Kabut Asap dan Signifikasinya pada Dunia Perpipaan & Persaudaraan Tembakau

​ Masih di dalam mood “smoky rendition”, dikelilingi kabut asap pipa sendiri atau dari rakan-rakan pemipa di sekeliling kita, semuanya menghasilkan  perkara yang sama. Sama ada di dalam wangian aromatik yang berbondong-bondong, “grassy & toasty” dari full virginia yang menyebabkan kita sedikit lapar dan mahu meng”order” pai sherperd itu, atau di dalam kepekatan bau latakia yang membuatkan makcik meja sebelah beristigfar dan menangisi kita yang … Continue reading Kabut Asap dan Signifikasinya pada Dunia Perpipaan & Persaudaraan Tembakau

“Ghosting” part deux – Cara-Cara Menghapuskan Hantu di Dalam Pipa Anda

​Sementelahan kita bercerita mengenai “ghosting” tempohari, ramai juga yang bertanyakan saya tentang “exorcism”. Terus terang saya katakan yang saya bukanlah “shaman” atau bomoh yang mampu menghapuskan hantu begitu sahaja. Namun, hidup di alam Melayu ini kita dibekalkan dengan petua dan amalan-amalan tertentu, yang boleh saya kongsikan di sini. Tiada pemipa yang mahu melayan “ghosting” pemipa lain. Namun, jika “go-to baccy” pemipa tersebut sama dengan rasa … Continue reading “Ghosting” part deux – Cara-Cara Menghapuskan Hantu di Dalam Pipa Anda

Ulangtahun Artikel ke-100 : we are centennial!

​ Secara amnya saya agak berbesar hati untuk mencapai artikel ke-100 ini. Saya sentiasa beraspirasi untuk menjadi pemipa yang tidak perlulah serba tahu tetapi memadai dengan menjadi seorang yang “know his stuff”. Saya senantiasan suka untuk mengkaji apa sahaja yang saya ada, baik pipa mahupun blend-blend tembakau dan juga lain-lain perkara seperti persenjataan Melayu lama, batik, gamelan, senibina Melayu dan sebagainya. Ini adalah penting kerana … Continue reading Ulangtahun Artikel ke-100 : we are centennial!

Pipa trans Lebaran : Syawal 1437 di Tanah Serendah Sekebun Bunga

Pulang ke kampung adalah satu kebiasaan bagi masyarakat Melayu Muslim setiap tahun. Menempuh perjalanan jauh dan kesesakan trafik di sepanjang laluan adalah lumrah untuk ditempuhi. Ia adalah sangat baik sebenarnya, mengenangkan fenomena balik kampung ketika hari raya ini juga bertindak sebagai “soundcheck” untuk mereka yang sibuk bekerja di kota sepanjang tahun. Syawal tahun ini merupakan giliran saya untuk meraikan hari raya di kampung ibu dan … Continue reading Pipa trans Lebaran : Syawal 1437 di Tanah Serendah Sekebun Bunga

“Ramadhan Conjuring” : Letusan Kegembiraan Pemipa di Bulan Mulia

Sedar tak sedar, sudah hampir sebulan kita berpuasa. Hari ini adalah Jumaat Ramadan terakhir pada tahun ini dan semestinya ramai yang sudah tidak sabar untuk meraikan Aidil Fitri kelak. Kitaran hidup sewaktu berpuasa adalah agak singkat. Kita terkejar-kejar dengan aktiviti ibadah, aktiviti makan-minum dan juga aktiviti berpipa kita pada waktu malam hari yang singkat. Tambahan pula dengan Euro 2016 yang sedang berlangsung ini, menjadikan malam … Continue reading “Ramadhan Conjuring” : Letusan Kegembiraan Pemipa di Bulan Mulia

“The Peterson Quartet” : Pipa Peterson – Isu & Dilema Pemipa Peterson Alaf Baru

Agak memeningkan setelah kita melalui siri-siri dan koleksi-koleksi Peterson yang seumpama tiada hentinya tempohari. Walau bagaimanapun bagi kolektor yang beraspirasi atau yang baru mahu mula berjinak dengan Peterson, inilah peluang untuk mengenali pipa keluaran Irish ini dengan lebih dekat. Saya sendiri juga masih menelusuri denai pembelajaran Peterson dan masih banyak perkara mengenai Peterson yang agak asing bagi saya. Dalam siri akhir quartet ini, kita akan … Continue reading “The Peterson Quartet” : Pipa Peterson – Isu & Dilema Pemipa Peterson Alaf Baru

Father’s Day Special : Keinginan Kebapaan 2016

Kita menyambut Father’s Day 2016 dengan penuh kesederhanaan, yang jatuh pula di dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Tiada cigar di pagi hari dan tiada pipa pemula hari sekitar jam 8 pagi. Keinginan kebapaan tahun lalu (pipadiduniafana.wordpress.com/2015/06/20/fathers-day-special-keinginan-kebapaan/) adalah satu sirna yang semakin malap, kecuali Penzance yang akhirnya berjaya dinikmati tahun lalu (terima kasih kepada my bro Sharibi Akimolo untuk itu). Sepanjang tahun, tentunya semakin banyak … Continue reading Father’s Day Special : Keinginan Kebapaan 2016

“The Peterson Quartet” : Pipa Peterson – Siri & Pengkelasan (Komemoratif, Fiksyenal dan Koleksi)

Sudah puas kita menelusuri siri asas Peterson yakni Classic Range, Premium Range dan lain-lain, mari kita lihat pula akan siri-siri komemoratif, koleksi-koleksi dan edisi istimewa dan terhad yang selalunya hanya dikeluarkan sekali tetapi ada yang sudah pun menjadi keluaran tetap dan ada juga yang menjadi keluaran tahunan. Koleksi-Koleksi Siri koleksi Peterson adalah agak banyak dan meluas, dari pengabadian sungai ke penulis terkemuka, kemudian ia menjurus … Continue reading “The Peterson Quartet” : Pipa Peterson – Siri & Pengkelasan (Komemoratif, Fiksyenal dan Koleksi)

“The Peterson Quartet” : Pipa Peterson – Siri & Pengkelasan (Classic, System dan Premium)

Melihat kepada penawaran pipa oleh Peterson, kita seakan-akan tenggelam di lautan. Pilihan yang ada adalah tidak terkira. Siri-siri yang ditawarkan adalah sangat banyak. Boleh dikatakan, pada mula berpipa saya hanya tahu Peterson Aran, Kapet, Kapmere, Donegal Rocky, K&P, Outdoor, siri Sherlock Holmes dan beberapa lagi. Namun setelah diteliti, rupanya apa yang ada di Malaysia adalah hanya secebis dari apa yang ditawarkan oleh Peterson. Banyak lagi … Continue reading “The Peterson Quartet” : Pipa Peterson – Siri & Pengkelasan (Classic, System dan Premium)

“The Peterson Quartet” : Pipa Peterson – Sejarah dan Inovasi dari Dublin

Umumnya pemipa sedunia semua tahu dan kenal akan nama Peterson. Pipemaker dari Ireland ini telah pun berada di dalam industri perpipaan sejak dari 1865 lagi. Dengan lebih 150 tahun menyeluk pekasam di dalam bidang pembuatan pipa dan tembakau pipa, tentunya peranan Peterson di dalam dunia perpipaan adalah sangat signifikan. Yang menariknya, walaupun tradisi Irish dijulang dan penggunaan nama-nama bersignifikasi Celts diaplikasikan secara menyeluruh di segenap … Continue reading “The Peterson Quartet” : Pipa Peterson – Sejarah dan Inovasi dari Dublin