Siri “Berdamping Dengan Blends” – Aromatik

Banyak jenis blend aromatik yang dapat dilihat oleh seseorang pemipa di sepanjang perjalanan hidup berpipanya. Bayangkan ianya bagaikan dadih, keenakannya boleh dinikmati dengan bermacam-macam jenis perisa.

image

Blend aromatik biasanya memiliki komposisi asas virginia, dibantu oleh burley dan black cavendish. Tidak perlu kita ulas lagi akan peranan asas virginia, tetapi burley adalah komponen terpenting dek kerana kadar serapan perisanya yang baik. Tembakau burley inilah, walaupun masih memzahirkan rasa “nuttiness”nya, menyerap “casing” dan “dressing” dengan baik. Black cavendish pula dapat membantu memaniskan blend, dan walaupun terkadang tidak digunakan di dalam sesetengah blend aromatik, kehadirannya dapat membantu dan menyeronokkan.

Bercakap tentang “casing” dan “dressing” ini, mungkin kita boleh ulas secara ringkas. Kebanyakan tembakau aromatik memerlukan “casing” dari bahan-bahan tertentu seperti gula dan molasses, kerana ia membantu dalam penghasilan flavor yang baik bagi tembakau-tembakau asas seperti virginia dan burley. “Dressing” pula merujuk pada sentuhan akhir blend-blend aromatik, iaitu proses penambahan perisa-perisa yang ditujukan untuk blend-blend sebegini, seperti vanilla, cokelat, beri, buah-buahan dan lain-lain. “Dressing” juga membantu dalam penghasilan “room note” dan “tin note” yang baik.

Seringkali dikatakan, pemipa pemula selalunya bermula dengan blend aromatik. Ini ternyata berasas kerana saya sendiri pun mengalami nasib yang serupa. Kita bagaikan kanak-kanak di kedai permainan, mata terkebil-kebil, hati berdebar-debar dan jantung bergoncang melihat susunan tin-tin baccy aromatik yang menarik,  berwarna-warni dan bermotifkan gambar-gambar yang memikat hati.

image

Kegilaan terhadap baccy aromatik juga selalunya akan semakin bertambah, terutamanya apabila pemipa mula mengenal blend-blend edisi khas atau “limited edition” yang selalunya dikeluarkan oleh jenama-jenama terkenal; antaranya siri Peterson Summertime, edisi tahunan Kolhase & Kopp, McClelland Holiday Spirit saban tahun, W.O Larsen dan Samuel Gawith. Masing-masing mempamirkan persembahan tin yang memikat, flavor-flavor terbaru dan kesemuanya hanya dikeluarkan dalam jumlah yang terhad.

Namun sayang sekali kerana terkadang blend-blend aromatik disalah-ertikan. “Tounge bite” selalu dikaitkan dengan blend-blend ini dan walaupun ini adalah benar, ia hanya kerap berlaku dengan blend-blend yang dressingnya terlalu banyak sehingga ia menjadi terlalu lembap. Dengan sedikit kesabaran dan pengetahuan untuk “prepping”, ditambah dengan “controlled puffing”, tounge bite akan dapat dielakkan. Harus diingat, casing dan dressing adalah dicipta untuk pemipa menikmati sesi perpipaan aromatik dengan baik, dan pengetahuan anda tentang teknik-teknik di atas menentukan yang anda sedang menikmati “Holiday” dari Devil’s Holiday, bukan sebaliknya.

Kerana itu lah saya berani mengatakan yang blend aromatik semestinya mampu memukau terutamanya apabila rasa atau flavor yang diwar-warkan dapat kita nikmati sewaktu berpipa. Beberapa blend yang biasa saya nikmati seperti contoh Winslow Harlekin, DTM Devil’s Holiday, Rattray’s High Society, Peterson Connoisseur’s Choice, Kolhase & Kopp Pipedose 66 dan Planta Burberry mampu memberikan flavor dengan baik di mana kita dapat mengalami not-not flavor yang diura-urakan. Tentulah bagi saya, blend-blend aromatik sepatutnya memberikan kita rasa sebagaimana flavor yang di dressing kan dan ini adalah ciri penting blend sebegini.

image

Satu kelebihan blend aromatik adalah ianya adalah blend yang baik untuk sosialisasi. Aroma bilik dari pembakarannya mungkin tidak seharum wap dari vape, tetapi ianya jauh lebih baik berbanding blend-blend English, Scottish atau Balkan. Ada kalanya kita mahu berpipa di hotel lounge, kelab-kelab ekslusif, di bilik meeting mahupun di rumah mertua dan ipar-duai, maka blend aromatik adalah lebih mesra aromanya kepada mereka yang berada di persekitaran kita, terutamanya yang bukan pengguna tembakau.

Haruslah saya akui, sebagai seorang pemipa yang cenderung ke arena English / Balkan, blend aromatik bukanlah blend harian saya. Akan tetapi, blend-blend inilah yang akan saya isikan ke dalam bowl pipa saya setiap Jumaat atau Sabtu malam, mencari suatu situasi di mana lidah dan palate ini boleh rehat dari rutin Latakia dan Oriental harian. Inilah yang dinamakan “change of pace”, sebagaimana kalau kita hari-hari makan nasi, sesekali apa salahnya menikmati pasta, steak, tandoori mahupun kueh teow kungfu?

Apa pun, blend aromatik lah yang membawa saya ke alam perpipaan dan keseronokan menikmati sesuatu blend dengan perisa yang jelas dan sedap adalah tidak ternilai. Peranan blend ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pemipa yang sudah “matured” mengelumit Latakia, Kentucky atau Smyrna, tetapi aromatik tetap akan mendapat tempat di hati pemipa seperti saya, walaupun dalam rotasi yang tidak kerap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s