“The Pesaro School” – Jawapan Italianesque Terhadap Dunia Freehand

on

Dunia pembuatan pipa ini boleh kita kategorikan mengikut bangsa. Yang menyukai bentuk-bentuk tradisional yang maskulin dan “sharp” akan meminati pipa-pipa keluaran English dan Italy, manakala yang meminati bentuk-bentuk freehand yang unik dan kreatif pula akan lebih terarah kepada artisan-artisan dari negara-negara Scandinavia terutamanya Denmark.

Bagaimana pula bagi mereka yang meminati kedua-dua konsep tradisional dan freehand ini, adakah ruang untuk mereka memiliki sebuah pipa yang mampu menerapkan kedua-dua aspek tersebut? Jawapannya adalah = the Pesaro School!

image
Giancarlo Guidi, maestro di belakang Ser Jacopo dan Mastro de Paja, dikatakan adalah pengasas kepada "Pesaro School" ini

Sebetulnya pembuatan pipa Italy adalah terbahagi kepada dua lokaliti kedaerahan yang memiliki gaya masing-masing yang tersendiri : konsep tradisional dari Milan / Como (Castello, Radice, Savinelli) dan konsep “freehand” dari Pesaro (Ser Jacopo, Mastro de Paja, Il Ceppo, L’anatra).

Sekitar tahun 60an, beberapa pipemaker muda Pesaro telah memulakan Mastro de Paja, yang menjadi jenama awal yang sangat dominan di bahagian selatan Itali ini. Dari situ kemudiannya seorang pipemaker genius bernama Giancarlo Guidi telah keluar dan memulakan pembuatan pipa-pipa dengan jenama Ser Jacopo, yang menerapkan pendekatan tradisional tetapi dipengaruhi dengan sedikit “twang” dari konsep freehand yang dipelopori oleh pembuatan pipa Denmark. Sejak dari hari itu, Pesaro School tidak menoleh ke belakang lagi.

image
pipa-pipa klasik Mastro de Paja yang menampilkan sentuhan awal "Pesaro School" sebelum Gian memulakan Ser Jacopo (gambar ihsan Tuan Sharibi Akimolo)

Pipa-pipa yang terhasil dari Pesaro School ini walaupun masih memiliki bentuk-bentuk tradisional yang ketara, sedikit olahan dan kelonggaran dimensi diberikan oleh pipemakers dan alunan garis-garis yang seksi dan moden ini dapat dikesan pada bentuk-bentuk tradisional seperti billiard, dublin, lovat, bulldog, cutty dan lain-lain. Ia seumpama kereta Ferrari – tidaklah terlalu futuristik seperti Lamborghini tetapi tidak juga “elegan” seperti Bentley atau se”classic” design-design Rolls Royce.

Giancarlo Guidi telah menerapkan konsep freehand ke dalam pipa-pipa keluaran Ser Jacopo, dan memaksimumkan penggunaan mounting-mounting perak dan lain-lain bahan. Dengan keutamaan briar-briar terawat Corsica, ditambah dengan konsep open airflow yang tidak asing dengan kejuruteraan pipa Italy, Gian cuba untuk menambahkan lagi dimensi pembuatan pipa jadi tidak hairanlah yang Pesaro School semakin mendapat tempat di hati pemipa dan pipemakers. Siri “Delecta” memberi gambaran yang jelas akan misi dan visi pipemaker berbakat ini.

image
lihat sahaja pada spigot dan ferrule perak dari pipa Ser Jacopo ini, di mana ia memberikan "accentuating" yang sangat baik kepada keseluruhan bentuk pipa (gambar ihsan Cikgu Wan Wan)

Pendekatan Gian yang memberikan definisi yang agak longgar kepada bentuk-bentuk pipa tradisi ini memberikan satu ruang kreativiti yang menarik, membuatkan pipemaker-pipemaker di bawah kelolaan Gian mampu berfikir di luar kotak dan berkarya sebaik mungkin. Juga kita tidak boleh menolak faktor penerimaan yang baik dek kerana masa yang sesuai, di mana kejayaan “freehand” Danish pada ketika itu memungkinkan pemipa-pemipa untuk mencuba pendekatan-pendekatan baru dalam pembuatan pipa. Bagi saya, inilah punca kejayaan “Pesaro School” sehinggakan ia dianggap sebagai satu lagi revolusi perpipaan Italy selepas Carlo Scotti menempa kejayaan tersendiri melalui Castello.

Kejayaan “Pesaro School” ini kekal walaupun selepas sesetengah pipemaker meninggalkan Ser Jacopo dan meneruskan kareer mereka mengikut haluan sendiri. Gaya pembuatan pipa “Pesaro School” terserlah bukan setakat pada karya-karya L’anatra dan Don Carlos sahaja, malah turut dikesan dalam pembuatan sesetengah pipa-pipa lain, seperti Savinelli contohnya, yang berpusat di Milan.

image
siri "Picta" meneroka obsesi karya seni Van Gogh - di mana keterampilan seni pastinya satu cabang yang menarik untuk dasar eksperimentasi "Pesaro School"

Ini ditambahkan lagi dengan kecenderungan Gian terhadap artis-artis seperti Van Gogh yang diabadikan dalam siri-siri pipa “Picta” keluarannya. Sememangnya Gian sendiri adalah seorang peminat seni, dan ini jelas mempengaruhi gaya dan konsep pembuatan pipanya. Selain itu, Gian juga sangat suka bereksperimentasi dengan design dan teknologi-teknologi baru untuk pembuatan pipa. Kita akan pergi lebih mendalam berkenaan siri-siri ini di dalam artikel khusus untuk Ser Jacopo nanti.

Beberapa nama besar seperti Bruto Sordini (sekarang pemilik Don Carlos Pipes), keluarga Rinaldo (sekarang mengoperasikan sendiri syarikat keluarga mereka – Rinaldo Pipes) dan dua pipemaker L’anatra Massimo Palazzi & Andrea Pascucci adalah antara pipemaker yang pernah mengukir nama di Ser Jacopo. Bermula dengan teknik-teknik pipemaking ajaran Gian, sentuhan Pesaro pada pipa-pipa mereka sekarang adalah sangat jelas dan menarik.

image
dengan bowl Dublin berkapasiti Pot, ditambah pula dengan shank segiempat dan stem saddle "slightly bent", ia adalah bentuk prototaip yang melambangkan semangat eksperimentasi Pesaro

Oleh itu jelas dan terbuktilah, sedikit kreativiti yang asalnya hanya mahu bercambah dari kepompong bentuk-bentuk pipa tradisi akhirnya menjadi satu gerakan pembuatan pipa yang mengukir tempat dalam sejarah perpipaan dunia. Gian ternyata berjaya menaikkan Pesaro di mata dunia. Walaupun beliau telah tiada, tinggalan kreativitinya terus menjadi ikutan dan aspirasi para pemipa sedunia.

.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s