“Ghosting” part deux – Cara-Cara Menghapuskan Hantu di Dalam Pipa Anda

Sementelahan kita bercerita mengenai “ghosting” tempohari, ramai juga yang bertanyakan saya tentang “exorcism”. Terus terang saya katakan yang saya bukanlah “shaman” atau bomoh yang mampu menghapuskan hantu begitu sahaja. Namun, hidup di alam Melayu ini kita dibekalkan dengan petua dan amalan-amalan tertentu, yang boleh saya kongsikan di sini.

Tiada pemipa yang mahu melayan “ghosting” pemipa lain. Namun, jika “go-to baccy” pemipa tersebut sama dengan rasa “ghosting”nya, sesetengah pemipa mungkin tidak kisah akan perihal “ghosting” tersebut. Dengan kebarangkalian yang amat rendah untuk terjadinya perkara seperti tadi, maka penghapusan “ghosting” atau secara popularnya digelar “exorcism” adalah pilihan yang utama.

pembinaan kek yang terlampau dan di luar kawalan adalah antara penyebab utama ghosting

Cara yang paling mudah untuk menghapuskan “ghosting” adalah dengan “salt & alcohol treatment”. Penggunaan Methylated Spirit / alkohol dan garam kasar adalah gabungan berkesan yang telah pun terbukti. Biasanya campuran kedua medium ini di dalam bowl pipa dibiarkan semalaman atau dua ke tiga hari, bergantung pada tahap “ghosting” yang dialami. Perhatian harus diberikan jika campuran ini dibiarkan untuk lebih dari sehari, kerana ada ketikanya rasa Methylated Spirit / alkohol tadi pula yang akan mengambil alih “ghosting” asal dan rasa yang akan dialami pemipa sekiranya menggunakan pipa ini mungkin sama teruknya dengan kondisi asal pipa.

Meletakkan perkara itu ke tepi, Methylated Spirit / alkohol dan garam terbukti berkesan untuk menghapuskan “ghosting” yang jinak tetapi ada kalanya flavor lama masih dapat dirasakan. Disarankan anda mengulangi “salt treatment” ini dan mungkin setelah beberapa kali dilakukan, “ghosting” akan menyerah kalah jua.

Kaedah “alcohol retort” pula adalah berkonsepkan laluan wap alkohol ke dalam shank dan bowl pipa tanpa memerlukan rendaman agen pembersih di dalam bowl. Kaedah ini ternyata lebih “hygienic” dan mesra-pipa, kerana kurang bahan asing yang diserap ke dalam bowl pipa kita. Ia lebih menjamin kestabilan rasa untuk bowl terbabit beraksi kelak dan boleh dikategorikan kurang invasif kerana kurangnya “contact” antara material pipa dengan agen pembersih tadi. 

alcohol retort dan ozone chamber adalah antara teknologi-teknologi penghapusan ghosting terbaru yang dapat ditawarkan kepada pemipa

Kita tahu yang briar adalah bahan yang boleh menyerap rasa dan bagi mereka yang kritikal dan “puritan” terhadap perkara ini, “salt treatment” semestinya sesuatu yang bercanggah dengan ideologi mereka tadi. Jadi, untuk golongan ini “alcohol retort” adalah jalan terbaik.

Juga terdapat satu cara baru untuk menghapuskan “ghosting” iaitu dengan kaedah “Ozone Chamber Treatment”. Dikatakan kaedah ini dapat menghapuskan bukan sahaja bau, malahan bakteria juga! Bahan aktif pembersihnya meresap jauh ke dalam briar, berbanding penggunaan “salt & alcohol” yang hanya menghapuskan bakteria di permukaan dalam bowl sahaja. Saya sendiri tidak pernah melihat bagaimana proses ini dilakukan, tetapi ia dikatakan mampu menjadikan pipa estate terjahat anda seperti bayi yang baru lahir – baik dan beraroma baru.

