a.k.a
“The Moral Statistician”.
Artikel dari sasterawan terkenal Mark Twain ini membincangkan akan betapa hipokritnya masyarakat dunia terhadap penggunaan tembakau, yang mengeluarkan statistik-statistik kesihatan bersifat anti-tembakau seperti kesan-kesan buruk tembakau, racun di dalam tembakau, keburukan second-hand smoke dan lain-lain lagi. Artikel ini telah disiarkan di majalah Sketches, Old and New, keluaran tahun1893.
Sila baca versi alih bahasa di bawah. Sebarang komen dipersilakan:
“Saya tidak mahu statistik anda; sebaliknya saya ingin membakar anda di dalam pipa saya. Saya benci dengan orang-orang seperti anda.
Anda sentiasa merungut tentang betapa kesihatan seorang lelaki boleh terjejas, dan berapa banyak akal beliau merosot, berapa banyak beliau telah bazirkan di sepanjang umur 92 tahun penuh kepuasan dengan amalan merokok dan lain-lain amalan yang turut bahaya seperti meminum kopi, bermain biliard, minum segelas wain di majlis makan malam, dan lain-lain.
Dan anda sentiasa memikirkan berapa ramai wanita telah dibakar hingga mati kerana mengenakan fesyen yg berbahaya seperti gegelang luas, dan lain-lain. Anda tidak pernah melihat dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara.
Anda buta kepada fakta bahawa kebanyakan orang tua di Amerika menghisap pipa dan minum kopi, yg mana kalau menurut teori anda, mereka sepatutnya telah mati muda; dan orang tua Inggeris yg sudah sekian lama minum wine dan terus hidup, dan warga tua Belanda yg sekian lama minum, merokok dan berpipa dengan bebas, tetapi semakin tua dan gemuk sepanjang masa. Dan anda tidak pernah cuba untuk memahami berapa banyak keselesaan, kesantaian, kelegaan (anti-stress), dan keseronokan yg seorang lelaki dapat dari merokok dan berpipa sepanjang perjalanan hidupnya (yang bernilai sepuluh kali ganda atau mungkin lebih dari wang yg dibelanjakannya), atau agregat tentang kebahagiaan yang anda tidak mampu alami kerana anda tidak merokok dan berpipa.
Sudah tentu anda boleh menjimatkan sedikit wang anda dengan menafikan diri anda dari semua kesenangan ini: tetapi apa yang anda boleh lakukan dengan wang itu? Apakah penggunaan yang berbaloi untuk menggantikan keselesaan & nikmat ini?
Duit tidak boleh menyelamatkan jiwa kecil anda. Semua penggunaan wang yang boleh dihukum adalah untuk membeli keselesaan dan keseronokan dalam hidup ini. Oleh itu, ketika anda berlagak sebagai seorang musuh untuk hiburan dan keselesaan kecil, apakah matlamat penggunaan wang terkumpul anda (jika anda tidak bazirkan tunai kecil itu untuk rokok dan pipa)? Adakah anda akan mengatakan bahawa anda boleh menggunakannya untuk tujuan yang lebih baik dalam bentuk bantuan amal atau berbuat kebajikan, kerana anda menyangka bahawa anda ini orang yang tidak pernah membuat salah? Sebenarnya anda tidak pernah memberikan satu sen pun, dan tidak pula anda berkhidmat di dalam aktiviti kemasyarakatan untuk membantu mereka yang sentiasa lemah dan lapar.
Dan anda tidak berani ketawa di siang hari kerana takut kepada orang miskin, kerana takut mereka cuba untuk meminjam duit anda, dan walaupun di gereja anda sentiasa sujud, dengan telinga anda dibenamkan di kusyen, namun apabila permohonan untuk sumbangan datang, anda tidak pula memberikan pegawai-pegawai nya akan maklumat penuh pendapatan anda.
Sekarang anda tahu semua perkara tentang diri anda, bukan? Sangat baik, maka, apakah tujuan anda untuk begitu berkira dengan kehidupan dunia yang pendek ini sedangkan usia tua anda pastinya kurus dan layu?
Apakah penggunaan sebahagian kecil wang simpanan anda untuk aktiviti-aktiviti riadah sebegini benar-benar tidak berguna kepada anda? Pendek kata, mengapa tidak anda pergi di suatu tempat dan mati, dan tidak sentiasa cuba untuk mengajak orang menjadi hipokrit dan membosankan sebagaimana anda sendiri, dengan “Statistik Moral” anda yg keji ini ?
Sekarang, saya tidak bersetuju dengan idea anda, yang walaupun nampak bermoral, tetapi saya tidak mempunyai sedikit pun keyakinan terhadap seorang lelaki yang tidak pernah membuat sebarang kesalahan kecil pun sepanjang hidupnya.
Oleh itu, saya tidak mahu mendengar daripada anda lagi. Saya rasa anda adalah lelaki yang sama yang saya membacakan syarahan panjang pada minggu lalu yang membincangkan keburukan daripada menghisap cerut, tetapi kemudian datang kembali semasa saya tiada, dengan sarung tangan kalis api (untuk menghisap cerut) pada anda, dan dengan selambanya menghembus asap di luar salon indah saya (hipokrit yang sangat jelas).”