Anekdot Perpipaan # 5 : A Lovat to Love-At

Kita semua tahu kan, akan perihal lovat? Lovat, bagi saya, is like a “love at the first sight”. Dengan bentuk asas billiard, bowl billiard, shank bulat dan saddle stem, ia adalah satu variasi billiard yang agak menarik. Menarik sekali untuk kita sedari yang efek itu dimagnifikasikan oleh saddle stem yang sangat kecil – kejutan kontras yang membakar api kecil di dalam sanubari kita, bak api … Continue reading Anekdot Perpipaan # 5 : A Lovat to Love-At

Apabila Rokok & Pipa Bersama-Sama Semeja….(extended play for Apabila Rokok Mulai Menghampiri Pipa…)

Kitaran hidup abad ke 21 ini semakin memerlukan komitmen masa – sebuah sumber yang tidak boleh diperbaharui lagi (kecuali anda memiliki mesin masa, atau anda di alam jin – dikatakan alam manusia ini seperti babak gerak perlahan bagi mereka). Kerana itulah rokok cepat mendapat tempat di hati pengguna tembakau sedunia. Kemajuan industri pembuatan pada abad ke 20 memberikan jawapan kepada desakan hidup “working class” yang … Continue reading Apabila Rokok & Pipa Bersama-Sama Semeja….(extended play for Apabila Rokok Mulai Menghampiri Pipa…)

Apabila Rokok Mulai Menghampiri Pipa…

Rata-rata kita pemipa bermula dengan rokok. Ada yang sudah berjaya 100% bertukar kepada pipa (tahniah kepada mereka), ada yang masih 50-50 (godspeed kepada mereka) dan ada juga yang balik pula kepada rokok atau sebaliknya bertukar kepada vape. Walau di tebing mana pun anda, perkara pokoknya kita semua sedia maklum akan perihal rokok; betapa banalnya tabiat itu, dan hanya berlandaskan kepada keperluan nikotin semata. Seperti yang … Continue reading Apabila Rokok Mulai Menghampiri Pipa…

“per aspera ad astra” – extended version for “The Pesaro School” – Jawapan Italianesque Terhadap Dunia Freehand.

​ Sementelahan kita di dalam minggu Pesaro ini saya suka sekali untuk mengenengahkan motto yang telah menjadi tatanama tetap buat aspirasi perpipaan Italy ini. Membawa maksud “merentasi rintangan dan ke bintang”, ia adalah juga satu manifestasi artisan yang sangat beraspirasi. Tentunya, banyak rintangan dan cabaran di dalam dunia perpipaan secara amnya dan di dunia pipemaking secara khususnya, dan ia memerlukan seseorang pipemaker untuk memiliki jiwa … Continue reading “per aspera ad astra” – extended version for “The Pesaro School” – Jawapan Italianesque Terhadap Dunia Freehand.

“The Pesaro School” – Jawapan Italianesque Terhadap Dunia Freehand

Dunia pembuatan pipa ini boleh kita kategorikan mengikut bangsa. Yang menyukai bentuk-bentuk tradisional yang maskulin dan “sharp” akan meminati pipa-pipa keluaran English dan Italy, manakala yang meminati bentuk-bentuk freehand yang unik dan kreatif pula akan lebih terarah kepada artisan-artisan dari negara-negara Scandinavia terutamanya Denmark. Bagaimana pula bagi mereka yang meminati kedua-dua konsep tradisional dan freehand ini, adakah ruang untuk mereka memiliki sebuah pipa yang mampu … Continue reading “The Pesaro School” – Jawapan Italianesque Terhadap Dunia Freehand

McClelland Grand Oriental Series : Satu Pengenalan Khusus Terhadap Variasi Daunan Oriental

Daunan oriental sememangnya sangat asing, terpencil, bersifat misteri, penuh dengan mitos dan tradisi tempatan yang sangat mengujakan saya. Sebagai manusia biasa, kita agak terpukul dengan sedikitnya maklumat dan pengetahuan am sedunia disebalik kepelbagaian rasa dan dinamik flavor yang terhasil dari daunan yang tumbuh di serata pelusuk Eropah Timur ini. Negara-negara di bahagian ini tidaklah menjadi tumpuan pelancongan yang popular (selain Turki dan Greece) dan hal … Continue reading McClelland Grand Oriental Series : Satu Pengenalan Khusus Terhadap Variasi Daunan Oriental

Hubungan Astral Pemipa dengan Pipanya

Mulanya kita mengenal pipa sebagai satu konduit untuk pemipa menikmati tembakau. Kemudian kita sedar yang pipa adalah “men’s greatest companion” – satu “accolade” yang boleh dikatakan sangat besar untuk dianugerahkan kepada sesuatu benda yang tidak bernyawa. Tidak lama kemudian, si pemipa budiman mulai secara perlahan-lahan sedar akan wujudnya hubungan astral antara beliau dan pipanya… Bagi kebanyakan kita pemipa, pipa adalah satu kelengkapan yang agak peribadi. … Continue reading Hubungan Astral Pemipa dengan Pipanya

Sugar Crystal Rising : si Flake Coklat yang “Naik Gula”

Sememangnya impian semua pemipa untuk memiliki “cellar” yang lengkap dengan rak-rak yang tersimpan jauh dari cahaya matahari dan kepanasan. Di atas rak itu pula, ideal sekali untuk memiliki balang-balang kaca kedap udara yang berisi baccy-baccy, penuh hingga ke penutupnya. Semuanya bersedia untuk “doomsday”, atau paling tidak untuk suatu masa dimana baccy X dan baccy Y sudah lagi tidak diproduksikan, dimana cellar anda ini mampu memberikan … Continue reading Sugar Crystal Rising : si Flake Coklat yang “Naik Gula”

“Sa-malam Di Sepang”: Bermulanya Era “Carnaval” Pemipa Kita?

Tiga hari berlalu sudah, satu kisah yang mendukung citra para pemipa Malaysia. Selangor Pipers (atau lebih dikenali dengan nama SelPi) telah menganjurkan satu temu-pipa yang melangkaui jangkaan semua – kerana asalnya ia bukanlah berskala mega – tetapi dengan kehadiran pemipa seantero negara seramai lebih kurang 130 orang, ianya bukanlah satu perjumpaan kecil-kecilan. Melihat sejenak kepada propaganda yang terhasil melalui poster “Sa-malam di Sepang” ini, ia … Continue reading “Sa-malam Di Sepang”: Bermulanya Era “Carnaval” Pemipa Kita?

Pentingnya “Nomenclature” Kepada Sesebuah Pipa

Di dalam dunia di mana nilai-nilai konsumerisma semakin jatuh dek kerana pertambahan jumlah permintaan memaksa kepada pengeluaran berasaskan volume, ekonomi berskala besar yang tidak meletakkan kepentingan kepada kualiti pengeluaran, dan kita pengguna tersepit di dalam lambakan produk dengan kualiti yang “sub-par”. Sedemikian itu, kita sebagai pemipa berilmu haruslah tahu bagaimana untuk mengenalpasti kualiti pipa kita. Di sinilah terletaknya kepentingan nomenclature. Terma “nomenclature” untuk pipa merujuk … Continue reading Pentingnya “Nomenclature” Kepada Sesebuah Pipa