IPSD 2019; Sebuah Pembudayaan Berkelas Tinggi

Minggu ini kita merayakan sebuah sambutan yang tidak asing lagi bagi kalangan pemipa, iaitu International Pipe Smoking Day atau “IPSD” secara ringkasnya. Tahun ini, kita akan merayakannya di BPCS; sebuah markas yang tidak asing lagi di kalangan pemipa seMalaysia. Tidak lama dahulu pada tahun 2016, BPCS telah menghoskan IPSD pertama negara, di bawah kelolaan Abang Zofid & co jadi anda boleh bayangkan sendiri akan signifikan … Continue reading IPSD 2019; Sebuah Pembudayaan Berkelas Tinggi

Sesuatu Yang Kita Bakal Rindukan : Dunhill Flake

Keberadaan Dunhill di pasaran kita mungkin hanya sementara sahaja. Di US dan Eropah, tin-tin Dunhill sudah pun berkurangan secara drastik. Saya tekankan akan “berkurangan” di sini kerana masih lagi logik untuk pemipa menemuinya – terutamanya di kedai-kedai yang menjual tembakau pipa di kawasan-kawasan yang sedikit pedalaman, ataupun di laman sesawang tobakonis yang mungkin jarang dikunjungi netizen. Tiada lagi timbunan tin Dunhill di tobakonis-tobakonis terkemuka seperti … Continue reading Sesuatu Yang Kita Bakal Rindukan : Dunhill Flake

Pipa Petang Ahad ; Phoenix American Cob + J.F Germain & Son’s Perique Mixture + Beechworth Honey Ginger Soda

Di dalam dunia yang penuh dengan tembakau hoarding dan prospecting ini, blend-blend dari JF Germain & Son semakin sukar untuk didapatkan. Saya perkirakan yang diri ini sangat bertuah untuk berpeluang mencicip dan menikmati blend-blend dari JF Germain & Son semenjak pasaran tembakau pipa menjadi agak gila kebelakangan ini. Mendapat bekalan ini dari Musa Cogy Boogy di Segamat Pipe Meet bulan lepas, Perique Mixture adalah salah … Continue reading Pipa Petang Ahad ; Phoenix American Cob + J.F Germain & Son’s Perique Mixture + Beechworth Honey Ginger Soda

Resolusi Pipa 2019 : Kita Adalah Jauh Lebih Baik Dari Mereka.

Selasa lalu, kita menyambut 2019 dengan penuh hemah. Seperti biasa kita akan memprojekkan pelbagai keazaman dan iltizam. Hakikatnya, masa terasa cepat berlalu, dan bahang 2018 masih dapat kita rasakan, walaupun perubahan yang berlaku adalah agak besar terutamanya bagi kita pemipa dan rakyat Malaysia secara amnya. 2018 secara tidak langsung menyaksikan banyak fenomena-fenomena aneh dan separa aneh yang melanda dunia perpipaan kita ini. Pada awal 2018 … Continue reading Resolusi Pipa 2019 : Kita Adalah Jauh Lebih Baik Dari Mereka.

Talkin’ Bruyère : Plateaux vs Ebauchon

Sebagai seorang pemipa konsumer, kebanyakan kita tidak memperdulikan sangat akan persoalan jenis blok briar yang digunakan untuk menghasilkan pipa yang kita sedang pegang di tangan. Asalkan ia cantik dan memiliki grain-grain yang menawan, dan yang paling penting – a good smoker, sudah memadai bagi kebanyakan kita. Hidup lebih indah tanpa komplikasi-komplikasi melampau, bukan? Namun cuba anda lihat diri anda dan tanyakan, betapa seorang pemipa alaf … Continue reading Talkin’ Bruyère : Plateaux vs Ebauchon

Talkin’ Bruyère : Briar Dari Manakah Yang Paling Baik?

Sepertimana kita perlu terjun ke dasar pipa demi menikmati sepenuhnya kapasiti dan kemampuan yang dimiliki oleh pipa-pipa kita, kita juga perlu terjun ke dasar persoalan cepu emas ini, yang selalunya diperdebatkan dengan penuh kontroversi oleh para pemipa dan pipemakers sedunia. Perbincangan mengenai briar manakah yang terbaik seringkali diiringi dengan klise, bias-bias dan kecenderungan tersendiri seseorang pemipa tersebut. Namun limitasi bahan mentah yang sememangnya sinonim dengan … Continue reading Talkin’ Bruyère : Briar Dari Manakah Yang Paling Baik?

Talkin’ Bruyère : Rawatan Ke Atas Burl Briar

Pembuatan pipa adalah satu proses penghasilan material yang agak kompleks dan tidak kurang organiknya. Ini kerana disebalik kerumitan kerja kayu dan kehebatan kejuruteraan draf aliran udaranya, faktor bahan dan material adalah salah satu faktor penting yang tidak boleh diketepikan sama sekali. Kebiasaannya kita semua sedia maklum yang briar adalah bahagian burl pohon erica arborea (sila rujuk bahagian pertama siri ini untuk lebih maklumat) dan kita … Continue reading Talkin’ Bruyère : Rawatan Ke Atas Burl Briar

Talkin’ Bruyère : Mengenali Briar

Briar adalah sumber bahan mentah yang kedua terpenting di dalam industri perpipaan selepas tembakau pipa itu sendiri. Ia adalah medium pilihan yang paling popular bagi para pemipa, jauh di depan medium-medium lain seperti corn cob, meerschaum, clay, morta, cherrywood atau bermacam jenis kayu lagi. Sukar untuk menemukan pemipa yang tidak pernah memiliki mahupun menggunakan briar sebagai bahan pipa mereka. Namun, apakah itu briar? Adakah kita … Continue reading Talkin’ Bruyère : Mengenali Briar

Anekdot Perpipaan #7 – days of the lord…

Semenjak-dua ini teringat pula saya kepada betapa naifnya permulaan saya sebagai seorang pemipa. Tertarik kepada dunia baru menikmati tembakau yang lain dari rokok. Berpipa tidaklah “trendy” awal dekad ini, tetapi mistik tembakau di dalam tin dan membuka komponen-komponen pipa satu persatu di atas meja cafe sambil mempamirkan wajah “I know what I’m doing” adalah satu tarikan awal ke dunia perpipaan. Mungkin saya tidaklah keseorangan. Mungkin … Continue reading Anekdot Perpipaan #7 – days of the lord…

Pipa Ketika Hujan

Hujan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Kita perlukan air hujan untuk tanaman kita, empangan kita, hutan dan ekosistem kita, malahan sesetengah kita menggunakan air hujan sebagai sumber air tembahan! Tanpa hujan, kita risau akan kemarau, pembakaran hutan dan kekurangan bekalan air di empangan-empangan. Bagi saya, hujan adalah satu rahmat yang tidak ternilai. Di zaman persekolahan @ “hostel life” dahulu, hujan membawa perkhabaran … Continue reading Pipa Ketika Hujan