Seleksi Petang di Ipoh

Petang semalam yang mendung seakan mahu hujan secara tiba-tiba menjadi cerah. Mau tidaknya, dua seleksi baccy dari Hearth & Home akhirnya dibawa pulang! Dua blend dari “The Marquee Series” ini merupakan kesinambungan blend pemenang anugerah The Black House yang dikatakan paling hampir dengan lagenda Balkan Sobranie. Russ Oulette sememangnya seorang master blender yang genius, dimana permainan latakianya lebih menjurus kearah experimental dan go-to approach: beliau … Continue reading Seleksi Petang di Ipoh

Ulasan Baccy : Rattray’s High Society

Di awal zaman perpipaan, kecenderungan untuk mencuba pelbagai blend aromatik adalah sangat normal. Seperti kebanyakan pemipa lain yang bermula dari perokok, saya cuba untuk mencari blend yang bukan sahaja dapat memberian perisa dan flavor aromatik, tetapi juga mampu memberikan sedikit kepuasan ala merokok. Dalam mencuba beberapa blend aromatik ketika itu, saya terpanggil untuk mencuba Rattrays High Society ini. Melihat kepada komposisi blend ini kita seakan … Continue reading Ulasan Baccy : Rattray’s High Society

Perihal Pipa Bulldog & Hala Tujunya

Hmm…bila kita berbicara tentang pipa bulldog ini, masa terasa seakan singkat. Sudah menjadi tabiat manusia yg sukakan kepada keindahan, kita sebagai pipester tidak sama sekali terkecuali dari ini. Dalam dilema dunia perpipaan yang semakin menarik dan penuh warna ini, mengambil preferensi adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Mengenai topik kita, pipa berbentuk bulldog, shape ini agak distinctive dan kemas berbanding kebanyakan pipe shapes yang … Continue reading Perihal Pipa Bulldog & Hala Tujunya

Dunhill Blends: Dual-Revival di 2015

Menyaksikan blend-blend baru dari marquee terkenal Dunhill sememangnya sangat mengujakan. Sejak berpipa, saya hanya menyaksikan kedatangan Elizabethan Mixture, Durbar dan Aperitif yang melengkapkan barisan blend-blend Dunhill terdahulu seperti Nightcap, My Mixture 965, Early Morning Pipe, Standard Mixture Mellow, Royal Yatch dan lain-lain. Saya akui, keasyikan saya dengan My Mixture 965 & Nightcap (bukankah kita semua pun begitu?) menyebabkan saya tiada masa untuk blend-blend Dunhill yang … Continue reading Dunhill Blends: Dual-Revival di 2015

Ulasan Baccy : Peterson Irish Flake

Salah satu faktor kenapa baccy-baccy keluaran Peterson digemari ramai adalah kerana ianya mudah untuk diperolehi. Boleh dikatakan dengan keadaan sedia adanya, ditambah dengan harganya yang berpatutan, Peterson seringkali menjadi pilihan pemipa-pemipa baru. Walaupun begitu, Irish Flake bukanlah dicipta untuk pemipa newbies. Blend ini mengenengahkan rasa yang agak keras dan full bodied, suatu yang jarang digemari oleh pemipa baru yang biasanya lebih cenderung ke arah aromatik. … Continue reading Ulasan Baccy : Peterson Irish Flake

Kentucky Masterclass: Apabila Nikotin Diperlukan

Tembakau Kentucky mendapat jolokan nama kerana ciri-ciri kedaerahan: peratusan besar pengeluarannya adalah di daerah Kentucky, US. Walaupun di negara kita Kentucky hanya terkenal dengan ayam gorengnya, daerah itu sendiri sebenarnya merupakan sebuah negeri yang memang subur dimana sejenis rumpai bernama bluegrass hidup meluas di serata tempat. Disebalik itu, negeri yang turut terkenal dengan pembruan bourbon dan lumba kuda ini juga dikagumi dengan hasil tembakaunya. Memiliki … Continue reading Kentucky Masterclass: Apabila Nikotin Diperlukan