Anekdot Perpipaan #3 : “…first smoke is the sweetest…”

Suatu hari di bulan Ramadhan itu… Keinginan untuk berpipa ini datangnya tidak dijangka. Ia boleh jadi diajak rakan-rakan, boleh juga kerana kagum melihat watak filem bergaya mengenakan pipa. Juga mungkin, terlihat pergerakan aktiviti berpipa di Facebook atau internet. Permulaan saya agak berlainan; seronok tetapi merasa ketinggalan apabila berpeleseran minum-minum teh tanpa pipa di mulut bersama pakcik-pakcik geng “pencen” yang masing2 mengelumit pipa sambil bercerita tentang … Continue reading Anekdot Perpipaan #3 : “…first smoke is the sweetest…”

Dunhill – “Titik Putih” yang Unggul

Kalau Castello dikenali sebagai pipa yang memiliki status kultus – tidak mudah diperolehi di pasaran tetapi menjadi ikutan dan pujaan ramai peminatnya – Dunhill pula adalah sedikit lain. Pendekatan Dunhill lebih kepada “mass appeal”, penjenamaan dan imej premium, sesuai dengan tagline mereka “gaya, mutu, keunggulan”. Memulakan perniagaan pada awal 1900, Alfred Dunhill mengubah haluan dari industri pemotoran ke tobacconist dan pembuatan pipa. Kebetulan juga pada … Continue reading Dunhill – “Titik Putih” yang Unggul

Siri “Berdamping Dengan Blends” – Aromatik

Banyak jenis blend aromatik yang dapat dilihat oleh seseorang pemipa di sepanjang perjalanan hidup berpipanya. Bayangkan ianya bagaikan dadih, keenakannya boleh dinikmati dengan bermacam-macam jenis perisa. Blend aromatik biasanya memiliki komposisi asas virginia, dibantu oleh burley dan black cavendish. Tidak perlu kita ulas lagi akan peranan asas virginia, tetapi burley adalah komponen terpenting dek kerana kadar serapan perisanya yang baik. Tembakau burley inilah, walaupun masih … Continue reading Siri “Berdamping Dengan Blends” – Aromatik

Berpipa Adalah Suatu Percutian yang Budiman

Keseronokan berpipa selalu bertambah menarik dari semasa ke semasa. Ia bagaikan satu habitual organik, yang sentiasa berubah-ubah dan semakin kita “upgrade” diri kita menjadi pemipa yang lebih mapan, makin seronok dan makin kompleks jadinya hobi ini. Perhatian dan fokus seseorang pemipa mapan ini akan sentiasa berlegar-legar; dari pipa kemudian ke baccy dan seterusnya ke aksesori dan sebagainya. Ada sahaja yang “tak kena” – perlu diberi … Continue reading Berpipa Adalah Suatu Percutian yang Budiman

“Ghosting” – Kepuakaan di Dalam Bowl

“Ghosting” adalah satu isu yang sering diperkatakan terutamanya ketika pemipa membeli atau ingin memiliki pipa-pipa estate. Faktor negatif ini selalunya berkait rapat dengan penjagaan sesebuah pipa ketika ia berada di tangan tuan asal, di mana tentunya sebagai pembeli, kita pemipa tidak dapat mengetahui secara mendalam akan situasi pipa estate itu sehinggalah ia berada di tangan kita sendiri. Seringkali dinyatakan bahawa pipa estate adalah satu pasaran … Continue reading “Ghosting” – Kepuakaan di Dalam Bowl

Pembinaan Dapur (Cake) dan Mitos-Mitos yang Menyelubunginya

Masyarakat tidak boleh lari daripada mitos dan “lore” yang telah terkandung dan didukung oleh generasi sebelum kita sejak zaman berzaman. Meskipun sesetengahnya sudah luput ditelan zaman, masih banyak yang kekal sampai sekarang. Begitulah juga dengan berpipa. Bukannya masyarakat kita mula berpipa baru-baru ini sahaja, ianya adalah hobi yang sudah lama bertapak di bumi bertuah ini. Jadi, mitos yang menjadi fokus kita sekarang adalah tentang pembinaan … Continue reading Pembinaan Dapur (Cake) dan Mitos-Mitos yang Menyelubunginya

Ancaman Kulat pada Baccy & Langkah Pencegahannya

“…Sekembalinya dari kerja, badan yang lesu tiba-tiba menjadi bersemangat dan bertenaga sejurus melihat bungkusan dari UPS di atas rak kasut. Tanpa sempat menanggalkan stokin, parcel itu diambil dan dibawa masuk ke dalam bilik membaca. Badan dihempaskan ke kerusi cleopatra merah dan bungkusan dibuka dengan ganas. Plastik gelembung penyerap hentak pun dikoyakkan begitu sahaja. Di dalamnya….wow! Tin tembakau artisanal G.L Pease “Gaslight” tersimpan rapi, dan masih … Continue reading Ancaman Kulat pada Baccy & Langkah Pencegahannya

Castello : Pipa Berstatus Kultus.

Rata-rata pemipa sangat familiar dengan status Dunhill sebagai jenama pipa yang unggul dan penuh sejarah. Begitulah keupayaan strategi pemasaran dalam memainkan peranan dan status produk mereka. Namun, terdapat beberapa jenama yang beroperasi di luar strategi ini dan masih diminati ramai. Tanpa strategi pemasaran berskala besar, status kultus (cult) tentunya terbina dari kesedaran konsumer akan kualiti produk, dan disinilah Castello menempa namanya… Merupakan antara jenama tertua … Continue reading Castello : Pipa Berstatus Kultus.

Coda untuk Arcadia

* ini bukanlah sebuah review baccy… Arcadia bukanlah suatu keluaran biasa. Ianya disasarkan oleh McClelland sebagai salah satu blend premium di dalam siri khas 221b. Penggunaan jenis tembakau, flavor yang didevelop dan tentang rasa akan kita bincangkan di baccy reviewnya nanti, tetapi kali ini saya hanya mahu memfokuskan kepada hikayat atau “lore” disebalik nama “Arcadia” ini. “Arcadia” sebenarnya adalah blend fiksyenal di dalam novel lama … Continue reading Coda untuk Arcadia

Peterson Meerschaum Experience : Explorasi yang Mengujakan

Sebetulnya saya agak skeptikal untuk memberikan konsiderasi kepada meerschaum-meerschaum keluaran luar Turki. Apalah yang pengeluar pipa briar ini tahu mengenai meerschaum? Mampukah pipemakers-pipemakers mereka menggerudi meerschaum sebaik mungkin? Bagaimana meerschaum boleh survive dengan kedinginan bayu Irish highlands yang bersuhu rendah itu? Di sebalik kesangsian yang bersarang, Peterson sebenarnya mengeluarkan siri Sherlock Holmes meerschaum ini sebagai siri “top grade” yang memberi komplimen terhadap koleksi yang sememangnya … Continue reading Peterson Meerschaum Experience : Explorasi yang Mengujakan