Asas Pemipa Pemula : Kali Pertama Bertemu Latakia?

Biar saya berikan anda satu peringatan : isu “man vs latakia” sememangnya akan hadir di setiap pemipa di suatu sudut dunia perpipaan masing-masing. Hanya masa yang akan menentukan. Cepat atau lambat. Bersedia atau tidak. Ia pasti akan muncul.

Kita di Malaysia ini seharusnya bersyukur kerana sekarang ada pipesmeet-pipesmeet untuk menimba pengalaman, ada Malaysian Pipesmokers Journal (MyPSJ) untuk mendedahkan kita tentang info-info semasa tentang perpipaan, ada MAMPOS dan lain-lain kelab-kelab perpipaan untuk pemipa pemula jadikan sandaran. Lima tahun dulu, kebanyakan pemipa adalah bersendirian ketika berhadapan dengan “behemoth” ini.

Pengalaman saya sendiri ketika mula berpipa dulu, kedai-kedai menjual baccy tidak meletakkan penjual yang arif mengenai blend tembakau. Mereka hanya tahu yang mana popular, yang mana paling laris. Menjual tembakau aromatik berasaskan flavor yang tertulis di tin-tin blend sememangnya mudah. Tetapi latakia adalah raksasa yang mengerikan dan berlainan pula situasinya. Bila saya bertanyakan mengenai latakia, jawapan yang saya selalu terima adalah “ini flavor dia best bang. Orang tua-tua ramai yang suka”……oh tuhan!

image

Mengenangkan diri bukanlah lahir dengan sudu perak tersemat di mulut, saya dikuasai curiga dan menangguhkan pembelian blend-blend latakia sehingga lah diberi sedikit sampel blend Frog Morton untuk dicuba. Saya masih ingat lagi “first battle” saya bersama latakia, terutamanya saat penyalaan pertama di dalam bowl pipa pertama saya, Big Ben Bora yang banyak berjasa. Sebaik asap disedut, batuk pun datang dan perasaan jelek segera hinggap. “Ini tembakau ke, rambut orang?” itulah perkara pertama yang bermain di benak fikiran ketika itu. Percubaan demi percubaan dilakukan, dan akhirnya setelah 5 bowl, walaupun masih tidak yakin, saya nekad untuk membeli juga setin Frog Morton.

Ada kemungkinan, latakia blend adalah “acquired taste” sepertimana caviar, telur belangkas, buah keluak, buah kulim, kueh sura (Kelantan) dan yang seumpamanya hadir dalam kamus gastronomik kita. Mula-mula terasa peliknya flavor-flavor negatif; semacam keratin terbakar, getah terbakar, brek lori hangit dan macam-macam lagi tetapi, lama kelamaan, ya, aroma “smoky” daging salai, “creamy” macam custard yang dibakar, sedikit macam marshmallow salai di depan unggun api ketika perkhemahan sudah mula dapat dirasai di palate, petanda daun dark-fired milik dark forces ini sudah pun masuk ke dalam pembuluh darah.

Peperangan yang berlangsung selama 5 bowl itu menentukan apresiasi kita terhadap daun tembakau latakia yang semakin sukar didapati ini dan blend-blend yang berteraskannya. Katakanlah jika saya mengalah pada bowl yang ketiga, mungkin saya juga turut dipengaruhi oleh mentaliti sesat lagi salah, yang mengklasifikasikan latakia sebagai baccy untuk pemipa-pemipa tua sahaja. Alangkah ruginya!

image

Jadi, untuk pemipa pemula, berhadapan dengan latakia kali pertama adalah saat kritikal anda. Saya tidak mengesyorkan anda menipu palate sendiri; jika sememangnya anda dapati anda tak suka akan flavornya, anda seharusnya pergi ke blend-blend aromatik, full virginia, va/per atau burley. Namun saya meminta anda untuk mengambil serius akan percubaan latakia pertama anda. Ambil masa untuk packing baccy dengan baik, jangan tergesa-gesa. Ambil mood yang baik. Nyalakan dan cuba hayati perbezaannya dengan blend-blend lain. Cuba cari not-not yang anda suka. Ulang kembali pencarian jika tidak terjumpa, berilah sedikit masa. Jika boleh, catitkan dan perhatikan bagaimana flavor-flavor ini didevelopkan kemudian.

Seperti pergi berperang, pastikan anda membuat persiapan yang rapi. Gunakan pipa terbaik anda. Gunakan tamper terbaik anda. Jika boleh, pastikan anda cuba dengan beberapa pipa lagi untuk mensahihkan flavor dan rasa. Cuci pipa anda sebaik sudah melayan, pastikan ia bersih sebelum bermula kembali. “Lock & load” dengan filter baru jika pipa berfilter. Biar diri kita “armed to the teeth”, kerana latakia adalah sesuatu yang asing bagi anda sekarang.

Juga, jika boleh, cubalah blend-blend crossover terlebih dahulu. Blend sebegini dicipta untuk mengenengahkan kualiti baccy aromatik ke dalam English blend. Ia mungkin dapat membantu anda. Blend-blend seperti Frog Morton series, Sillem Black etc adalah antara yang baik. Minta sampel sekiranya boleh kerana blend-blend ini harganya sedikit mahal dari biasa. Jangan terus terjun ke blend-blend “lat-bomb” kerana ia adalah seperti membunuh diri, terutamanya bagi tekak yang sudah biasa diulit rasa berry dan vanilla lembut.

image

Yang terakhir adalah persiapan mental. Ingatkan diri anda bahawa mungkin separuh dari blend-blend yang ada di rak tobacconist anda adalah blend-blend latakia. Hidup ini adalah terlalu singkat untuk kita mencuba hanya separuh rak. Juga, di mana kah keseronokan penerokaan sepertimana ketika anda di zaman “boy scout” atau kadet PALAPES dulu? Adakah sekarang anda puas dengan kehidupan yang selamat tanpa cabaran dan perit-jerih kehidupan?

Ingin saya syorkan di sini yang janganlah anda berputus asa dengan daun latakia, kerana anda tidak tahu bila daunan gelap hitam bak baiduri ini akan berputus asa dengan dunia yang fana ini dan hilang selamanya.

pack ’em, light ’em, make smoke rings outta ’em!

2 Comments Add yours

  1. tarZant says:

    I still remember the first time I taste my latakia… And the memory remains… Every puff remind me of my first smoke… Its latakia… And now I’m latakia lover… And my journey in searching the best latakia just begin… Good write-up prof… #kipidap

    Liked by 1 person

    1. almoshah says:

      Well, that’s what latakia is all about. It crawls in your vein and you are helpless and need it like a child sucking sweets…hahaha.

      Godspeed with the journey bro….and hope you’ll find what you’re looking for.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s