Talkin’ Bruyère : Briar Dari Manakah Yang Paling Baik?

Sepertimana kita perlu terjun ke dasar pipa demi menikmati sepenuhnya kapasiti dan kemampuan yang dimiliki oleh pipa-pipa kita, kita juga perlu terjun ke dasar persoalan cepu emas ini, yang selalunya diperdebatkan dengan penuh kontroversi oleh para pemipa dan pipemakers sedunia. Perbincangan mengenai briar manakah yang terbaik seringkali diiringi dengan klise, bias-bias dan kecenderungan tersendiri seseorang pemipa tersebut. Namun limitasi bahan mentah yang sememangnya sinonim dengan … Continue reading Talkin’ Bruyère : Briar Dari Manakah Yang Paling Baik?

Talkin’ Bruyère : Kepelbagaian Pendekatan & Kaedah Rawatan Briar

Walau dari negara mana pun seseorang pipemaker itu berasal, kesemua mereka bersepakat yang sesebuah pipa yang berkualiti, haruslah datang dari briar yang terawat baik. Ini adalah bagaikan satu “golden rule” yang utama, sama juga sepertimana chef-chef tersohor yang akan menggunakan bahan mentah terbaik untuk masakan mereka. Gabungan kualiti bahan dan ditambah dengan kemahiran olahan, itulah yang menjadikan sesebuah pipa itu sebagai satu seni tersendiri. Oleh … Continue reading Talkin’ Bruyère : Kepelbagaian Pendekatan & Kaedah Rawatan Briar

Talkin’ Bruyère : Rawatan Ke Atas Burl Briar

Pembuatan pipa adalah satu proses penghasilan material yang agak kompleks dan tidak kurang organiknya. Ini kerana disebalik kerumitan kerja kayu dan kehebatan kejuruteraan draf aliran udaranya, faktor bahan dan material adalah salah satu faktor penting yang tidak boleh diketepikan sama sekali. Kebiasaannya kita semua sedia maklum yang briar adalah bahagian burl pohon erica arborea (sila rujuk bahagian pertama siri ini untuk lebih maklumat) dan kita … Continue reading Talkin’ Bruyère : Rawatan Ke Atas Burl Briar

Talkin’ Bruyère : Mengenali Briar

Briar adalah sumber bahan mentah yang kedua terpenting di dalam industri perpipaan selepas tembakau pipa itu sendiri. Ia adalah medium pilihan yang paling popular bagi para pemipa, jauh di depan medium-medium lain seperti corn cob, meerschaum, clay, morta, cherrywood atau bermacam jenis kayu lagi. Sukar untuk menemukan pemipa yang tidak pernah memiliki mahupun menggunakan briar sebagai bahan pipa mereka. Namun, apakah itu briar? Adakah kita … Continue reading Talkin’ Bruyère : Mengenali Briar

Anekdot Perpipaan #11 – Alangkah Indahnya Berpipa

Saat menghabiskan masa dalam berhobi ini, kita tidak dapat lari dari aspirasi untuk mendapatkan yang terbaik. Pemikiran kita akan memajukan beberapa konsep ringkas yang dapat membantu kita mencapai beberapa matlamat di dalam hobi perpipaan. Ia adalah logik untuk kesemua pemipa memiliki cetusan-cetusan idea sebegini, yang saya kompilasikan dari beberapa topik-topik perbincangan sesama kita pemipa apabila berbual mesra di pipemeet-pipemeet yang kita hadiri. Alangkah indahnya untuk … Continue reading Anekdot Perpipaan #11 – Alangkah Indahnya Berpipa

We Are Bicentennial!

Sedar tak sedar, pipa di dunia fana sudah pun mencapai artikel yang ke-200! Ini adalah satu titik penting yang sangat membanggakan bagi penulis, kerana ia bermula dengan sesuatu yang minimal – catitan kendiri di nota-nota dan notepad iPhone ketika mula belajar mengenal pipa dan dunia tembakau seketika dahulu. Dari situ, penulis berkongsi sedikit pengetahuan dari pembacaan yang ditambah dengan coretan-coretan ikhlas akan pengalaman sendiri dengan … Continue reading We Are Bicentennial!

Ulasan Baccy : MacBaren HH Vintage Syrian

Dunia perpipaan masih lagi dikejutkan dengan kehilangan tembakau penting Syrian latakia. Sewaktu saya mula menceburkan diri di dalam dunia perpipaan beberapa tahun kebelakang, masih mudah untuk anda menemukan blend-blend yang menggunakan Syrian latakia. Akan tetapi sejak dari tahun lepas, berita yang bekalan terakhir Syrian dari beberapa blender ternama seperti Solani, Ashton, Cornell & Diehl dan yang terbaru MacBaren sudah pun sampai ke penghujungnya dan dengan … Continue reading Ulasan Baccy : MacBaren HH Vintage Syrian