Mengenal dedaunan tembakau ini adalah suatu perkara asas bagi tobacconist dan blender tembakau. Tetapi bagaimana pula dengan kita pemipa? Perlukah kita ambil tahu? Sebenarnya banyak kelebihan jika kita sebagai pemipa mengetahui akan baccy yang kita gunakan. Memahami sifat-sifat baccy adalah kritikal jika ekspektasi kepuasan berpipa kita adalah tinggi. Selain itu, ia boleh dijadikan pedoman untuk strategi penyimpanan baccy (cellaring) kelak. Mari kita lihat variasinya dengan lebih dekat lagi:
Virginia: Virginia memiliki kadar lembapan mineral yg tinggi jadi flavor yg terhasil adalah agak manis dengan badan tembakau yang jelas dan sedikit tajam. Penanamannya diusahakan secara meluas, jadi ianya sangat popular dan selalu digunakan sebagai bahan asas atau tunjang utama kepada kebanyakan blend-blend tembakau. Virginia selalunya melalui proses air-curing atau sun-cured (di jemur). Tanah memainkan peranan yg penting dlm kultivasi virginia jadi kepelbagaian flavor juga dipengaruhi oleh faktor itu. Penggemar virginia pastinya dapat membezakan rasa antara bright leaves, old belt dan middle belt – antara lokalisasi kepelbagaian Virginia secara umumnya.
Burley:
Juga digunakan secara meluas, burley menjadi pilihan sebagai bahan utama aromatic blends, kerana kemampuan nya untuk menyerap flavor adalah tinggi. Jika digunakan sebagai blend yang tersendiri, ia terkenal dengan flavor rasa “nuttiness” yang semacam “creamy”, dengan kadar nikotin yang agak sederhana tinggi. Burley tidak memiliki kadar gula yang tinggi, namun ia mampu menaikkan sesetengah blend dengan baik, hasil dari rasa nuttiness tadi dan juga full-bodied taste yang dimilikinya. Terdiri dari dua variasi, iaitu “white burley” & “red burley”.
Kentucky: Sebenarnya Kentucky tidak boleh dikategorikan sebagai suatu jenis tembakau yang tersendiri, kerana ia sebenarnya merupakan dedaun burley yang melalui proses fire-curing. Namanya muncul kerana proses pembuatannya selalu dilakukan di daerah Kentucky. Proses ini menghasilkan tembakau yg berwarna gelap dan mempunyai kadar nikotin yg agak tinggi. Mungkin sebab itu, ia jarang muncul di dlm blend-blend di pasaran tetapi jika anda memerlukan tembakau yg mampu untuk memberikan anda “drousie feeling” dan lebih kepuasan, kentucky adalah pilihan yang terbaik.
Cavendish: Tiada tembakau yang bernama “cavendish”. Sebenarnya ia adalah proses penapaian daun virginia atau burley (kebiasaannya Virginia, kerana kadar gulanya yang ringgi) dan bahan berasaskan gula ringkas seperti molasses atau liquorice, dan kemudian ditambah casing syrup / gula. Boleh dikatakan ianya seperti menyediakan tembakau melalui proses “honeydew” dan kemudian memberikannya casing lagi. Ia kemudian diperam & dipotong sebagai flakes. Natural cavendish ini jika ditoasted ianya akan bertukar menjadi kehitaman, yang secara praktikalnya akan menghasilkan tembakau “black cavendish” yg rasanya lebih halus dan refined. Perbezaannya? Seperti white sugar vs brown sugar lah, masing-masing memberi kemanisan tetapi berlainan sedikit rasa antara keduanya. Banyak juga blending house menghasilkan sendiri tembakau cavendish mereka dan boleh dikatakan setiap brand memiliki sedikit kelainan yang tersendiri, oleh kerana proses casing ini dilakukan mengikut cara dan ramuan masing-masing.
Perique: Perique agak terkenal dengan rasanya yang agak keras. Memiliki kandungan nikotin yang agak sederhana, dan selalunya dikaitkan dengan rasa “spiciness” iaitu sedikit kepedasan dengan edge yang tajam. Proses kultivasi nya adalah unik, tiada tembakau lain yang diproses seumpamanya. Hanya ditanam di beberapa tempat tertentu di daerah Louisiana, USA dan pengeluarannya agak kecil iaitu hanya 1-3% dari produksi tembakau dunia. Nisbah campuran dlm blends / mixture hanyalah sekitar 1%. Oleh kerana itu, perique adalah antara tembakau yang mencatat harga pasaran agak tinggi dan terhad kuantitinya.
Oriental: Sesuai dgn namanya, tembakau oriental banyak didapati di Eropah tengah dan negara-negara Balkan seperti Turki, Macedonia, Greece, Albania dan lain-lain. Kebanyakan tembakau oriental memiliki flavor yang agak savoury, spicy dan semacam berempah. Biasanya ia ditanam secara kecil-kecilan mengikut lokaliti masing-masing. Antara yg selalu kita dapati ialah dari jenis Izmir, Smyrna, Katerini, Drama, Xanthi, Yenidji, Sokhoum dan lain-lain. Selalu terdapat dalam Oriental / Balkan blends dan kadang-kadang turut digunakan di dalam English dan Scottish blends.
Latakia: Raja segala tembakau atau king of tobacco. Terma “latakia” sebenarnya adalah market slang yg merujuk kepada produk akhir proses. Seperti Cavendish, botanist tidak akan recognize nama ini. Sumber yg tunggal iaitu daun “shek-el-bin” yang hanya diperolehi dari Syria sahaja. Sebagai tembakau tempatan yang berdaun tirus, “shek-el-bin” dituai dan melalui proses fire-curing yang melibatkan pokok-pokok renek dan herba-herba tempatan sebagai bahan bakar, untuk menjadikannya latakia sepertimana yang kita nikmati today. Memiliki rasa smoky, barbeku-ish, leathery dan creamy, latakia digunakan secara meluas dalam English blends dan kadang2 Oriental / Balkan blends. Namun dominasi flavor yg kuat menyebabkan hanya 1%-40% nisbah campuran sahaja digunakan, dan selalunya 5% dlm majoriti English blends.
Maduro: Antara tembakau yang termahal di dunia, maduro bersifat full-bodied, berwarna coklat-kehitaman, memiliki “spiciness” tetapi tidak sama seperti perique, aromanya sangat “musky” dan kualiti pembakarannya adalah sangat baik. Ditanam di daerah Habana & Santa Clara (Cuba) & Puerto Rico, maduro biasanya hanya dituai bila ia betul-betul ranum. Ia juga hanya ditanam di tempat yg teduh & selalunya digunakan sebagai tembakau curut. Oleh kerana harganya sangat mahal, jarang sekali blend yang menggunakan maduro sebagai campuran tembakau pipa mereka, kecuali di dalam keadaan-keadaan tertentu.
Jadi, sekarang anda sudah ada sedikit idea tentang multi-variasi tembakau dan flavor tembakau serta keunikan flavor yang boleh dihasilkan melalui campuran dua atau lebih tembakau (yang akan menjadi mixture atau blends) kan? Ya, jika dilihat, profil flavor yang mampu dihasilkan adalah tiada batasan – setiap campuran dari pelbagai jenis mengikut kuantiti dan peratusan tertentu mampu memberikan rasa yang sangat berbeza.