Disebalik kecanggihan treatment-treatment terkini, ada satu lagi pendekatan yang lebih ortodoks, mesra alam dan bersahaja. Pendekatan itu adalah mudah – anda teruskan sahaja berpipa dan ulangi berpipa hingga flavor dari baccy baru anda mampu membunuh “ghosting” tersebut. Ini ada kebenarannya kerana lama-kelamaan, lembapan dari blend anda sendiri dan proses pembakaran berulang-kali akan menyebabkan flavor blend anda pula yang diserap ke dalam dinding bowl pipa tersebut. 

sejahat mana pun ghosting yang ada di dalam pipa anda, anda juga mampu untuk mengisikannya dengan ghosting anda sendiri – cuma pastikan ianya lebih jahat!

Cuma, anda perlu tahan dalam menempuh hari-hari sebelum hantu di dalam bowl tersebut dapat dibunuh. Kaedah ini juga agak memakan masa dan memerlukan kesabaran yang jitu. Jika anda memiliki beberapa buah pipa estate yang dihuni hantu-hantu degil, cubalah kaedah ini sambil menggunakan pipa estate tersebut di dalam rotasi biasa. Kita tidak perlulah terlalu memaksa pipa estate kita untuk terus beraksi, kerana jika kita mendapatkan yang baru pun, kita masih harus menanti saat-saat “breaking in” sebelum ia berfungsi seperti johan. Jadi, berikanlah sedikit masa.

Saranan saya lagi, jika anda mahu menggunakan pendekatan bersahaja ini, cubalah ia dengan blend-blend yang agak kuat dan lebih beraroma (tetapi pastikan yang anda memilih blend-blend yang memiliki aroma yang anda suka) seperti blend oriental tertentu, blend aromatik kegemaran ataupun blend English yang agak heavy. Ini mungkin dapat mempercepatkan proses penggantian ghosting milik pemipa asal kepada ghosting anda sendiri. Jika anda menggunakan blend-blend yang tidak kuat kadar ghostingnya seperti blend-blend burley, anda mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk membunuh ghosting asal tadi.

jika anda mahu “stuff” kan baccy aromatik lama anda di dalam shank, shank jenis RC adalah baik sekali kerana “inverter bowl” nya adalah cukup besar untuk menerima baccy

Pendekatan ini juga akan menjadi amat berkesan sekiranya anda memiliki baccy aromatik lama yang jarang anda gunakan dan yang boleh anda “bazirkan” untuk tujuan ini. Selepas sesi perpipaan, bersihkan pipa anda sebaiknya dan sumbatkan bowl anda dan shank (jika perlu) dengan baccy ini (setengah bowl sudah memadai – anda mungkin memerlukan tembakau pada kadar yang agak banyak jika anda mahu mampatkannya secara “full-bowl”). Kemudian biarkan ia begitu untuk sehari dua sebelum anda menggunakan pipa itu semula. Ulang proses ini dan anda akan dapati pada aplikasi ketiga dan keempat, sebahagian besar ghosting tadi sudah pun lemah dan berkurangan.


Sebagai pemipa berilmu, kita haruslah pandai mengambil kesempatan untuk menikmati sesi perpipaan secara menyeluruh sambil menikmati rasa tembakau yang khusus dari blend-blend kesukaan kita tanpa gangguan-gangguan “halus”. Apa gunanya berhabis duit membeli blend virginia + perique yang terbaik, yang sudah tentu agak mahal harganya, tetapi tercalit sedikit rasa ceri dan kopi masam ketika menikmatinya, bukan? 


Oleh itu, saya mengucapkan selamat kepada anda untuk membuang semua puaka-puaka lama dari bowl pipa anda, dan nikmatilah hari-hari mendatang dengan rasa dan flavor yang kita sukai. Jika kita tidak mahu menyingsing lengan membuang puaka-puaka itu sendiri, rujuklah kepada pakar-pakar restorasi kita seperti saudara Saiful Haizan (briarclinic) dan saudara Zainal Rock Reggae (zrrbriarworks), mungkin mereka ada cara tersendiri untuk menangani masalah ini.

jika anda tidak mampu / malas untuk menangani isu hantu-hantu sebegini, gunakan saja corn cob – apabila ghosting melanda, buang sahaja!

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s