Pipa Petang Ahad ; Phoenix American Cob + J.F Germain & Son’s Perique Mixture + Beechworth Honey Ginger Soda

Di dalam dunia yang penuh dengan tembakau hoarding dan prospecting ini, blend-blend dari JF Germain & Son semakin sukar untuk didapatkan. Saya perkirakan yang diri ini sangat bertuah untuk berpeluang mencicip dan menikmati blend-blend dari JF Germain & Son semenjak pasaran tembakau pipa menjadi agak gila kebelakangan ini. Mendapat bekalan ini dari Musa Cogy Boogy di Segamat Pipe Meet bulan lepas, Perique Mixture adalah salah … Continue reading Pipa Petang Ahad ; Phoenix American Cob + J.F Germain & Son’s Perique Mixture + Beechworth Honey Ginger Soda

Resolusi Pipa 2019 : Kita Adalah Jauh Lebih Baik Dari Mereka.

Selasa lalu, kita menyambut 2019 dengan penuh hemah. Seperti biasa kita akan memprojekkan pelbagai keazaman dan iltizam. Hakikatnya, masa terasa cepat berlalu, dan bahang 2018 masih dapat kita rasakan, walaupun perubahan yang berlaku adalah agak besar terutamanya bagi kita pemipa dan rakyat Malaysia secara amnya. 2018 secara tidak langsung menyaksikan banyak fenomena-fenomena aneh dan separa aneh yang melanda dunia perpipaan kita ini. Pada awal 2018 … Continue reading Resolusi Pipa 2019 : Kita Adalah Jauh Lebih Baik Dari Mereka.

Peterson POY 2017

Pipe of the year (POY) adalah sebuah keraian yang sering ditampilkan oleh beberapa firma dan jenama perpipaan tersohor, termasuklah Peterson. Tujuan utama ia diadakan selalunya adalah untuk meraikan peminat-peminat, memanjakan mereka dengan keluaran khusus yang biasanya adalah istimewa dan di dalam edisi terhad. Tambahan pula dengan status Peterson yang tergolong di antara pengeluar pipa terbesar dunia, POY adalah satu cara terbaik untuk mencapai kesemua matlamat … Continue reading Peterson POY 2017

Talkin’ Bruyère : Keberlangsungan Briar Untuk Umat Manusia

Zaman milenium ini menyaksikan beberapa kehilangan drastik sumber bahan mentah, sesuatu yang dahulunya kita sangkakan akan senantiasa ada di samping kita. Sesungguhnya bahan alami sememangnya tidak akan kekal, dek kerana itu lah manusia berubah arah kepada penggunaan bahan sintetik. Walau bagaimanapun, bukan semua perkara boleh ditukar-ganti dengan bahan buatan manusia, tidak mengira secanggih mana pun teknologi yang melanda kita sekarang. Perkara yang sama juga turut … Continue reading Talkin’ Bruyère : Keberlangsungan Briar Untuk Umat Manusia

Talkin’ Bruyère : Plateaux vs Ebauchon

Sebagai seorang pemipa konsumer, kebanyakan kita tidak memperdulikan sangat akan persoalan jenis blok briar yang digunakan untuk menghasilkan pipa yang kita sedang pegang di tangan. Asalkan ia cantik dan memiliki grain-grain yang menawan, dan yang paling penting – a good smoker, sudah memadai bagi kebanyakan kita. Hidup lebih indah tanpa komplikasi-komplikasi melampau, bukan? Namun cuba anda lihat diri anda dan tanyakan, betapa seorang pemipa alaf … Continue reading Talkin’ Bruyère : Plateaux vs Ebauchon

Talkin’ Bruyère : Briar Dari Manakah Yang Paling Baik?

Sepertimana kita perlu terjun ke dasar pipa demi menikmati sepenuhnya kapasiti dan kemampuan yang dimiliki oleh pipa-pipa kita, kita juga perlu terjun ke dasar persoalan cepu emas ini, yang selalunya diperdebatkan dengan penuh kontroversi oleh para pemipa dan pipemakers sedunia. Perbincangan mengenai briar manakah yang terbaik seringkali diiringi dengan klise, bias-bias dan kecenderungan tersendiri seseorang pemipa tersebut. Namun limitasi bahan mentah yang sememangnya sinonim dengan … Continue reading Talkin’ Bruyère : Briar Dari Manakah Yang Paling Baik?

Talkin’ Bruyère : Kepelbagaian Pendekatan & Kaedah Rawatan Briar

Walau dari negara mana pun seseorang pipemaker itu berasal, kesemua mereka bersepakat yang sesebuah pipa yang berkualiti, haruslah datang dari briar yang terawat baik. Ini adalah bagaikan satu “golden rule” yang utama, sama juga sepertimana chef-chef tersohor yang akan menggunakan bahan mentah terbaik untuk masakan mereka. Gabungan kualiti bahan dan ditambah dengan kemahiran olahan, itulah yang menjadikan sesebuah pipa itu sebagai satu seni tersendiri. Oleh … Continue reading Talkin’ Bruyère : Kepelbagaian Pendekatan & Kaedah Rawatan Briar

Talkin’ Bruyère : Rawatan Ke Atas Burl Briar

Pembuatan pipa adalah satu proses penghasilan material yang agak kompleks dan tidak kurang organiknya. Ini kerana disebalik kerumitan kerja kayu dan kehebatan kejuruteraan draf aliran udaranya, faktor bahan dan material adalah salah satu faktor penting yang tidak boleh diketepikan sama sekali. Kebiasaannya kita semua sedia maklum yang briar adalah bahagian burl pohon erica arborea (sila rujuk bahagian pertama siri ini untuk lebih maklumat) dan kita … Continue reading Talkin’ Bruyère : Rawatan Ke Atas Burl Briar

We Are Bicentennial!

Sedar tak sedar, pipa di dunia fana sudah pun mencapai artikel yang ke-200! Ini adalah satu titik penting yang sangat membanggakan bagi penulis, kerana ia bermula dengan sesuatu yang minimal – catitan kendiri di nota-nota dan notepad iPhone ketika mula belajar mengenal pipa dan dunia tembakau seketika dahulu. Dari situ, penulis berkongsi sedikit pengetahuan dari pembacaan yang ditambah dengan coretan-coretan ikhlas akan pengalaman sendiri dengan … Continue reading We Are Bicentennial!

Ulasan Baccy : Rattray’s High Society

Di awal zaman perpipaan, kecenderungan untuk mencuba pelbagai blend aromatik adalah sangat normal. Seperti kebanyakan pemipa lain yang bermula dari perokok, saya cuba untuk mencari blend yang bukan sahaja dapat memberian perisa dan flavor aromatik, tetapi juga mampu memberikan sedikit kepuasan ala merokok. Dalam mencuba beberapa blend aromatik ketika itu, saya terpanggil untuk mencuba Rattrays High Society ini. Melihat kepada komposisi blend ini kita seakan … Continue reading Ulasan Baccy : Rattray’s High Society