Rotasi Pipa @ “Berpipa Biar Seribu”

Sebelum bermula, ingin saya ingatkan ini bukan lah satu saranan elitis. Kontrari dengan itu, sebaliknya ia mampu menjimatkan poket anda.

image

Kebanyakan pemipa sememangnya memiliki lebih dari satu pipa. Selalunya situasi sebegini adalah berkenaan dengan penyakit berjangkit dek ternampak pipa baru yang menjerit “belilah aku!” di kedai-kedai, tetapi secara harfiahnya, pemilikan lebih dari satu pipa juga bertujuan untuk melaksanakan “rotasi pipa” (pipe rotation).

Pipa, sepertimana alatan yang terdedah kepada haba, memiliki kadar “wear & tear” yang tertentu. Telah kita belajar di subjek sains sekolah dahulu bagaimana haba menyebabkan pergerakan molekul-molekul dan zarah-zarah sesuatu jasad. Saya tidak mengatakan yang zarah-zarah pipa mungkin bergerak sebaik dipanaskan, tetapi apa yang penting bagi pemipa untuk tahu adalah walaupun pipa (terutamanya briar) memiliki kekuatan semulajadi untuk menahan kepanasan, ia bukan lah dicipta untuk berpanas 24-7 dan juga berhak untuk mendapat sedikit rehat.

Jadi, secara amnya rotasi pipa adalah penggiliran sekumpulan pipa dalam menggalas tugas membakar baccy untuk pemipa. Ia bertujuan untuk memastikan pipa-pipa anda mendapat cukup rehat, tidak diguna secara berlebihan lantas menjamin ia kekal berkhidmat sehingga ke usia tua anda. Malahan, mungkin melangkaui generasi. Terdapat beberapa cara yang boleh diambil demi melaksanakan rotasi pipa ini, dan ianya bergantung juga kepada rentak perpipaan harian anda.

image

Ada berpendapat sesebuah pipa mampu menampung kepanasan berpipaan untuk sepanjang hari. Contohnya jika anda memiliki tiga buah pipa, hari ini anda akan menggunakan pipa A, esok pula pipa B, lusa pipa C dan tulat kembali kepada pipa A. Kaedah rotasi ini adalah mudah untuk diikuti dan melibatkan jumlah pipa yang tidak banyak. Namun, dari segi praktikaliti ia mungkin tidak masuk akal jika anda berpipa secara kerap seharian, contohnya 15 bowl sehari. Akan tetapi, rata-rata pemipa membakar 3 hingga 5 bowls sehari dan gaya ini adalah baik untuk rotasi sebegini. Juga, anda boleh lihat sendiri yang beberapa jenama seperti Peterson dan Dunhill ada mengeluarkan “Seven Day Pipe Set” yang berteraskan rotasi pipa ini.

Kaedah rotasi yang lain adalah dengan menggunakan pipa yang berlainan pada setiap bowl. Pipa yang telah digunakan kemudian diberikan ruang untuk berehat mungkin selama selang sehari atau terkadang, seminggu. Kaedah ini memerlukan jumlah pipa yang banyak dan tentunya bagi pemipa pemula adalah agak rumit kerana jumlah pelaburan yang harus dikeluarkan adalah besar. Tentunya, pipa anda akan memiliki masa rehat yang lebih panjang dan kadar “wear and tear” juga adalah minimal.

Rotasi pipa juga memungkinkan anda untuk menjalankan satu lagi teori perpipaan yang baik iaitu “dedikasi pipa”. Secara amnya, setiap pipa didedikasikan terhadap satu atau beberapa blend yang memiliki genre yang sama. Ini kita akan bincangkan juga sedikit masa nanti, dan adalah satu kelebihan yang dapat dinikmati sejajar dengan teori rotasi pipa ini.

image

Walaupun logiknya rotasi pipa ini adalah sedemikian, praktikalnya masih boleh dipersoalkan. Bagaimana dengan orang tua kita dulu-dulu? Berkecimpung dalam dunia perpipaan dengan golongan emas pada awalnya, rotasi pipa adalah asing dan tidak pernah terlintas di benak pemikiran pada ketika itu. Kebanyakan mereka setia pada satu. Jarang-jarang yang memiliki lebih. Jadi, adakah rotasi pipa ini adalah satu wacana gendangan tobacconist dan peniaga-peniaga pipa, supaya jualan mereka meningkat saban hari?

Ada dua perkara yang dapat saya perhatikan di dalam persoalan ini. Pertama sekali, pipa-pipa rosak yang terkadang tembus di dasar bowl selalunya adalah pipa-pipa lama. Jarang kita dengar kes-kes sebegini berlaku pada zaman sekarang. Habis kuat pun, “bowl charring” sahaja. Jadi, berkemungkinan tanpa rotasi pipa kebarangkalian untuk penggunaan yang “abusive” sebegini adalah lebih cenderung untuk berlaku. Bagaimana pula tentang rasa? Zaman sebelum kita, pilihan tembakau adalah terhad kepada beberapa blend sahaja, jadi tidak hairanlah jika pemipa-pemipa dahulu tidak begitu endah tentang flavor dan dimensi rasa blend mereka. “Asal berasap sudah!” kata mereka kepada saya.

Sementelahan itu, ada juga yang berpendapat rotasi pipa ini adalah satu mitos, samada direka oleh mereka yang mahukan alasan untuk membeli pipa-pipa baru atau direka oleh tobacconist bagi melariskan jualan pipa-pipa mereka. Hal ini ada logiknya, kerana beberapa material seperti briar dan meerschaum sememangnya memiliki daya tahan api dan haba yang tinggi. Namun, kita harus ingat akan “wear and tear” yang tidak boleh dielakkan dan memberikan rotasi yang baik kepada pipa anda adalah satu cara untuk memaksimumkan penjagaan dan penggunaan pipa anda.

Jadi, ingin saya tekankan sekali lagi, cara berpipa adalah hak individu yang mutlak. Saranan adalah senantiasa dialu-alukan, tetapi paksaan akan menghasilkan penumbuk manja nan budiman. Samada mahu menjalankan rotasi pipa atau tidak, berapa banyak pipa untuk rotasi, kaedah rotasi yang sesuai dengan cara perpipaan, semua itu terserah kepada diri anda sendiri. Kita tentukan “pace” kita, cara kita.

pack ’em, light ’em, make smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s