“The Peterson Quartet” : Pipa Peterson – Siri & Pengkelasan (Classic, System dan Premium)

image

Melihat kepada penawaran pipa oleh Peterson, kita seakan-akan tenggelam di lautan. Pilihan yang ada adalah tidak terkira. Siri-siri yang ditawarkan adalah sangat banyak. Boleh dikatakan, pada mula berpipa saya hanya tahu Peterson Aran, Kapet, Kapmere, Donegal Rocky, K&P, Outdoor, siri Sherlock Holmes dan beberapa lagi.

Namun setelah diteliti, rupanya apa yang ada di Malaysia adalah hanya secebis dari apa yang ditawarkan oleh Peterson. Banyak lagi siri-siri lain yang tidak dibawa masuk ke sini. Difikirkan logiknya betul juga, kerana mana-mana tobacconist pun tidak akan mampu untuk memiliki pipa Peterson secara lengkap kerana ianya terlalu banyak!

Demi memahami (atau menyingkap sedikit) akan sebab musabab mengapa penawaran Peterson adalah seluas Selat St.George yang memisahkan negara itu dengan UK, kita haruslah memahami sejarah Peterson itu sendiri – di mana keluaran yang lepas telah pun kita bincangkan. Sejak mula lagi matlamat Kapp & Peterson adalah untuk menghasilkan pipa yang baik kepada segenap lapisan masyarakat. Pengeluaran pipa zaman itu adalah sentiasa bersifat “manufacturing” tetapi tidak mengabaikan faktor kualiti dan menitik-beratkan praktikaliti pipa sebagai alat untuk menikmati tembakau.

Dibandingkan Peterson zaman Kapp Bersaudara dengan Peterson di zaman Tom Palmer ini, prinsip pengeluaran pipa Peterson adalah lain. Tom mahu menghasilkan pipa gred-gred tinggi, kommemoratif, siri terhad / limited edition, siri istimewa dan lain-lain. Dan pada masa yang sama, tradisi masih mahu diselitkan dan pipa gred-gred biasa masih dikekalkan, ditambah dengan pembaharuan saban tahun.

image
Peterson siri Aran yang menjadi kegemaran ramai menampilkan grain yang baik dan kemasan yang indah - gambar dari http://www.padovapipe.it

Classic Range.

Dari blog penggiat Peterson Jim Lilley, dapat saya sertakan senarai siri-siri Classic Range keluaran Peterson secara alphabetical order: Aran, Captain Pete, Cara, Castle, Claddagh, Cork, Dalkey, Donegal Rocky, Dublin, Dunmore, Elegant, Emerald, Fermoy, Galway, Harp, Irish Made Army, Irish Whiskey, Kapet, Kapmeer, Kapp Royal, K Briar, Kenmare, Kildare, Killarney, Kinsale, Limerick, Rock of Cashel, Rosslare, Racing Green, Samhain, Shamrock, Shannon, Silver Mounted Army, Slimline, Tara, Trinity dan Tyrone.

Di dalam Classic Range ini, hanya beberapa siri yang boleh didapati di Malaysia seperti Aran, Donegal Rocky, Harp (hanya satu pernah saya lihat tempohari), Kildare, Killarney, Shannon, Slimline dan mungkin sebilang-dua lagi.

image
terhias indah dengan kemasan perak bermotif "Celts" dan finishing ebony yang memukau, siapakah yang tidak tertawan dengan Peterson Celtic ini? - gambar dari http://www.alpascia.com

Premium Range.

Celtic, Grafton, Flame Grain, Straight Grain, Royal Irish dan Rosslare Royal Irish adalah antara siri premium dari Peterson – terdapat beberapa pipa siri terbabit yang saya pernah tilik dengan teliti (Celtic dan Straight Grain) yang menunjukkan penggunaan briar-briar bergrain baik, bebas “fill” /  tampalan dan juga “sandpits”. Pemilihan briar untuk siri-siri ini terutamanya Straight Grain adalah sangat ketat, dikatakan hanya beberapa buah pipa Straight Grain sahaja yang dikeluarkan saban tahun. Biasanya siri-siri premium gred sebegini datang dengan stem-stem yang diolah cantik, finishing yang sangat elegan dan wajib dihias dengan kemasan perak atau emas yang unik.

Plato, siri Freehand dari Peterson juga tergolong dalam kategori ini, dan seperti yang kita maklum pengeluarannya juga adalah sangat terhad. Setakat ini saya belum pernah melihat secara live lagi akan siri Plato ini, semestinya ia hanya terdapat di tobacconist-tobacconist berstatus butik, dengan pengeluarannya yang tidak banyak.

image
kelihatan biasa dari luar, apa yang tersembunyi di dalam adalah Peterson System yang telah dipatenkan sejak sekurun yang lalu dan terbukti berjaya dalam memberikan sensasi "cool, dry smoking" - gambar dari rebornpipes.com

System Pipes.

