Pipetune Tuesday : Guns n’ Roses + Peterson Irish Oak

Guns n’ Roses hadir dan menguasai scene muzik rock sejak dari pertengahan 80-an. Adunan lagu-lagu rock yang “catchy” dan ballad-ballad hebat menaikkan band dari Los Angeles, USA ini ke persada antarabangsa. Bermula dengan persembahan di kelab-kelab hinggalah ke konsert-konsert mega, Gn’R sememangnya memberi impak yang besar dalam arena “hard rock” dunia.

image

Populariti mereka sememangnya besar dan pengaruh yang dibawa ke dunia rock adalah sangat mengesankan. Ini ditambah dengan “stage persona” lead singer mereka, Axl Rose dan petikan gitar “signature” Slash yang sangat “iconic” dengan gitar Les Paulnya.

Album “Live Era ’87 – ’93” ini menampilkan lagu-lagu hits mereka pada zaman tersebut. 22 trek di dalam 2 CD yang sangat “raw” dan dimainkan dengan tempo yang lebih tinggi terutamanya dalam trek-trek yang agak “rockier” seperti “It’s So Easy”, “You Could Be Mine” dan “Estranged”. Walaupun mereka lebih terkenal dengan “balllad-ballad” yang popular seperti “November Rain” dan “Don’t Cry”, saya lebih menyukai beberapa “number” yang agak “obscured” seperti “Mrs Brownstone” dan “Since I Don’t Have You”. Dan harus saya akui yang Guns n’ Roses dua kali lebih hebat apabila mereka bermain secara “live”!

image

Dan apakah lagi baccy yang mampu mengiringi band rock legenda ini selain dari persembahan “tangy” virginia disulami kepedasan dan “pungent-spiciness” acadian perique? Ya, blend va/per dari Peterson iaitu Irish Oak adalah pilihan yang baik untuk kita “rock on”!

Menampilkan adunan daun “bright leaves” virginia dan acadian perique, satu “bowlful” dari blend va/per ini mengiringi trek demi trek persembahan “live” Gn’R, memberikan kesegaran palate dan membawa kita ke “grandstand”, melihat Slash dengan sangat “cool” memetik “lead-lead” identik dari Les Paul kegemarannya, diiringi tarian bertenaga dari Axl Rose.

Tangy + bright + spicy + rocky. Satu kombinasi yang terbaik!

pack ’em, light ’em, make smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s