatu yang tidak disangka-sangka. Ini jelas adalah bukti yang alam ini kaya … Continue reading Semois : Kultivasi Sejuk Belgium

Siri “Bergelumang Dengan Ira Briar” : Mata Beburung (Bird’s Eye)

“Bird’s eye” atau mata beburung, adalah satu fenomena alam yang hanya dapat dinikmati oleh pemipa, peminat pena-pena eksotik dan peminat pisau-pisau dengan hulu dari jenis ini. Ianya adalah pusaran, titik titik pangkal atau hujung plot ira kayu atau “grain” yang bertaburan di  dalam sesebuah briar. Bayangkan susunan jerami yang menegak di dalam sesebuah briar mentah; dari pandangan sisi kita akan nampak pertindihan selari garis-garis lurus … Continue reading Siri “Bergelumang Dengan Ira Briar” : Mata Beburung (Bird’s Eye)

Summer Blends 2016 di Dunia Fana

Ahah! Jangan terkejut pulak apabila anda melihat tajuk topik kita pada kali ini. Summer atau musim panas sememangnya ada di Malaysia. Kebiasaannya musim panas ini datang pada awal Februari dan berakhir di sekitar April. Walaupun Malaysia mendapat taburan hujan yang banyak dan tak menentu (kecuali pada November-Januari, musim tengkujuh kata orang pantai timur), musim panas tetap berlaku walaupun hujan dan hujan pada musim panas adalah … Continue reading Summer Blends 2016 di Dunia Fana

Siri “Berdamping Dengan Blends” – Va/Per

Va/per adalah akronim kepada “virginia + perique” dan walaupun terma ini tidak rasmi, ia digunakan secara meluas di dunia perpipaan. Mengapa tidak “vi/per”? Rasanya adalah agak jelas yang pemipa tidak sukakan reptilia berbisa dan penggunaan “/” sepatutnya membezakannya dengan “vaper” yakni pengguna vape atau rokok elektronik. Seperti yang kita sedia maklum, semudah persamaan di atas merujuk kepada penggunaan tembakau virginia dan perique, kondisi sebenar va/per … Continue reading Siri “Berdamping Dengan Blends” – Va/Per

Rotasi Pipa @ “Berpipa Biar Seribu”

Sebelum bermula, ingin saya ingatkan ini bukan lah satu saranan elitis. Kontrari dengan itu, sebaliknya ia mampu menjimatkan poket anda. Kebanyakan pemipa sememangnya memiliki lebih dari satu pipa. Selalunya situasi sebegini adalah berkenaan dengan penyakit berjangkit dek ternampak pipa baru yang menjerit “belilah aku!” di kedai-kedai, tetapi secara harfiahnya, pemilikan lebih dari satu pipa juga bertujuan untuk melaksanakan “rotasi pipa” (pipe rotation). Pipa, sepertimana alatan … Continue reading Rotasi Pipa @ “Berpipa Biar Seribu”

Asas Pemipa Pemula : Kali Pertama Bertemu Latakia?

Biar saya berikan anda satu peringatan : isu “man vs latakia” sememangnya akan hadir di setiap pemipa di suatu sudut dunia perpipaan masing-masing. Hanya masa yang akan menentukan. Cepat atau lambat. Bersedia atau tidak. Ia pasti akan muncul. Kita di Malaysia ini seharusnya bersyukur kerana sekarang ada pipesmeet-pipesmeet untuk menimba pengalaman, ada Malaysian Pipesmokers Journal (MyPSJ) untuk mendedahkan kita tentang info-info semasa tentang perpipaan, ada … Continue reading Asas Pemipa Pemula : Kali Pertama Bertemu Latakia?

Top 5 “Desert Island” Baccy di Dunia Fana 2015

Baru 10 hari berlabuh di 2016. Tirai 2015 ditutup dengan jayanya. Segala pencapaian, keluh-kesah dan anekdot-anekdot telah pun dikupas di dalam “recap” tempohari. Wajarlah kita melihat kepada 2015 sebagai titik pembelajaran yang berguna untuk menempuh hari-hari mendatang, kerana begitulah sifat pemipa budiman;.muda, tua, separuh umur, setahun jagung mahupun setengah abad, pembelajaran tidak pernah akan terhenti. Sambil kita melihat kembali pada 2015 itu, semestinya banyak baccy-baccy … Continue reading Top 5 “Desert Island” Baccy di Dunia Fana 2015

Resolusi Pipa 2016 : Menghadapi Tahun Yang Getir

Seminggu sudah kita memasuki 2016 yang dijangka getir ini… Sudah menjadi resam setiap individu untuk memiliki resolusi tahun baru. Ada yang mahu jadi kaya, mahu melancong, mahu tambah pelaburan mahu tukar kereta baru, dan lain-lain lagi. Resolusi-resolusi sebegini adalah bagus, kerana ia sepatutnya mendorong kepada perubahan diri yang positif. Pemipa-pemipa juga tidak terkecuali. Menaikkan taraf koleksi atau “upgrade” adalah satu perkara yang baik sekali. Namun, … Continue reading Resolusi Pipa 2016 : Menghadapi Tahun Yang Getir