Senario dunia perpipaan di Malaysia ini boleh dikatakan agak tersepit oleh prejudis. Tidak ramai yang mahu mengulit pipa di khalayak ramai (yes, pipesters are rare breed here), pilihan tembakau yang agak terhad, mixture dan blends pun seleksinya tidak begitu meluas, kedai tembakau pun hanya beberapa buah sahaja, tobacconist (penjual tembakau yang ahli tentang tembakau ) bagaikan tidak wujud di sini, pilihan pipa pun agak terhad dan cukai untuk pipa & bahan berkaitan pipa adalah amat tinggi!
Walaupun negara-negara lain di dunia ini pun memiliki limitasi-limitasi yang sedemikian tapi pilihan produk yg banyak dan kemunculan tobacconist-tobacconist yang sangat enthusiastic memberikan suatu harapan baru untuk pipesters-pipesters di sana. Mungkin sebab mereka lebih meminati sejarah berbanding kita, justeru itu mereka lebih sedar akan kebaikan berpipa dimana banyak tokoh-tokoh politik, sains dan sasterawan pun setuju dengan perkara itu.
Antara yang boleh dipetik, “Saya percaya yang berpipa memberi ketenangan dan membantu dalam membuat keputusan objektif di dalam hal-hal kemanusiaan” – Albert Einstein, 1950.
Perkara paling utama sekali yang kita perlu ingat ialah berpipa tidak sama dgn merokok. Cara pipa dinikmati adalah dengan sedutan tanpa inhale ke dalam paru-paru. Jadi di sini deria rasa yang aktif hanyalah lidah, palate dan deria bau. Sudah pasti ramai akan bertanya “Puas ke macam tu?” Secara logiknya, memang seorang perokok yg baru menceburi pipa akan tidak merasa puas, tapi dengan latihan dan kebiasaan, lama-kelamaan dia akan terbiasa dan “inhale sifar” akan terlaksana. Matlamat utama untuk menikmati tembakau dan mengurangkan risiko nya pasti tercapai.
Untuk mencapai matlamat ini, kita haruslah menjadi pipester yang bijak.
Mengetahui dan mendalami perihal tembakau akan membantu kita dalam memahami kenapa kita perlukan tembakau. Juga ia akan membantu kita memahami bahawa berpipa ini bukanlah suatu tabiat tetapi ianya adalah suatu trend yang baik dan membina sifat kendiri yang kental. Seterusnya, ilmu berpipa inilah yg akan membawa kita dari alam monokrom pipa yakni sekadar mengulit pipa dan menghembus baccy yang 99% asapnya sentiasa berwarna putih, ke suatu dimensi perpipaan yang lebih dinamik, penuh warna, gaya dan elegan.
Selamat datang ke dunia perpipaan!