Peterson System juga adalah satu siri yang unik, kerana ia menampilkan sistem penyejukan dan takungan air yang telah dipatenkan sejak seabad lalu. Bermula dari Standard, Premier, Deluxe hinggalah ke Darwin, Mark Twain dan juga mencakupi satu keluaran unik Peterson iaitu House Pipes – pipa berskala besar (XL dan XXL) yang sangat “meaty”, sedap dipegang dan tentunya dibuat dari briar yang sangat terpilih – dek kerana sukarnya untuk mendapatkan briar bersaiz besar yang sempurna.

image
penggunaan bahan perak untuk spigot sebegini adalah amat mewah dan memberikan aksentuasi yang baik kepada pipa - gambar dari http://www.thebackyshop.co.uk

Penggunaan Perak dan Emas.

Semestinya salah satu kelebihan Peterson adalah aksentuasi dan penggunaan kemasan perak dan emasnya. Tidak melampau untuk saya katakan yang Peterson adalah jenama pipa yang paling banyak menggunakan perak untuk aksentuasi-aksentuasi yang secara umumnya sangat berkesan. Ini dapat kita lihat hadir pada siri-siri premium mahupun yang semi-premium mereka.

Antara siri yang menggunakan bahan perak dan terkadang emas ini adalah Supreme Gold / Silver Mounted, Spigot, Silver Cap / Lids, dan Deluxe Silver Mounted.

Supreme Gold & Silver Mounted adalah siri yang paling premium dalam kelas ini, menggunakan briar terbaik dan selalunya bergrain lurus atau flame, ia bukan senang dilihat dek kerana pengeluaran yang agak terhad. Demi menampilkan grain yang baik tadi, finishing yang selalu digunakan adalah “clear” yakni cerah. Spigot pula adalah siri pipa-pipa yang memiliki saduran perak atau emas pada bahagian hujung stem dan juga pada bahagian permulaan shank. Ia sentiasa memiliki military stem dan hujung stem itu semestinya adalah menirus.

Siri Silver Caps / Lids pula menampilkan penggunaan perak / emas pada kadar yang paling banyak – ia digunakan pada penutup bowl dan kebiasaannya agak tebal dan memiliki engsel yang menyambungkan penutup tadi kepada bowl briar. Penataan hallmark perak tadi biasanya terdapat di penutup perak tersebut. Saya kurang pasti akan keperluan penutup ini kepada kita (kecuali anda suka berpipa di kawasan yang berangin atau anda DGT-lover yang mementingkan kebersihan dan tidak mahu kelkatu atau lain-lain unggas masuk ke dalam bowl pipa anda apabila ia ditinggalkan semalaman. Deluxe Silver Mounted pula adalah jenis military bit biasa dan turut mendapat hallmark di bahagian perak terbabit.

image
Peterson tankard adalah poker kepada kita, cuma selalunya saiz yang ditawarkan adalah kecil dan "slim" - gambar dari http://www.smokerings.ca

Speciality Pipes

Pipa-pipa dari siri ini pula menampilkan bentuk-bentuk yang istimewa – lain dari Classic Range dan dek kerana ia tidak dikeluarkan secara banyak seperti bentuk-bentuk lain di dalam Classic Range, ia adalah agak terhad dan menjadi buruan kolektor juga. Mungkin ia lebih sesuai diklasifikasikan sebagai bentuk (berbanding siri), tetapi Speciality Pipes ini tidak pula dimasukkan ke dalam siri-siri lain, jadi agak sesuai juga ia diasingkan demi pengecaman yang mudah.

Tankard dan Barrel memiliki bentuk asas shape poker, dimana tankard bagi saya adalah poker kepada Peterson, manakala Barrel pula adalah poker dengan bahagian atas dan bawah sedikit menirus (seperti tong barrel oak). Secara jujur tidak pernah pula saya temui kedua-dua ini dijual di Malaysia, kecuali do you pasaran estate.

Belgique pula adalah berbentuk seperti billiard kecil dengan bowl yang sedikit terkedepan, dan memiliki stem yang seperti saddle bit yang panjang. Calabash pula adalah saudara dekat yang bent seperti bentuk calabash dan memiliki bowl a-la dublin. Kemungkinan besar keduanya ada di sini, kerana saya pernah melihat Calabash satu ketika dulu. Churchwarden pula adalah satu siri speciality yang agak unik, dengan stem panjang dan bentuk yang tidak asing lagi bagi kita. Juga, hanya ditemukan di sini secara estate, jadi keberadaan bentuk ini di pasaran pipa kita masih menjadi tanda tanya.

image
seleksi pipa Peterson yang banyak dan kadangkala merumitkan untuk kita memilih - gambar dari http://www.eacarey.co.uk

Jauh dari selesai, masih terdapat lagi kepelbagaian siri lain yang ditawarkan oleh Peterson kepada peminat-peminat pipa mereka. Apa yang belum kita bincangkan adalah siri-siri kommemoratif yang dikeluarkan istimewa dan siri-siri “Collection” yang ditawarkan di dalam bentuk set – tetapi biasanya dijual secara berasingan oleh tobacconist-tobacconist kerana sukar untuk mencari pemipa yang mahukan satu set secara langsung. Ini semua, akan kita bincangkan pula pada minggu depan.

Sesungguhnya kita masih berada di tengah-tengah lautan tawaran Peterson yang sangat luas…

.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s