Summer Blends 2016 di Dunia Fana

Ahah! Jangan terkejut pulak apabila anda melihat tajuk topik kita pada kali ini.

image

Summer atau musim panas sememangnya ada di Malaysia. Kebiasaannya musim panas ini datang pada awal Februari dan berakhir di sekitar April. Walaupun Malaysia mendapat taburan hujan yang banyak dan tak menentu (kecuali pada November-Januari, musim tengkujuh kata orang pantai timur), musim panas tetap berlaku walaupun hujan dan hujan pada musim panas adalah sekejap dan menambahkan lagi “humidity”.

Yang seronoknya musim panas ini adalah pulau-pulau peranginan dibuka semula, dan petanda-petanda yang dapat kita lihat secara kasar adalah lakunya minuman ice-blended, coconut shakes dan dessert-dessert tempatan seperti cendol dan ais batu campur (ABC). Gerai-gerai menjual air kelapa dan air tebu dikerumuni ramai. Juga minuman-minuman berkarbonat seperti Coke dan 100 Plus sentiasa di tangan muda-mudi.

Faktor fesyen juga tidak kurang hebatnya. Pada masa inilah baju tanpa lengan yang “skimpy” menjadi popular, lurah dendam dan skirt pendek menjadi suatu pemandangan biasa terutamanya di sekitar Bukit Bintang dan Bangsar. Anda mungkin boleh menjeling tapi awasilah tangan anda.

Juga jika anda tinggal di bahagian luar bandar, perca-perca kekabu (cotton) mulai berterbangan dan fenomena ini adalah amat indah sekali, hinggakan sesuai untuk kita mendedikasikan blend-blend tertentu kepadanya. Proses pokok kekabu mendebungakan biji-bijinya ke kawasan persekitaran adalah seperti percikan salji berterbangan di kawasan lembah.

image

Tanpa membuang masa lagi, masukkan CD Pavement “Slanted & Enchanted” ke dalam player anda, scroll ke lagu “Summer Babe”, duduk dan mari kita lihat tiga blend yang agak sesuai bagi musim panas ini, dari pandangan Dunia Fana:

1) Dunhill My Mixture BB1938.
Antara blend revival yang paling dinantikan, Baby’s Bottom membuktikan yang namanya sememangnya bukan taruhan sembarangan. Ianya memang lembut, “smooth” pada palate dan menyamankan. Ternyata ia bukanlah dicipta untuk lidah dan palate “lat-bombers” yang mengunyah Nightcap saban hari, bukan lantunan “smoky-bliss” yang menjadi trademark 965 dan juga bukan untuk secara lembutnya membangunkan anda dari tidur a-la Early Morning Pipe. BB 1938 dicipta untuk bertemu anda di pertengahan simpang blend-blend terbabit. Dengan kehangatan musim panas ini, anda semestinya akur pada kelembutan “cool smoking” yang ditawarkan oleh revival dari Dunhill ini.

image

2) Frog Morton On The Town.
Blend ini adalah antara blend Froggy yang paling “underrated”, sebahagiannya mungkin kerana populariti Syrian latakia dan potongan kiub oak barrel mendominasi pemikiran para pemipa lantas membuatkan mereka lebih senang mencapai “Across The Pond” dan “Cellar”. Sebahagian lagi mungkin kerana kurangnya pendedahan mengenai Basma, daun oriental “cool-smoking” yang diadun di dalam On the Town. Gabungan “cool smoking”, keenakan rasa crossover trademark Frog Morton dan flavor eksotik Basma ini menjanjikan sesi perpipaan musim panas yang indah dan melalaikan.

image

3) DTM Gold of Mysore.
Datang dengan tin 100g, blend semi-aromatik ini sememangnya memiliki bau, rasa dan flavor vanilla yang baik, dan semua ini berlaku ke atas daunan virginia dari daerah Mysore India, di mana kultivasi kecil-kecilan cukup untuk konsumasi tempatan tetapi Dan Tobacco mengambil langkah yang bijak untuk membeli hasil tuaian mereka. Di sebalik lokalisasi itu, blend ini memiliki “tobacco body” yang baik, nikotin yang sederhana & memuaskan, dan “casing” vanilla yang tidak terlalu kuat, walaupun saya sendiri tidak faham why the heck Dan Tobacco perlu menambah perisa vanilla pada daunan virginia Mysore yang memiliki kadar gula yang tinggi ini, tetapi ia cukup untuk anda “chill out” di petang musim-musim panas sambil mengharapkan hujan.

pack ’em, light ’em, make smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s