Pipetune Tuesday : Guns n’ Roses + Peterson Irish Oak

Guns n’ Roses hadir dan menguasai scene muzik rock sejak dari pertengahan 80-an. Adunan lagu-lagu rock yang “catchy” dan ballad-ballad hebat menaikkan band dari Los Angeles, USA ini ke persada antarabangsa. Bermula dengan persembahan di kelab-kelab hinggalah ke konsert-konsert mega, Gn’R sememangnya memberi impak yang besar dalam arena “hard rock” dunia. Populariti mereka sememangnya besar dan pengaruh yang dibawa ke dunia rock adalah sangat mengesankan. … Continue reading Pipetune Tuesday : Guns n’ Roses + Peterson Irish Oak

Dedikasi Pipa @ “Berflavor Biar Satu”

Dedikasi Pipa adalah sebahagian dari idea “Rotasi Pipa” sepertimana yang telah kita sama-sama kupas tempohari. Ataupun mungkin kita boleh klasifikasikan ia sebagai satu percambahan dari teori asal. Ini adalah kerana, tujuan utama dedikasi pipa ini bukanlah untuk menyelamatkan pipa-pipa anda dari penggunaan melampau atau “overuse”, walaupun ia merupakan salah satu kebaikannya. Dedikasi pipa merujuk kepada memperuntukkan sesebuah pipa terhadap sebuah blend atau “genre”. Terdapat bermacam … Continue reading Dedikasi Pipa @ “Berflavor Biar Satu”

Rotasi Pipa @ “Berpipa Biar Seribu”

Sebelum bermula, ingin saya ingatkan ini bukan lah satu saranan elitis. Kontrari dengan itu, sebaliknya ia mampu menjimatkan poket anda. Kebanyakan pemipa sememangnya memiliki lebih dari satu pipa. Selalunya situasi sebegini adalah berkenaan dengan penyakit berjangkit dek ternampak pipa baru yang menjerit “belilah aku!” di kedai-kedai, tetapi secara harfiahnya, pemilikan lebih dari satu pipa juga bertujuan untuk melaksanakan “rotasi pipa” (pipe rotation). Pipa, sepertimana alatan … Continue reading Rotasi Pipa @ “Berpipa Biar Seribu”

Asas Pemipa Pemula : Kali Pertama Bertemu Latakia?

Biar saya berikan anda satu peringatan : isu “man vs latakia” sememangnya akan hadir di setiap pemipa di suatu sudut dunia perpipaan masing-masing. Hanya masa yang akan menentukan. Cepat atau lambat. Bersedia atau tidak. Ia pasti akan muncul. Kita di Malaysia ini seharusnya bersyukur kerana sekarang ada pipesmeet-pipesmeet untuk menimba pengalaman, ada Malaysian Pipesmokers Journal (MyPSJ) untuk mendedahkan kita tentang info-info semasa tentang perpipaan, ada … Continue reading Asas Pemipa Pemula : Kali Pertama Bertemu Latakia?

Top 5 “Desert Island” Baccy di Dunia Fana 2015

Baru 10 hari berlabuh di 2016. Tirai 2015 ditutup dengan jayanya. Segala pencapaian, keluh-kesah dan anekdot-anekdot telah pun dikupas di dalam “recap” tempohari. Wajarlah kita melihat kepada 2015 sebagai titik pembelajaran yang berguna untuk menempuh hari-hari mendatang, kerana begitulah sifat pemipa budiman;.muda, tua, separuh umur, setahun jagung mahupun setengah abad, pembelajaran tidak pernah akan terhenti. Sambil kita melihat kembali pada 2015 itu, semestinya banyak baccy-baccy … Continue reading Top 5 “Desert Island” Baccy di Dunia Fana 2015

Resolusi Pipa 2016 : Menghadapi Tahun Yang Getir

Seminggu sudah kita memasuki 2016 yang dijangka getir ini… Sudah menjadi resam setiap individu untuk memiliki resolusi tahun baru. Ada yang mahu jadi kaya, mahu melancong, mahu tambah pelaburan mahu tukar kereta baru, dan lain-lain lagi. Resolusi-resolusi sebegini adalah bagus, kerana ia sepatutnya mendorong kepada perubahan diri yang positif. Pemipa-pemipa juga tidak terkecuali. Menaikkan taraf koleksi atau “upgrade” adalah satu perkara yang baik sekali. Namun, … Continue reading Resolusi Pipa 2016 : Menghadapi Tahun Yang Getir

2015 Recap : “Masukkan Horizon 2015 ke Dalam Pipa Anda”.

Sehari berlalu pada 2016. Kita sibuk dengan keraian dan pesta untuk mengalu-alukan kadatangan tahun baru ini. Bermacam perancangan, beratus keazaman dan beribu resolusi dilontarkan terhadap 2016. Yang pasti, semuanya positif. Namun, kerap kali kita terlupa akan 2015 yang berlalu dengan seribu macam kenangan. Sesungguhnya jika dihimpun, banyak yang kita boleh pelajari dari 2015 dan bermacam iktibar mampu diambil. Memfokuskan tentang dunia perpipaan & baccy di … Continue reading 2015 Recap : “Masukkan Horizon 2015 ke Dalam Pipa Anda”.

Anekdot Perpipaan #3 : “…first smoke is the sweetest…”

Suatu hari di bulan Ramadhan itu… Keinginan untuk berpipa ini datangnya tidak dijangka. Ia boleh jadi diajak rakan-rakan, boleh juga kerana kagum melihat watak filem bergaya mengenakan pipa. Juga mungkin, terlihat pergerakan aktiviti berpipa di Facebook atau internet. Permulaan saya agak berlainan; seronok tetapi merasa ketinggalan apabila berpeleseran minum-minum teh tanpa pipa di mulut bersama pakcik-pakcik geng “pencen” yang masing2 mengelumit pipa sambil bercerita tentang … Continue reading Anekdot Perpipaan #3 : “…first smoke is the sweetest…”

Dunhill – “Titik Putih” yang Unggul

Kalau Castello dikenali sebagai pipa yang memiliki status kultus – tidak mudah diperolehi di pasaran tetapi menjadi ikutan dan pujaan ramai peminatnya – Dunhill pula adalah sedikit lain. Pendekatan Dunhill lebih kepada “mass appeal”, penjenamaan dan imej premium, sesuai dengan tagline mereka “gaya, mutu, keunggulan”. Memulakan perniagaan pada awal 1900, Alfred Dunhill mengubah haluan dari industri pemotoran ke tobacconist dan pembuatan pipa. Kebetulan juga pada … Continue reading Dunhill – “Titik Putih” yang Unggul

Siri “Berdamping Dengan Blends” – Aromatik

Banyak jenis blend aromatik yang dapat dilihat oleh seseorang pemipa di sepanjang perjalanan hidup berpipanya. Bayangkan ianya bagaikan dadih, keenakannya boleh dinikmati dengan bermacam-macam jenis perisa. Blend aromatik biasanya memiliki komposisi asas virginia, dibantu oleh burley dan black cavendish. Tidak perlu kita ulas lagi akan peranan asas virginia, tetapi burley adalah komponen terpenting dek kerana kadar serapan perisanya yang baik. Tembakau burley inilah, walaupun masih … Continue reading Siri “Berdamping Dengan Blends” – Aromatik